Friday, January 19, 2007

Maal HijRah 2007


A : Betul ke awak nak berhijrah?

B : Ya sana nak berhijrah ke Australia.
C : Ya saya pula nak berhijrah ke Timur Tengah, mengikut sunnah Nabi Muhammad saw.

B : Awak tanya ini, awak nak berhijrah ke mana?
C : Ke Malaysia?

A : Saya? Saya nak berhijrah dari dunia yang penuh noda dan dosa. Bertaubat. Tak nak lagi buat benda tak baik. Tak nak lagi tinggal solat. Tak nak lagi melawan perintah Yang Maha Esa.

Umur semakin meningkat. Dunia dah semakin ke penghujung. Wabak demam burung, Tsunami adalah antara petanda kiamat kecil. Saya benar-benar hendak berhijrah jadi insan yang mulia, meninggalkan maksiat dan dosa.

B : Tapi hijrah awak perlu pengorbanan dan iltizam sungguh-sungguh bukan setakat meniti di bibir. Awak mesti mulakan langkah.
A : Benar. Kalau tidak, tahun hadapan, kita akan mendengar senandung yang sama.
C : Apa-apapun saya ucapkan Salam Maal Hijrah. Semoga awak berjaya dunia dan akhirat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home