Wednesday, February 28, 2007

KElas DuNia


Kita berbangga kerana negara kita pernah diterajui oleh pemimpin KELAS DUNIA. Tidak lain tidak bukan LKY. Begitu juga Malaysia dan Indonesia. Mereka juga pernah memiliki pemimpin KELAS DUNIA. Yang dimaksudkan ialah DR MAHATHIR dan SUHARTO. Ketiga-tiganya mempunyai wawasan untuk setanding dengan negara maju dan menjadi yang terbaik di dunia untuk negara dan rakyatnya.

Singapura kini berada di landasan mencapai impiannya. Baik dari segi ekonomi, ketenteraan, keselamatan, pendidikan, keselesaan hidup dan prasarananya. Menuju ke tahap terbaik. Ke tahap KELAS DUNIA. Dari segi hardwarenya KELAS DUNIA tetapi sofwenya bagaimana? Mundur setapak ke belakang?

Tetapi Malaysia yang bertukar pemimpin telah maju setapak tetapi mundur dua tapak ke belakang. Penggantinya seakan hilang punca. Dalam dunia yang serba cepat dengan kelajuan broadband, penggantinya memilih untuk mengikut rentak perjalanan kereta lembu. Dan lebih diburukkan lagi bila lembu itu berpenyakit ‘lembu giler’.

Begitu juga Indonesia, perebutan kuasa telah membawa Indonesia maju setapak tetapi mundur 10 tapak ke belakang. Segala sistem pentadbiran yang diasaskan dan dibina kini seakan tidak lagi berfungsi kerana perebutan kuasa dan material. Dan lebih diburukkan lagi bila dibebani pelbagai bencana alam yang datang silih berganti.

Iraq dibawah pemimpin KELAS DUNIA. SADDAM HUSSEIN pernah menjadi pejuang KELAS DUNIA menentang kuasa penjajahan Amerika. Setelah kejatuhannya, kini Iraq telah maju setapak tetapi mundur 100 tapak ke belakang dengan kemusnahan 100% baik dari segi fizikal dan juga mental. Dan lebih diburukkan lagi kini menjadi mangsa penjajahan!

Dunia yang menjadi tempat persinggahan kita juga telah maju setapak tetapi mundur 1000 tapak ke belakang. Maju dari segi kebendaan tetapi mundur dari segi kerohanian. Segala ketidakadilan disanjung. Segala kebiadapan dijunjung. Dan lebih diburukkan lagi bila KITA sendiri yang memilih pemimpin tersebut tanpa pertimbangan yang rasional.

Kini dunia menanti kehadiran pemimpin KELAS DUNIA untuk membetulkan kegawatan yang masih berleluasa. Siapakah pemimpin KELAS DUNIA itu?

Tuesday, February 20, 2007

TiDur

TiDur adalah keperluan hidup. Setiap orang memerlukan beberapa jam sehari untuk tujuan merehat tubuh badan dan fikiran mereka agar apabila kita kembali sedar, tubuh badan dan fikiran kita kembali segar untuk meneruskan kehidupan.

Bagi seseorang yang dapat nikmat TiDur, TiDur mereka bagai kucing TiDur di bantal ataupun dikatakan TiDur mati. Ada yang mengatakan mereka TiDur lena kerana lebih baik TiDur dengan perut lapar daripada bangun TiDur dengan banyak hutang. Dan nikmat tertinggi bila dapat TiDur dalam kelas. Enak sekali!

Bagi seseorang yang TiDur berulam air mata sudah pasti TiDur tak lelap, makan tak kenyang mungkin kerana masalah pasangannya mata TiDur bantal berjaga. Jika ini benar-benar terjadi ia adalah satu tragedi yang boleh membawa tindakan marahkan pijak kelambu dibakar, TiDur terdedah! Inilah akibat membangunkan hairmau yang sedang TiDur!

Bagi mangsa bencana alam sudah pasti TiDur bertilamkan pasir dan kebanyakan mereka menjadi mangsa pemimpin rakus yang mengambil kesempatan di atas kejujuran mereka, kata orang, yang TiDur makanan si jaga. Terperdaya!

Bagi orang-orang pencen pula TiDur dikaitkan dengan MRT! Makan Rehat TiDur. Yang kadang kala menyebabkan ayam TiDur senang di dalam reban, musang yang susah beredar keliling. Menyebabkan mereka TiDur-TiDur ayam!

Akhir sekali :

Doa SeBelum TiDur :
"Bismikallaahumma ahyaa wa amuut"
Maksudnya : "Dengan namaMu yaa Allah, hidupku dan matiku"

Doa Bangun TiDur :
"Alhamdu lillahil-ladzi ahyaanaa ba'da maa amaatana wailaihin nusyuur"
Maksudnya : "Segala Puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati/tidur kami, dan kepadaNya kami kembali"

Sunday, February 18, 2007

SelAmat BeRsaRa

Saturday, February 17, 2007

Gong Xi Fa Cai


TamanBahasa Mengucapkan Gong Xi Fa Cai
Kepada Pelungsur Yang Meraikan Tahun Baru Cina
Dari : Haziq Chan & Mei Mei

Wednesday, February 14, 2007

MutiaRa Suffi 2

Suatu ketika RaBiah Binti Al-AdaWiyah melihat seorang lelaki yang berusia 30 tahun mengeluh kesakitan. Kepalanya dibaluti kain.

Tegur RaBiah : Selama 30 tahun engkau telah menikmati kesihatan dan kau tidak pernah membalut kepalamu dengan balutan syukur. Hanya kepalamu sakit semalaman engkau membalut kepalamu dengan balutan keluhan.

Suatu ketika sekumpulan orang datang untuk menguji kebijaksanaan RaBiah Binti Al-AdaWiyah.

Kata Mereka : Semua kebaikan ada di pundak lelaki. Mahkota kenabian ada pada kaum lelaki. Tali pinggang kemuliaan diikatkan di sekitar pinggang lelaki. Tak pernah ada nabi dari kaum wanita.

Jawab RaBiah : "Bukanlah aku Tuhanmu Yang Maha Tinggi" sebagaimana dakwaan Fir’aun, tidak pernah muncul dari dada wanita. Tidak ada wanita yang menjadi pondan. Semua itu khusus dari lelaki.

Tuesday, February 13, 2007

DesTiNaSi BahaSa


AllhamDulliah
Projek BoardGames Destinasi Bahasa Telah Siap
Majlis PelanCarannya Akan DiRasmikan PaDa Bulan ApRil

Sunday, February 11, 2007

MutiaRa Suffi 1

Suatu ketika Ibrahim B Adham ditugaskan untuk menjaga kebun buah-buahan. Pemiliknya menyuruh Ibrahim mengambil beberapa buah delima yang manis. Tetapi buah delima yang dirasa oleh pemilik kebun itu masam.

Pemilik Kebun :
Subhanallah. Engkau sudah lama menjaga kebunku, tetapi tidak tahu mana delima yang manis dan masam?

Ibrahim B Adham :
Memang aku menjaga kebun buah-buahanmu, tetapi aku tidak tahu bagaimana rasa buahnya, kerana aku tidak pernah mencubanya.

Suatu ketika seorang pegawai tentera bertanya Ibrahim B Adham di mana perumahan penduduk. Pegawai tentera itu marah kerana anggapannya Ibrahim telah memperolok-oloknya dengan menunjukkan ke arah perkuburan.

Pegawai Tentera :
Kenapa engkau menunjukkan ke arah perkuburan ketika aku bertanya tentang perumahan penduduk?
Ibrahim B Adham :
Sebab, setiap hari perkuburan itu semakin sesak sedangkan kota semakin sepi.

Saturday, February 10, 2007

PANAS atau DEMAM


APA ITU DEMAM ATAU PANAS TUBUH?

Ketika kita merasa tidak enak badan, maka hal pertama kali yang sering kita nilai adalah apakah tubuh kita panas atau mengalami demam. Walaupun sebenarnya panas sendiri bukanlah penyakit itu sendiri, panas biasanya adalah tanda bahwa sesuatu sedang terjadi di dalam tubuh kita.

Dan sebenarnya panas sendiri tidak selalu buruk. Panas memegang peranan dalam menolong tubuh untuk melawan serangan infeksi virus atau bakteri. Jadi panas adalah suatu respon tubuh untuk melawan infeksi yang masuk ke dalam tubuh.

BERAPAKAH SUHU TUBUH MANUSIA NORMAL?

Suhu tubuh manusia diatur oleh sistem thermostat di dalam otak yang membantu suhu tubuh yang konstan antara 36.5C dan 37.5C.

Suhu tubuh normal manusia akan bervariasi dalam sehari. Seperti ketika tidur, maka suhu tubuh kita akan lebih rendah dibanding saat kita sedang bangun atau dalam aktivitas.

Dan pengukuran yang diambil dengan berlainan posisi tubuh juga akan memberikan hasil yang berbeda. Pengambilan suhu di bawah lidah (dalam mulut) normal sekitar 37 C, sedang di antara lengan (ketiak) sekitar 36.5 C sedang di rectum (anus) sekitar 37.5 C.

"Panas atau Demam terjadi bila pengambilan suhu tubuh melalui mulut (di bawah lidah) DI ATAS 37.5 C".

Biasanya demam sendiri diikuti oleh kondisi lainnya, seperti gejala dan tanda lainnya yang sering dapat membantu untuk menemukan penyebab dari terjadinya demam tersebut.

Sebagai contoh, mual dan muntah dengan panas tubuh, berarti adanya gangguan di daerah pencernaan. Atau demam yang disertai oleh batuk dengan reak maka gangguan adalah pada saluran pernafasanya.

BILAKAH SEBAIKNYA BERTEMU DOKTOR?

Seperti yang dikatakan sebelumya bahwa demam kadang bukan sesuatu yang buruk, kerana demam adalah proses respon tubuh terhadap infeksi itu sendiri .

Tetapi ada beberapa keadaan di mana anda sebaiknya mencari pertolongan medis atau konsultasi ke doktor apabila :

Untuk bayi di bawah 3 bulan dengan suhu tubuh di atas 38C.
Untuk anak yang lebih tua dan orang dewasa, sebaiknya konsultasi ke doktor apabila :
Terdapat panas yang naik turun dalam 3 hari ;
Suhu meningkat di atas 39 C ;

Adanya panas yang disertai menjadi tidak mau makan dan minum sertai gelisah; mual muntah; sakit kepala hebat; sakit perut; timbul rash pada kulit; kesulitan pernafasan; atau gejala lainnya yang tidak dapat dijelaskan.

Dr. Suririnah
www.infoibu.com

Friday, February 09, 2007

TahNiah NurAtiQa


Hari Ini Keputusan Peperiksaan GCE Peringkat 'O' Diumumkan. Degupan Jantung Pasti Kencang Seakan Ribut Tsunami Melanda Dada Pantai. Antara Kejayaan Atau Kegagalan. Hari Yang Dinantikan Selama Lebih Kurang 2 Bulan Lebih Telah Tiba Di Muka Pintu. Ketukannya Bertambah Kuat Ketika Menjelang 2.30 Petang.

Alhamdullilah. Berjaya. Berjaya Untuk Meneruskan Perjuangan Ke Tingkat Yang Lebih Tinggi. Sama Ada Ke Maktab Rendah (JC) Ataupun Ke Politeknik - SP, TP, RP, NYP & NAP. Perjuangan Mengejar Ilmu Di Peringkat Institusi Kini Bermula . . . Lebih Mencabar!

Yang Kecundang. Pasti Sedih Dan Kecewa. Dunia Seakan Gelap. Otak Buntu Memikirkan Masa Hadapan. Apakah Pilihan Yang Terbaik? Bekerja? Mengulang Semula? Atau Ke ITE? Tarik Nafas Dalam-Dalam. Pejamkan Mata . . . Bahawa Kegagalan Dalam GCE Tidak Akan Memusnahkan Masa Depan Seseorang. Yang Penting Jangan Berputus Asa! Banyak Bidang Yang Boleh Diceburi. Tetapi Jangan Ceburi Bidang Yang Membinasakan Tubuh Badan!

Kepada 24 Pelajar Siglap Yang Mendapat Pangkat A Dalam Bahasa Melayu - TamanBahasa Mengucapkan TAHNIAH! Bahawa Kesungguhan Dan Kegigihan Adalah Resipi Kejayaan.

Akhir Sekali - TAHNIAH Kepada NURATIQA Yang Lulus 6 Mata Pelajaran Dan Layak Untuk Mengikuti Kursus Di Politeknik. Berminat Mendaftarkan Diri Dalam Bidang Bioteknologi! Semoga Berjaya Insya Allah.