Wednesday, February 28, 2007

KElas DuNia


Kita berbangga kerana negara kita pernah diterajui oleh pemimpin KELAS DUNIA. Tidak lain tidak bukan LKY. Begitu juga Malaysia dan Indonesia. Mereka juga pernah memiliki pemimpin KELAS DUNIA. Yang dimaksudkan ialah DR MAHATHIR dan SUHARTO. Ketiga-tiganya mempunyai wawasan untuk setanding dengan negara maju dan menjadi yang terbaik di dunia untuk negara dan rakyatnya.

Singapura kini berada di landasan mencapai impiannya. Baik dari segi ekonomi, ketenteraan, keselamatan, pendidikan, keselesaan hidup dan prasarananya. Menuju ke tahap terbaik. Ke tahap KELAS DUNIA. Dari segi hardwarenya KELAS DUNIA tetapi sofwenya bagaimana? Mundur setapak ke belakang?

Tetapi Malaysia yang bertukar pemimpin telah maju setapak tetapi mundur dua tapak ke belakang. Penggantinya seakan hilang punca. Dalam dunia yang serba cepat dengan kelajuan broadband, penggantinya memilih untuk mengikut rentak perjalanan kereta lembu. Dan lebih diburukkan lagi bila lembu itu berpenyakit ‘lembu giler’.

Begitu juga Indonesia, perebutan kuasa telah membawa Indonesia maju setapak tetapi mundur 10 tapak ke belakang. Segala sistem pentadbiran yang diasaskan dan dibina kini seakan tidak lagi berfungsi kerana perebutan kuasa dan material. Dan lebih diburukkan lagi bila dibebani pelbagai bencana alam yang datang silih berganti.

Iraq dibawah pemimpin KELAS DUNIA. SADDAM HUSSEIN pernah menjadi pejuang KELAS DUNIA menentang kuasa penjajahan Amerika. Setelah kejatuhannya, kini Iraq telah maju setapak tetapi mundur 100 tapak ke belakang dengan kemusnahan 100% baik dari segi fizikal dan juga mental. Dan lebih diburukkan lagi kini menjadi mangsa penjajahan!

Dunia yang menjadi tempat persinggahan kita juga telah maju setapak tetapi mundur 1000 tapak ke belakang. Maju dari segi kebendaan tetapi mundur dari segi kerohanian. Segala ketidakadilan disanjung. Segala kebiadapan dijunjung. Dan lebih diburukkan lagi bila KITA sendiri yang memilih pemimpin tersebut tanpa pertimbangan yang rasional.

Kini dunia menanti kehadiran pemimpin KELAS DUNIA untuk membetulkan kegawatan yang masih berleluasa. Siapakah pemimpin KELAS DUNIA itu?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home