Malam PerTama
Pada 15 Mac 2007 kami telah ke KL untuk menikmati pemandngan KL pada waktu malam melalui Eye On Malaysia di Taman TitiWangSa di ketinggian 60 meter daripada paras bumi dan dikatakan yang tertinggi di Tenggara Asia ketika ini. Ketinggian London Eye cuma 43 meter sahaja.
Alhamdullilah kami tidak perlu beratur panjang dan terlalu lama. Setelah beratur lebih kurang 30 minit kami tiba di kounter tiket. Bayaran untuk dewasa RM $15.00 dan untuk kanak-kanak RM$8.00. Masing-masing ghairah untuk berada di dalam GonDola. Kami yang seramai 20 orang dari atuk ke anak dan ke cucu memerlukan 4 buah GonDola.
Setelah semua 42 buah GonDola diisi penuh dengan penumpang, roda GonDola itu mula bergerak. Roda GonDola (Ferris Wheel) itu telah dirasmikan pada 6 Januari 07 oleh Perdana Menteri Malaysia bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2007.
Persekitaran KL diterangi lampu yang berlatar belakangkan kegelapan malam. Sinaran lampu dari Menara KL, Menara Kembar, laluan jalan raya jelas kelihatan. Pada waktu siang para penumpang dapat melihat persekitaran KL sejauh 12 kilometer.
Putaran sebanyak 5 kali atau selama 12 minit kami rasakan begitu cepat. Kalau lama putarannya sudah tentu yang menunggu di bawah lenguh kaki mereka berdiri menanti. Perkhidmatannya sehingga 10 malam.
Jadi tunggu apa lagi . . . Rasakan sendiri berada di ketinggian 60 meter di KL. Menaiki GonDola ini sedikit berbeza dengan menaiki kereta kabel. Sesiapa yang phobia ketinggian sudah tentu rasa selamat berada bersama penumpang lain seramai 6 orang setiap GonDola.
Singapura Flyer dijangka siap pada Febuari 2008 di Marina Center dengan harga tiket SGD $27.50 di ketinggian 165 meter dan memerlukan 37 minit untuk satu pusingan! Sementara Shanghai merancang membina 170 meter, Las Vegas pula merancang yang tertinggi iaitu 180 meter dari paras bumi! Wow!
Ekstra :
1. TamanBahasa mengucapkan TAHNIAH kepada FARHANA (Ann) Bukan Gadis Bumi KenYalang Tetapi Gadis Dari Bumi Temasik.
2. Keluarga Ylo In The House (2 dewasa + 3 anak) bayar RM $54.00.
Sementara keluarga TamanBahasa 5 dewasa bayaran tiket juga RM $54.00. Pelik tetapi benar. Kalau tahu tak apa.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home