Thursday, June 14, 2007

LamBaian ReDang 4


Tahun ini banyak pengalaman baru yang kami temui ketika berada di Pulau ReDang. Pada peserta baru seperti BakJat & KakNgah, KakLong, Herman & Raudah serta KakMinah, Adik Ida & Wani juga Faiz & AlHakim pengalaman snorkeling adalah kenangan indah yang mempersonakan melihat keindahan alam lautan dengan hidupan laut yang berwarna warni. Lebih-lebih lagi melihat bagaimana pemandu kami menyelam memberi makan belut laut yang sungguh panjang di Taman Laut Redang.

Di samping itu ramai juga peserta lama yang belajar berenang dan bersnorkeling untuk mendapat sijil perngiktirafan. Antaranya KakIton, Bibik, KakLong dan Adik Ida. Kami juga telah bergambar di dasar laut ketika bersnorkeling. Sekeping gambar RM$5.00.

Sesuatu yang tidak jangka telah berlaku. Ramai peserta veteran yang telah mencurahkan isi perut ke laut ketika aktiviti candat sotong. Sementara peserta baru dapat bertahan hingga ke akhir. Om kata Rock Mesti Mentain. tetapi dia juga tak boleh tahan!

# HaZiq Wan Wan Belajar Snorkeling! dan Utih akan Scuba pada pukul 4.00 petang ini. Kos Scuba RM$150.00

0 Comments:

Post a Comment

<< Home