Raya Di RaNtaUan 10
ShangHai
24.12.2007
06.00 am Subuhnya sama seperti di Singapura
07.00 am Tidur semula
Hari ini kami akan berangkat pulang pada waktu 12.20 malam dan insya Allah tiba di Changi Airport pukul 5.00 pagi waktu Singapura 25.12.2007.
Untuk acara hari ini insya Allah kami akan melawat Masjid HuXi di CengDu dengan naiki teksi dari hotel kami kena bayar tambang RMB 25. Imam Isa membawa kaki ke kedai makan Islam setelah kami sesat satu pusingan. Selepas itu kami bersembahyang zohor berjemaah di masjid. Kami bertemu warga Sudan yang menetap 20 tahun di ShangHai.
02.00 pm Kami menaiki bas di depan masjid untuk ke NanJIng Road. Sistem basnya sama seperti di Singapura, berkomputer dan berTV.
03.00 pm Kami ke Bank Of China untuk tukar wang. Hampir sejam baru dapat. Banyak sangat paper worknya!
04.00 pm Kami berjalan di NanJing Road bahagian Barat untuk ke NanJing Road bahagian Timur. Kerana kepenatan kami menaiki teksi ke UnderGround Shopping. Kecoh! semua pekedai gembira menyambut kedatangan kami! Tambang RMB 13.
06.00 pm Setelah membeli belah pada saat-saat terakhir kami membeli makanan di restoran Islam untuk kembali ke hotel. Teksi semua penuh kerana malam Raya Krismas. Ada teksi dan motorsikal sapu!
08.00 pm Setelah tiba di hotel kami berengkat ke Airport. Perjalanan lancar dan akhirnya kami sembahyang jamak isyak dan magrib di airport.
12.30 am Kapal terbang SIA 835 berlepas menuju ke Singapura dengan pilotnya berbangsa Melayu. Bangga sey!
# Kata rang jauh berjalan banyak pengalaman. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh kita tuntutlah ilmu walaupun ke negara China. Memang kami tidak menghadiri kelas di sekolah tetapi kami menghadiri kelas realiti kehidupan - ragam manusia! Pentas dunia!
# Pagi isnin ini 24.12.07 kami terima MMS dahi Gurl-Gurl benjol ditampal plaster! Kenapa mama? Sebelum itu kami terima MMS Gurl-Gurl dengan baju namestenya. Kami juga terima SMS dari Bibik (pembantu rumah?) mengenai artikal di Berita Harian dan makan satay kajang bersama Ylo Inda House dan AyangZ di Pavilon Kuala Lumpor. Ya dunia kini sekecil tapak tangan!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home