Friday, February 29, 2008

Demam Kot 6



Samy Vellu Sangalimuthu sekali lagi mencuba nasibnya pada pilihan raya umum ke-12 buat penggal kesembilan merebut kerusi kawasan Sungai Siput yang diwakilinya sejak tahun 1974.

Samy Vellu Sangalimuthu, 72 tahun, akan ditentang oleh dua pencabar iaitu Dr. Michael Jayakumar Davaraj, 52, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Nor Rizan Onn, 50, (Bebas).

Kesimpulannya datanglah pilihan raya berapa puluh kali lagi Samy Vellu Sangalimuthu tetap akan menang di Sungai Siput. Selagi ada Umno di situ beliau akan selamat. Hatta kalau Samy Vellu Sangalimuthu sudah mati pun kalau batu nisannya diletak sebagai mewakilinya, Samy Vellu Sangalimuthu akan menang.

P62 Sungai Siput : Jumlah Pengundi : 47,424
Peratusan Kaum : Melayu : 37.41% Cina : 39.57% India : 22.96%

# bersambung demam kot 7 . . .

Thursday, February 28, 2008

Demam Kot 5



MURSYIDUL AM PAS

Ketika di Kedah, Mursyidul Am Pas dilaporkan berkata, Pas Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada pilihan raya umum ini sebaliknya Orang Utan yang tidak tahu undang-undang dan agama

DATO’ SERI NAJIB

Barisan Nasional (BN) pada 15 Februari lalu mengisytiharkan 2008 sebagai ‘Tahun Merawat Kelantan’ iaitu respons kepada perisytiharan ‘Tahun Melawat Kelantan 2008’ yang dibuat oleh kerajaan Pas.

BN => BARANG NAIK

Orang ramai dah mula runsing. Harga barang-barang keperluan naik mendadak semenjak dua menjak ni. Baru-baru ini sekilo bawang merah, terkejut dibuatnya bila harga diberitahu RM5 sekilo. Gandum pula sudah mencecah RM 2.70 sekilo. Ayam pula sekilo DAH lebih RM 7.00 sekilo

JELMAAN JIN PATRICK LIM DI MASJID KRISTAL

Semua pihak menyedari bahawa pembinaan Masjid Kristal, Terengganu, bukanlah bertujuan dijadikan tempat ibadat secara bersungguh-sungguh, kerana difahamkan bahawa tidak ada pelaksanaan solat Jumaat di situ walaupun kos pembinaan antara RM250–M500 juta.

# bersambung demam kot 6 . . .

Wednesday, February 27, 2008

Demam Kot 4


Manifesto DAP

DAP menjanjikan, bonus sehingga RM6,000 bagi setiap anggota isi rumah yang berpendapatan RM6,000 jika parti itu memenangi pilihanraya.

Manifesto PAS

PAS memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari tanpa had bilangan anak.

Cuti ehsan 14 hari mereka yang kematian pasangan (suami/isteri).

Menghapuskan TOL dan memiliki kembali lebuhraya-lebuhraya dari pemilik konsesi.

Manifesto KeADILan

Melaksanakan dasar gaji minima RM1,500 sebulan, demi menikmati taraf hidup yang sepatutnya.

# bersambung demam kot 5 . . .

Tuesday, February 26, 2008

Demam Kot 3



Calon Bebas yang bersaing merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89 tahun kini mula berkempen dengan berbasikal dari rumah ke rumah sambil menjual kain.

TOK sudah menempah 1,000 keping poster untuk ditampal di sekitar kawasan kampung dan bandar ini serta TOK membeli telefon bimbit membabitkan kos kira-kira RM3,000.

Bagi kerusi Parlimen berkenaan, Barisan Nasional (BN) diwakili penyandangnya, Datuk Razali Ismail berdepan calon ‘bidan terjun’, Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden Pas.

Walaupun TOK tak pandai membaca dan menulis, TOK akan menggunakan khidmat kerani membantu kerja menguruskan dokumen jika menang. TOK mengupah anak rakan, RM20 bagi mengisi borang penamaan calon kerana TOK sendiri tidak tahu menulis dan membaca.

TOK mengumpul RM10,000 hasil jualan kain dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan dan wang pertaruhan itu bukan hasil jualan tanah pusaka.

# bersambung deman kot 4 . . .

Monday, February 25, 2008

Demam Kot 2



Dinasti Politik : Nama yang disahkan bertanding bagi BN termasuklah anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz yang akan bertanding di Jerlun, Kedah; anak bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik, Datuk Ling Hee Leong (Gopeng); dan anak bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, Lim Si Pin yang akan bertanding di Parlimen Batu.

Anak pemimpin parti pembangkang pula termasuk anak penasihat DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng di Parlimen Bagan manakala anak Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar dijangka bertanding kawasan Lembah Pantai. Anak lelaki kedua Karpal Singh yang juga pengerusi DAP, Gobind Deo Singh dijangka bertanding kerusi Parlimen Puchong.

# Calon termuda pada pilihan raya umum kali ini Ginnie Lim Siew Lin, 26 tahun, dari PKR yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Melaka, menentang penyandang, Lai Meng Chong dari BN.

# PKR juga mempertaruhkan seorang lagi calon muda, iaitu anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, 27 tahun, di Parlimen Lembah Pantai bagi mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

# bersambung demam kot 3 . . .

Saturday, February 23, 2008

Demam Kot 1




Demam kot!

Ya demam pilihanraya Malaysia sudah bermula. Demamnya daripada pemimpin hingga ke rakyat jelata. Wabak demam pilihanraya lebih dahsyat daripada wabak demam burung.

Jika demam burung dengan suntikan vaksin insya Allah sembuh tetapi demam pilihanraya ini vaksinnya tidak dapat menyembuhkan demam calon yang kalah atau yang menang kerana wabaknya akan berulang setiap lima tahun.

Demam kot!

Macam mana tidak demam. Belum diumumkan secara rasmi tarikh pilihanraya sudah digelar Orang Utan!

# bersambung demam kot 2 . . .

Thursday, February 21, 2008

Barack Hussein Obama 7



Crate Yours @ NackVision.com

Nantikan Keputusannya Pada November 2008

Wednesday, February 20, 2008

Barack Hussein Obama 6



Bagi partai Republikan dijangkakan, John Sidney McCain III akan menerima undi perwakilan terbanyak. Sementara bagi partai Demokratik Barack Hussein Obama akan bersaing hebat dengan Hillary Diane Rodham Clinton hingga ke konvensyen partai Demokratik.

Senario 1 :

Perebutan calon presiden antara Hillary Diane Rodham Clinton dengan John Sidney McCain III. Kedua-duanya kulit putih. Mewarisi pemerintahan terdahulu daripada Bill Clinton dan George Walker Bush. Perbezaan utama dari segi jantina.

Hillary Diane Rodham Clinton dijangka mendapat undi majoriti dari kaum hawa. Berkemungkinan 70 peratus daripada jumlah undi kaum hawa seramai 70 juta. Dan kedua-duanya Hillary Diane Rodham Clinton dan John Sidney McCain III mendapat undi seimbang daripada kaum adam 60 juta – 50 peratus setiap seorang.

Keputusan Akhir Pengundian Calon Presiden Ke 44:

Hillary Diane Rodham Clinton – 60 peratus undi
John Sidney McCain III – 40 peratus undi

Senario 2 :

Perebutan calon presiden antara Barack Hussein Obama dengan John Sidney McCain III. Kedua-duanya kaum adam. Sementara John Sidney McCain III mewarisi pemerintahan terdahulu daripada George Walker Bush, Barack Hussein Obama membawa angin perubahan.

Barack Hussein Obama dijangka mendapat undi majoriti dari kulit berwarna. Berkemungkinan 70 peratus daripada jumlah undi kulit berwarna seramai 20 juta. Dan kedua-duanya Barack Hussein Obama dan John Sidney McCain III mendapat undi seimbang daripada kulit puith 110 juta – 50 peratus setiap seorang.

Keputusan Akhir Pengundian Calon Presiden Ke 44:

Barack Hussein Obama – 60 peratus undi
John Sidney McCain III – 40 peratus undi

# bersambung . . .

. . . esok terakhir ramalan penganalisa politik nujum pak belelang . . .

Tuesday, February 19, 2008

Barack Hussein Obama 5



Demokratik
Barack Hussein Obama dilahirkan pada 04 Ogos 1961

Republikan
John Sidney McCain III dilahirkan pada 29 Ogos 1936

Selama dua penggal di Rumah Putih, George Walker Bush lebih memberi tumpuan di luar negara sehingga mengabaikan masalah dalaman. George Walker Bush dikecam hebat apabila wilayah Mississippi, Louisiana dan Alabama dilanda oleh ribut Katrina.

George Walker Bush yang menyalakan api peperangan di Afganistan dan Iraq. Bakal pengganti partai Republikan, John Sidney McCain III mempunyai latar belakang perang Vietnam yang sehati sejiwa dengan tindak tanduk George Walker Bush.

Adakah rakyat Amerika dan Dunia akan terjebak dalam kancah peperangan pada masa depan dengan pemilihan John Sidney McCain III sebagai presiden Amerika ke 44?

Barack Hussein Obama tenaga muda yang meniup angin perubahan. Berhasrat untuk memulihkan imej Amerika yang tercemar di mata dunia

THE BLUEPRINT FOR CHANGE

As president, I will end the war in Iraq, a war that I opposed from the beginning and that should never have been authorized. And I will lead the world to combat the common threats of the 21st century - nuclear weapons and terrorism; climate change and poverty; genocide and disease.

America, our moment is now. I don’t want to spend the next year or the next four years re-fighting the same fights that we had in the 1990s. I don’t want to pit Red America against Blue America, I want to be the President of the United States of America.

# bersambung . . .

Monday, February 18, 2008

Barack Hussein Obama 4



Calon partai Republikan - John Sidney McCain III lahir pada Ogos 29, 1936 seorang bekas navy yang panas baran. Senator bagi wilayah Arizona. Kedua datuk dan ayahnya Laksamana Tentera Laut Amerika. Sejauh ini John Sidney McCain III mendahului pesaingannya dengan 903 undi perwakilan.

Semasa perang Vietnam pada tahun 1967, ketika melaksanakan misi mengebom kali ke 23 di Vietnam Utara kapal terbangnya ditembak jatuh dan John Sidney McCain III ditahan sebagai tahanan perang selama lima setengah tahun. Akhirnya dibebaskan mengikut perjanjian Paris Peace Accords tahun 1973.

Dua pesaingnya tertinggal jauh di belakang - Willard Mitt Romney lahir Mac 12, 1947 bagi wilayah Detroit, Michigan seroang usahawan dan ahli politik. Willard Mitt Romney hanya mendapat 289 undi perwakilan.

Michael Dale "Mike" Huckabee lahir Ogos 24, 1955 governor bagi wilayah Arkansas dari tahun 1996 hingga 2007. Michael Dale "Mike" Huckabee seorang pengarang, pemusik, pemain gitar bagi kumpulan roknya - Capitol Offense. Michael Dale "Mike" Huckabee hanya mendapat 214 undi perwakilan.

# bersambung . . .

Sunday, February 17, 2008

Barack Hussein Obama 3



Siapakah calon presiden partai demokratik yang sesuai? Kedua-duanya ditelan mati emak, diluah mati bapak. Para perwakilan dalam keadaan dilema.

Hillary Diane Rodham Clinton adalah calon yang ideal. Bakal mencatat sejarah sebagai wanita pertama menjawat jawatan presiden Amerika.

Tetapi Para perwakilan menyangsi kebolehan Hillary Diane Rodham Clinton membuat keputusan-keputusan penting kerana teman tidurnya adalah Bill Clinton bekas presiden yang dipecat kerana skandal seksnya.

Sementara Barack Hussein Obama merupakan calon presiden berkulit hitam yang cuba membawa angin perubahan dalam kehidupan rakyat. Bakal mencatat sejarah sebagai warga kulit hitam pertama menjawat jawatan presiden Amerika.

Tetapi para perwakilan mencurigai kesetiaan Barack Hussein Obama kerana bangsa, agama dan keturunannya.

Akhirnya Barack Hussein Obama dan Hillary Diane Rodham Clinton setakat ini memperoleh jumlah undi yang seimbang!

Siapakah calon pemilihan anda? Masih ingat Kisah Cik Menti?

# bersambung . . .

Friday, February 15, 2008

Barack Hussein Obama 2



Ingat Monica Lewinsky ingat Hillary Diane Rodham Clinton. Skandal Bill Clinton terbongkar pada tahun 1988. Hillary Diane Rodham Clinton menafikan kecurangan presiden Amerika dan menuduh musuh-musuh politik yang cuba menjatuhkan kerjaya suaminya. Tetapi apabila sang suami membuat pengakuan Hillary Diane Rodham Clinton untuk kali kedua tetap berdiri teguh di belakang suaminya!

Hillary Diane Rodham Clinton dilahirkan pada Oktober 26, 1947 merupakan Senator dari wilayah New York. Beliau bernikah dengan Bill Clinton — President ke 42 negara Amerika dan menjadi First Lady dari tahun 1993 hingga 2001.

Sebelum itu semasa kempen pilihanraya presiden rumahtangga Hillary Diane Rodham Clinton mula bergoncang apabila skandal Bill Clinton dengan penyanyi kelab malam Arkansas Gennifer Floweran terbongkar.

Pengakuan Hillary Diane Rodham Clinton "My husband may have his faults, but he has never lied to me."

# bersambung . . .

Wednesday, February 13, 2008

Barack Hussein Obama 1



Semasa berlangsung perdebatan calon Demokratik pada 15 Januari 2008, Senator Obama diajukan tiga persoalan utama melalui penyebaran emel adakah beliau seorang MUSLIM? Adakah beliau angkat sumpah menggunakan ALQURAN? Adakah beliau enggan membaca IKRAR negara Amerika?

Calon perisiden Amerika, Barack Hussein Obama dilahirkan di Honolulu, Hawaii, pada 4 Ogos 1961. Ayahnya Barack Hussein Obama, Sr., seorang MUSLIM kulit hitam daripada Nyangoma-Kogel, Kenya sementara ibumya Ann Dunham, seorang ATHEIST kulit putih daripada Wichita, Kansas. Kedua ibu bapa Obama's bertemu jodoh di University of Hawaii.

Ibu bapa Obama bercerai ketika beliau berusia dua tahun dan ayahnya kembali ke Kenya . Ibu Obama kemudian berumahtangga dengan Lolo Soetoro, seorang MUSLIM daripada Indonesia. Ketika Obama berusia 6 tahun ayah Obama memasukkannya ke sekolah MUSLIM berfahaman wahabi di Jakarta dan beliau juga belajar di sekolah KATHOLIK selama dua tahun.

# bersambung . . .

Sunday, February 10, 2008

KiSah Cik MeNTi



Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, Cik Menti memperhatikan gelagat sambil menggumam :

"Hmmm . . . makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar?"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Cik Menti naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah . . . di rumah sekarang ada perangkap tikus . . . "

Cik Menti pun mengadu kepada sang ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!"

Sang ayam berkata, "Cik Menti! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku"

Cik Menti lalu pergi menemui sang kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati . . . tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tidak ada kena-mengena dengan aku. "

Cik Menti lalu menemui sang sapi. Ia mendapat jawaban yang sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ini boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa Cik Menti pun berlari ke hutan menemui sang ular. Sang ular berkata "Eleh kau ini . . . Perangkap tikus yang sekecil tidakkan membahayakan aku."

Akhirnya Cik Menti kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan sudah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata sang ular yang berbisa jadi mangsa. Ekor sang ular yang terperangkap membuat sang ular semakin ganas lalu menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si suami sempat membunuh sang ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.

Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si suami pun dengan segera menyembelih sang ayam untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih sang kambing untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Ramai sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tidak sampai hati pula dia melihat orang ramai tidak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sang sapi untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan . . . Cik Menti menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

DALAM ERA GLOBALISASI - SAMA ADA KEJADIAN DI IRAQ, DI CHINA ATAU DI GHANA KITA TIDAK DAPAT LARI DARIPADA MENERIMA KESANNYA. SUATU HARI . . . KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA . . . PIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Dipetik dan diubahsuai : http://www.zalisamaz.blogspot.com/

# Surat Ibrahim Ayat 13 Menghalau Cik Menti.

Ditulis pada 4 keping kayu Zaitun pada hari Rabu sebelum naik matahari lalu diletakkan pada tempat yang dijamah oleh tikus - Insya Allah semua Cik Menti cabut lari.

Saturday, February 09, 2008

KiSah Pak MeNTi



Ada sebuah pohon yang sangat besar yang memiliki lubang sarang binatang di dasarnya. Di lubang di dasar pohon tersebut hiduplah seekor Kucing Hutan, dan di sampingnya ada lubang yang didiami oleh seekor Pak Menti.

Suatu hari si Kucing Hutan keluar lubang untuk mencari makan. Tidak beberapa lama kemudian Pak Menti pun ingin mencari makan, ketika keluar lubang ia mengamati keadaan sekitarnya dan berjalan dengan sangat hati-hati takut kalau ada si Kucing Hutan.

Tetapi, belum jauh melangkah, Pak Menti merasa sangat hairan sekali karena di belakangnya ada seekor anak Anjing Hutan yang sedang mengintainya dan dari atas pokok ada seekor Burung Hantu yang siap untuk menyambarnya.

Pada saat itu, Pak Menti dihadapkan pada pilihan hidup yang sangat sulit dan dihinggapi perasaan takut yang mencekam.

Ia terus berfikir: “Jika aku melangkah ke belakang, niscaya anak Anjing Hutan itu akan menerkamku, sedangkan jika aku bergerak ke kiri atau ke kanan maka si Burung Hantu akan segera menyambarku, dan jika aku melangkah terus ke depan, maka si Kucing Hutan akan dengan sigap mencengkram diriku. Kini aneka bencana telah mengepung dan marabahaya sangat nyata berada di sekelilingku.”

Ke arah manakah yang akan dipilih oleh Pak Menti?

# Jawapan yang rasional akan menerima cenderahati.

Friday, February 08, 2008

KiSah Mak MeNTi



Lumrah kehidupan manusia apabila dilanda kecewa seperti tikus masuk roman, akhirnya ditinggal sendirian bagaikan rumah terbakar tikus habis lari. Dan apabila cuba diperbaiki ia tidak memulihkan keadaan, malah bagaikan tikus membaiki labu. Kemungkinan berlaku kerana salah perkiraan seperti kata orang marahkan tikus lengkiang dibakar.

Kini tiada lagi penghormatan dan penghargaan diterima bagaikan bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi ataupun kalau kucing tidak bermisai, tak akan ditakuti tikus lagi. Di mana muka hendak ditunjukkan jika tali di dalam bungkusan, digerek tikus apa gunanya.

Semoga segala bencana itu berubah menjadi impian realiti bagaikan tikus jatuh ke beras. Lebih-lebih lagi tanpa bersusah payah seperti paksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka. Insya Allah!

# lengkiang = sejenis tumbuhan yang menjalar

Thursday, February 07, 2008

Gong Xi Fa Cai


Saturday, February 02, 2008

OlD CHanG kEE



Hi,

Thank you for your interest in our brand - Old Chang Kee. Currently all Spore outlets are company owned chain stores. We do not franchise locally, we are only looking for Master Franchisees to develop our brands overseas.

Best Regards,
Philip Chow Manager - Franchise
Old Chang Kee Ltd.
2 Woodlands Terrace, Singapore 738427