Friday, February 08, 2008

KiSah Mak MeNTi



Lumrah kehidupan manusia apabila dilanda kecewa seperti tikus masuk roman, akhirnya ditinggal sendirian bagaikan rumah terbakar tikus habis lari. Dan apabila cuba diperbaiki ia tidak memulihkan keadaan, malah bagaikan tikus membaiki labu. Kemungkinan berlaku kerana salah perkiraan seperti kata orang marahkan tikus lengkiang dibakar.

Kini tiada lagi penghormatan dan penghargaan diterima bagaikan bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi ataupun kalau kucing tidak bermisai, tak akan ditakuti tikus lagi. Di mana muka hendak ditunjukkan jika tali di dalam bungkusan, digerek tikus apa gunanya.

Semoga segala bencana itu berubah menjadi impian realiti bagaikan tikus jatuh ke beras. Lebih-lebih lagi tanpa bersusah payah seperti paksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka. Insya Allah!

# lengkiang = sejenis tumbuhan yang menjalar

0 Comments:

Post a Comment

<< Home