Wednesday, March 05, 2008

Demam Kot 10



POCONG :

Gua tidak puas hatilah Cik Pon. Apabila parti-parti skodeng kalah dalam pilihan raya mereka salahkan kita. Gua nak pangkah pun tak ada tangan. Mereka akan buat demontrasi. Ada tu pulak nak tuntut di akhirat kerana pengundi hantu.

PONTIANAK :

Biasalah tu. Tetapi kalau mereka menang, mereka lupa nak ucap terima kasih kepada kita. Kebajikan kita pun mereka tak pandang sebelah mata. Lu Cik Cong sokong siapa?

POCONG :

Parti-parti skodeng itu gua ingat, kubur sudah panggil mali. Sementara parti-parti tuan tanah kedawung asyik buat air liur basi aje. Gua ingat mahu sokong Obama lah. Gua dah SMS Mr Drakula, dia kata di sana tak ada pengundi hantu !

PONTIANAK :

Eh! lu merapek ape ni. Obama le Osama le. Kalau betul kemenangan itu disebabkan pengundi hantu, aku hendak parti-parti yang menang itu semua tukar logo parti-parti mereka.

POCONG :

Logo apa?

PONTIANAK :

Batu nesan !!! Hidup pengundi hantu !!!

# bersambung demam kot 11 . . .

0 Comments:

Post a Comment

<< Home