Friday, December 12, 2008

Kembara 3 Kota : 5



Malaysia yang menobatkan Islam sebagai agama rasmi mengumumkan hanya 18 hotel seluruh Malaysia ada sijil halal. Menurut Timbalan Menteri Dato’ Dr Mashita Ibrahim 2000 hotel yang lain tiada sijil halal !!! Kita pernah makan di hotel-hotel di kota, di bandar dan di pulau-pulau Malaysia.

Pagi ini kami di Manchester menghadapai masalah sijil halal. Kami hanya menjamu selera roti, telur dan buah-buahan. Menurut pelancong Malaysia yang kami temui di stadium Manchester United, beliau mengatakan “Saya bedal saja”. Ya sesungguhnya Malaysia Boleh !!!

Selepas sarapan pada pukul 09.00 pagi kami ke Piccadaly Manchester yang terkenal dengan pusat membeli belahnya. Kami berkunjung ke bazaar xmas (macam basar Geylang) untuk menyambut hari kebesaran mereka.

Kemudian kami ke Primark, pusat membeli belah yang termurah. Harga daripada 1 pound hingga 10 pound. Harga baju perempuan menurut AtiQa berharga $20,00 di Bugis Juntion Singapura sedangkan di Primark antara 2 hingga 4 pound bersamaan SDG $5.00 hingga $10.00.

Kami mendapat bantuan daripada seorang pelajar Cina Malaysia yang berusia 19 tahun menjual surat khabar di jalanan. Beliau yang menunjukkan arah tempat lawatan kami di Piccadaly Manchester. Bahasa Melayunya macam air dan menunut di Manchester dengan teman lelakinya sahaja!

Sebelum pulang kami membeli makanan di Kebab House di depanPrimark. Kami bergegas pulang kerana untuk ke stadium Old Trafford pada pukul 04.00 petang untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas dan rempuhan peminat giler Man U.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home