iDaman 6
Ketika memasuki kawasan Nusa iDaman kelihatan pembinaan rumah teres dua tingkat begitu rancak. Fasa 1, 2 dan 3 telah siap dan telah berpenghuni. Sementara fasa 5 dan 6 dijangka siap pada hujung tahun ini.
Di negara kita, kos pemilikan unit rumah teres dua tingkat menjangkau SGD 1.5 juta dolar. Realitinya hanya berada di alam impian !! Dengan nilai SGD 1.5 juta kita boleh mendapatkan dua unit rumah banglo berserta kolam renang di Horizon Hills.
Warga asing hanya dibenarkan membeli rumah teres dua tingkat yang bernilai paling rendah RM $250,000 (SGD $105,000). Begitu rendah jika dibandingkan dengan harga rumah HDB 3 bilik antara $118,000 hingga $142,000 di Champions Court (Woodlands Avenue 1).
Walaupun tidak dapat memiliki dan mendiaminya di tanah air sendiri, insya-Allah di bumi yang luas terbentang milik Allah ini, peluang itu tetap ada sekiranya kita sanggup mengikut arus perubahan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home