Wednesday, August 05, 2009

Aku Ketahuan 3



Setelah bercuti hujung minggu selalunya begitu berat untuk kaki melangkah ke tempat kerja pada hari Isnin. Begitu juga apabila dapat cuti sakit atau cuti-cuti yang dibenarkan oleh pihak majikan. Begitu berat untuk meninggalkan katil.

Kalau tidak dicekalkan hati dan kerana tanggungjawab serta amanah sudah tentu kita akan menyambung cuti-cuti tersebut dengan pelbagai alasan. Antara alasannya cuti sakit yang dibuat-buat, mengambil cuti anak, menggunakan cuti peribadi ataupun cuti ‘kematian’ !

Kerana enak bercuti dan menjadi kelaziman sudah tentu trend bercuti itu akan berulang dari masa ke semasa apabila kegiatan ‘bercuti’ itu sukar dipertikaikan kerana disertakan dengan surat-surat pengakuan doktor walaupun dari pelbagai klinik swasta.

Orang yang ‘bercuti’ sudah tentu perlu berada di rumah beristirehat agar kesihatannya kembali pulih untuk kembali bertugas. Tetapi bagaimana sekiranya mereka yang bercuti itu melakukan kegiatan di luar rumah dengan keluarga ataupun teman. Lebih teruk lagi sekiranya mereka pergi melancong keluar negeri ! Ke Batam !

Sekiranya tiada yang kepoh, kegiatan tersebut tidak akan sampai ke pengetahuan pihak majikan. Tetapi bagaimana sekiranya wajahnya terpampang di muka depan akhbar bersebelahan dengan anggota parlimen yang hadir sebagai tetamu kehormat?

Sudah tentu satu pejabat kecoh dibuatnya ! Bos pun bertempek macam gajah giler !

Keadaan ini berlaku kerana pihak jurugambar yang ditugaskan telah memetik gambar acara tersebut dan mereka yang ‘bercuti’ turut sama terakam dalam gambar tersebut yang keesokan harinya disiarkan di muka depan akhbar!

Dapat cuti sakit agar dikecualikan daripada bertugas tetapi boleh pula hadir dalam kegiatan kemasyarakatan. Dan ketika duduk menonton berita pukul 8.00 malam pada hari ‘bercuti’ video klip acara tersebut turut ditayangkan dan mereka yang ‘bercuti’ turut sama tersenyum dan bergembira dalam acara tersebut!


0 Comments:

Post a Comment

<< Home