Wednesday, January 27, 2010

Ke SkOOL 4.30 PaGi


Apakah Yang Sedang Anda Buat Pada Pukul 4.00 Pagi? Tidur. DiLamun Mimpi.

Seorang Pelajar Cg Dikejutkan Oleh Loceng Jam Pada Pukul 3.45 Pagi. Bersiap Untuk Mandi, Berpakaian Sekolah & Bersarapan.

Pada 4.30 Pagi Meninggalkan Rumahnya Dengan Menaiki Bas Sekolah (Johor) Menuju Ke Koswe Johor. Melepasi Pemeriksaan Imigresen Lalu Menaiki Bas SBS Ke Kranji.

Dia Bergegas Mengejar Bas Untuk Ke Sekolah YCK Dan Tiba Di Sekolah Pada Pukul 7.00 Pagi Setiap Hari. Yang Peliknya Teman-Temannya Yang Tinggal Berdekatan Dengan Sekolah YCK Beratur Panjang Di Depan Assembly Waktu Pagi (7.30 Pagi) Kerana Datang Lambat !!

Pelajar Bukan Melayu Cg Menengah 2 (Cg Ajar Kelas BM) Tiba Di Rumah Pada Pukul 8.00 Malam Jika Ada CCA Yang Tamat Pada Pukul 5.00 Petang.

Kegigihannya Melampaui Batas Pemikiran! Dalam Usia Semuda 13 Tahun Meredah Kegelapan Malam, Hujan, Perjalanan Yang Jauh Untuk Mencari Ilmu Bekal Masa Hadapanya!!

Cg Begitu Tersentuh Dengan Kegigihannya & Kesopanannya !! Markah Bahasa Melayunya Lebih Tinggi Daripada Pelajar Melayu Yang Berlagak Macam Bagus !!

Tuesday, January 26, 2010

eti 2010



Sunday, January 24, 2010

Kad KeSELAMTan



Friday, January 22, 2010

RenOVaSi DapUR



Thursday, January 21, 2010

yan 2010



Sunday, January 17, 2010

Pelajar PRC


Pemerintah Telah Menyediakan Sistem Persekolahan Yang Terbaik Untuk Warga Singapura Mencapai Kecemerlangan Dalam Pelajaran Untuk Masa Depan Singapura. Baik Dari Segi Prasarana Dan Kualitinya.

Begitu Banyak Sistem DiPerkenalkan : EM1, EM2, EM3, PSLE, EXP, NA, NT, GCE N, GCE O, GCE A, ITE, JC, POLi, NUS, NTU, USM, SiM Untuk Memenuhi Pelbagai Keperluan Pelajar Yang Berbeza Tahap Pencapaiannya.

Keadaan Ini Seperti Gula Yang Menarik Perhatian Sekumpulan Semut-Semut Dari Luar Kawasan. Apa Yang Dimaksudkan Ialah Kehadiran Pelajar Antarabangsa Dari Indonesia, Malaysia, Thailand, India, Kemboja, Vietnam Dan Filipina Telah Mewarnai Kehidupan Dunia Pelajar Di Sekolah.

Tetapi Kehadiran Para Pelajar PRC Benar-Benar Memukau! Mereka Berbeza Daripada Para Pelajar Antarabangsa Yang DiSebut Di Atas. Persaingan Antara Pelajar Tempatan Dengan Pelajar Antarabangsa Adalah Setara > Kecuali Pelajar PRC !!

Setiap Kali Keputusan Peperiksaan Nasional DiUmumkan Pelajar PRC Hampir Di Setiap Sekolah Menengah Yang Mempunyai Pelajar PRC Memonopoli Keputusan Peperiksaan Dengan Pencapaian Yang Cemerlang (Distinctions).

Kebanyakan Mula Menuntut Dari Menengah Satu Atau Tiga. Tetapi Mencapai 6A, 7A, Atau 8A Termasuk Bahasa English Dalam Masa Yang Singkat Berbeza Pelajar Tempatan Yang Mempelajari Bahasa English Hampir 12 Tahun (2 + 6 + 4) Hanya Mendapat Kelulusan Yang Sederhana !!

Pelajar Tempatan Mengatakan Rutin Hidup Pelajar PRC > Boring !!!
Kesungguhan Pelajar PRC Dengar Cakap Guru Dianggap > Boring !!!
Bila Keputusan Diumumkan Pelajar PRC Berjaya Pelajar Tempatan > Boring !!!

Friday, January 15, 2010

BoRing HaBis !!!


Pergi Sekolah > Boring!
Tengok Muka Guru > Booring!
Belajar Di Kelas > Boooring!

Terdapat Segolongan Pelajar Boring Yang Melemahkan Semangat Para Pendidik Untuk Melangkah Ke Sekolah Setiap Pagi. Hendak Masuk Ke Kelas Pelajar Boring Ini Kata Orang Bercinta! Bila Melangkah Masuk Hati Begitu Lega Apabila Pelajar Boring Ini > Ponteng Sekolah! Alhamdullilah!

Pelajar Boring Ini Bukan Sahaja Menimbulkan Stres Kepada Seorang Pendidik Tetapi Kepada Semua Pendidik Yang Mengajarnya. Menimbulkan Masalah Disiplin Yang Tidak Sudah-Sudah Sama Ada dari Segi Kerja Sekolahnya, Penampilan & Sikap Kurang Ajarnya. Suaranya Lantang Menegakkan Haknya.

Tiada Pen & Buku Untuk Kerja Bertulis > Kecuali Telefon Bimbit!
Ketika Ujian Atau Peperiksaan > DiBuai Mimpi Di Meja Tulis!
Tak Hairan Mak Bapak DiPanggil > Melepaskan Batuk Di Tangga!
Bila Gagal Menyalahkan Semua Orang > Kecuali Diri Sendiri!

Pelajar Boring Ini Cg Temui Di Semua Sekolah Sama Ada Di CGSS, SSS, DSS, LSS, PHSS, Ataupun Terkini Di YCKSS.

Penyakit Boring Ini Menjadi Wabak Yang Sukar DiBendung Kerana Sistem Banding Atau Streaming Di Mana Pelajar-Pelajar Boring Yang Gagal Dari Kelas-Kelas Yang Lain DiTempatkan Di Kelas Yang Sama! Jadinya Bukan Double Booring Atau Triple Boooring Tetapi Boooooooring Habis!!! Seronok !!!

Wednesday, January 13, 2010

PErTEMuan @ NYP



Satu Pertemuan Yang Tidak DiJangka. Cg Bertemu Pelajar PH Menengah 4 (2010). Begitu Terharu !! Mereka Menjerit Kegembiraan Ketika Bertemu Di Kantin NYP Semasa Open House 7 Feb Yang Lalu.

Cg Mengajar Mereka Ketika Menengah 1 (2007). Kemudian Cg Bertukar Sekolah Ke YCK. Mereka Menganjurkan Majlis Perpisahan Yang Istimewa Untuk Cg. Mereka Sekelas Pelajar BM Membeli Sebuah Kek Yang Cukup Besar & Istimewa !! Tersentuh Hati Kerananya !

Setelah Berpisah 2 Tahun, Cg Benar-Benar Teruja ! Jika Dahulu Mereka Sebesar Suffi Atau Insyirah, Cg Seakan Tidak Percaya Melihat Penampilan Mereka Yang Sungguh Dewasa Baik Dari Segi Fizikal Mahupun Pemikiran !!

Kelas Ini Menunjukkan Kesungguhan Mempelajari BM. Dalam Seusia 12 Tahun Mereka Kreatif Dari Segi Penulisan & Pertuturan - MeNyanyi, BerLakon, BerBincang, BerPidato. Keghairahan Mereka Menjadikan Kelas BM Cg > Hidup !!

Merekalah Pelapis Masa Depan Yang Akan Melestarikan BM !! Tahun Lepas (2009) Cg Bertemu Ciri Kelas Yang Sama Di YCK. Mereka Merayu Untuk Bersama Tahun Ini. Tetapi Keadaan Tidak Mengizinkan!

Detik-detik Kemesraan Inilah Yang Menjadikan Kerjaya Sebagai Seorang Pendidik Begitu Tinggi Nilainya. Setiap Pagi Begitu Ghairah Untuk Ke Sekolah !!!

Monday, January 11, 2010

Melestarikan Bahasa Melayu


Tahun Ini (2009) Para Pelajar YCK Yang Mengambil Bahasa Melayu Meraih Keputusan Yang Sungguh Cemerlang. Bukan Setakat 100% Lulus Tetapi Mencapai Kelulusan 53.3% Distinctions (Pangkat A).

Syukur Alhamdullilah. Anak Didik Cg Bersama Cg Aishah Telah Membuktikan Bahawa Kesungguhan Adalah Resipi Terbaik Untuk Mencapai Kejayaan. Sebelum Itu Keputusan Di Bawah Paras Nasional.

Tahun Ini (2010) Cabarannya Sungguh Hebat Iaitu Meningkatkan Atau Mengekalkan Keputusan Yang Tercapai. Selain Persekitaran Pelajar Yang Hampir 100% Berbahasa Inggeris, Mengerakkan Minda Dan Minat Pelajar Mempelajari Bahasa Melayu Memerlukan Tahap Kesabaran Yang Tinggi.

Generasi Masa Kini Menilai Bahasa Melayu Bagaikan Dahan Yang Rapuh. Tidak Selamat Untuk Berpaut. Tiada Nilai Komersil. Mempelajarinya Kerana Tuntutan Pemerintah. Terpaksa !!

Nilai Bahasa Melayu Akan Disanjung Bila Kuasa Beli Masyarakat Melayu Setanding Masyarakat China, Jepun Ataupun Barat !! Buktinya > Tempat-Tempat Pelancong Di Eropah Pekerjanya (Mat Saleh) Pandai Berbahasa Melayu Kerana Kuasa Beli Orang Melayu Malaysia !!!

Oleh Itu Bilangan Ramai Karyawan Melayu Yang Berjaya Di Singapura Akan Menjadi Tapak Yang Kukuh Untuk Bahasa Melayu Terus Hidup !! Inilah Resipi Melestarikan Bahasa Melayu Di Singapura Dan Di Nusantara !!

Monday, January 04, 2010

UBah ElOk @ 32 Jalan iDaman - PatiO



Saturday, January 02, 2010

SEenYUm TaHUn BaRU 2010