Saturday, August 28, 2010

28 OGOS 2010 - F1



SELAMAT HARI JADI

Thursday, August 26, 2010

Cabaran 20


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Hari ini 26 Ogos 2010, tiga pihak bertemu di HDB HUB, Toa Payoh. Penghuni pangsapuri Eden, Blk 841 dan Blk 313. Mengesahkan jual beli flat kami dan kemudian menandatanganinya. Temujanji pada pukul 8.45 pagi itu berakhir pada pukul 10.00 pagi.

Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar. Kami diberi masa untuk melakukan ubahelok dan ditetapkan pada 7 Oktober 2010 (Khamis) tarikh kami melakukan penyerahan terakhir untuk berpindah.

Oleh itu kami akan beraya aidil-fitri di tiga kediaman. Pertama di BLK 313 #07-22 Tampines dan di 32 JALAN IDAMAN Johor. Sementara rumah ketiga pada akhir Syawal di BLK 841 #05-313 Woodlands.

Angka 313 Adalah Angka Keramat! Bilangan Nabi Pilihan Allah s.w.t

Nantikan Esok Cabaran 21


Tuesday, August 10, 2010

Cabaran 19


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan

Selamat Menyambut Bulan Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan. Semoga Segala Amal Ibadat Yang DiJanjikan Ganjarannya Berlipat Kali Ganda, Kita Nikmati Bersama. Insya-Allah.

Bagi Memeriahkan Kedatangan Ramadan Di Samping Meningkatkan Keghairahannya Kami Berbesar Hati Menganjurkan KUiZ RAMADAN.

Tujuannya Utamanya Untuk Menyebarkan Pegetahuan Mengenai Ramadan Dalam Bentuk Menguji Minda Peserta. Lakukan Secara Santai. Ketika Menanti Waktu Berbuka Atau Waktu Sahur Yang Terluang, Bolehlah Cuba Menjawab KUiZ RAMADAN. Semoga Anda Seronok Melakukannya. Bagi Menghargai Penyertaan Anda, Kami Memilih TiGA PEMENANG Yang Awal MengEmel Jawapan Yang Tepat. Jawapannya Terdapat Pada Cabaran 15 Hingga Cabaran 18.


SOALAN KUiZ : NAMAKAN 7 JENIS BUAH KURMA (TAMAR)

CUMA Emelkan 7 Nama Buah Kurma (Tamar). JANGAN !!! Emelkan Kertas Jawapan Anda. Sila Emelkan Jawapan Dengan Klik : KUiZ RAMADAN

Selamat Berjaya !!!

Nantikan Esok Cabaran 20

Monday, August 09, 2010

Cabaran 18


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Ternyata untuk menghaslkan buah tamar yang elok berkualiti ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia, tidak boleh melalui haiwan ataupun diterbangkan oleh angin. Pohon tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55C. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum, manakala bulan Ogos adalah musim menuai.

Bagi sebuah kebun, memadai ada beberapa batang pohon tamar jantan berbanding dengan ratusan pohon tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pohon tamar betina.

Debu yang perlu digunakan pada setiap pohon terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

Allah s.w.t jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pohon, tidak ada seekor haiwan atau burung yang mematuk ataupun memrosakkannya. Ini kerana buah tamar tidak berbau.

Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pohon tamar untuk lakukan kerja pendebungaan itu.

Keunikan terletak pada debu jantan. Gosok debu jantan pada tapak tangan dan cium. Masya-Allah! Bau air mani !!

Rasulullah s.a.w dan Nab-Nabi terdahulu sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan tubuh kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah buah tamar, ingat-ingatlah asal kejadiannya.

Buah tamar tidak berbau kerana Allah s.w.t hendak pelihara kesuciannya disamping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tidak risau tentang lalat ataupun semut kerana keunikannya.

Nantikan Esok Cabaran 19

Saturday, August 07, 2010

Cabaran 17


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang.
Terus maju ke depan.


Nantikan Esok Cabaran 18


Friday, August 06, 2010

Cabaran 16


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga mahal sekilo terutama pada bulan Ramadan.

Menurut cerita asal-usul kejadian pohon tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pohon tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan dimakan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama buah tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan buah tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pohon tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.

Tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pohon tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan Februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina. Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pohon tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Nantikan Esok Cabaran 17

Thursday, August 05, 2010

Cabaran 15


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang.
Terus maju ke depan.


Nantikan Esok Cabaran 16

Monday, August 02, 2010

Cabaran 14


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Menaiki bas untuk ke pekan
Sempat membeli sekilo ikan
Jangan malu janganlah segan
Membeli pantun yang dihidangkan

Adun tepung biar sebati
Gula ditabur telur dikocok
Antara kopi dengan roti,
Yang mana satu lagi becok?

Berlegar-legar si cumi-cumi
Lantas disepit oleh si ketam
Ada bintang turun ke bumi
Bintang apa hijau dan hitam?

Keluar memancing waktu malam
Memancing dengan bubu dan jala
Antara banyak haiwan di alam
Haiwan apa tangan di kepala?

Nantikan Esok Cabaran 15