Thursday, August 26, 2010

Cabaran 20


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Hari ini 26 Ogos 2010, tiga pihak bertemu di HDB HUB, Toa Payoh. Penghuni pangsapuri Eden, Blk 841 dan Blk 313. Mengesahkan jual beli flat kami dan kemudian menandatanganinya. Temujanji pada pukul 8.45 pagi itu berakhir pada pukul 10.00 pagi.

Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar. Kami diberi masa untuk melakukan ubahelok dan ditetapkan pada 7 Oktober 2010 (Khamis) tarikh kami melakukan penyerahan terakhir untuk berpindah.

Oleh itu kami akan beraya aidil-fitri di tiga kediaman. Pertama di BLK 313 #07-22 Tampines dan di 32 JALAN IDAMAN Johor. Sementara rumah ketiga pada akhir Syawal di BLK 841 #05-313 Woodlands.

Angka 313 Adalah Angka Keramat! Bilangan Nabi Pilihan Allah s.w.t

Nantikan Esok Cabaran 21


0 Comments:

Post a Comment

<< Home