Friday, August 06, 2010

Cabaran 16


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga mahal sekilo terutama pada bulan Ramadan.

Menurut cerita asal-usul kejadian pohon tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pohon tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan dimakan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama buah tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan buah tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pohon tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.

Tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pohon tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan Februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina. Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pohon tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Nantikan Esok Cabaran 17

0 Comments:

Post a Comment

<< Home