Monday, August 09, 2010

Cabaran 18


Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Ternyata untuk menghaslkan buah tamar yang elok berkualiti ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia, tidak boleh melalui haiwan ataupun diterbangkan oleh angin. Pohon tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55C. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum, manakala bulan Ogos adalah musim menuai.

Bagi sebuah kebun, memadai ada beberapa batang pohon tamar jantan berbanding dengan ratusan pohon tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pohon tamar betina.

Debu yang perlu digunakan pada setiap pohon terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

Allah s.w.t jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pohon, tidak ada seekor haiwan atau burung yang mematuk ataupun memrosakkannya. Ini kerana buah tamar tidak berbau.

Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pohon tamar untuk lakukan kerja pendebungaan itu.

Keunikan terletak pada debu jantan. Gosok debu jantan pada tapak tangan dan cium. Masya-Allah! Bau air mani !!

Rasulullah s.a.w dan Nab-Nabi terdahulu sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan tubuh kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah buah tamar, ingat-ingatlah asal kejadiannya.

Buah tamar tidak berbau kerana Allah s.w.t hendak pelihara kesuciannya disamping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tidak risau tentang lalat ataupun semut kerana keunikannya.

Nantikan Esok Cabaran 19

0 Comments:

Post a Comment

<< Home