Thursday, November 30, 2006

Ulang TaHun Ke 17


Wednesday, November 29, 2006

PeLaWat Ke 10,000

Ulang TaHun Ke 2

Tuesday, November 28, 2006

Mat RemPit


MAT REMPIT adalah perkataan dan pengistilahan baru yang muncul dari budaya anak-anak muda. Perkataan ini sama seperti Minah Karan, Mat Spanner, Mat Skodeng, Bohsia atau Bohjan. MAT REMPIT ini mungkin berasal dari perkataan HIMPIT. Ini kerana semasa memandu motosikal anak-anak muda ini akan berHIMPIT-HIMPIT untuk mara ke hadapan. Mencelah, mencelok dan mengelencong untuk memotong kenderaan lain yang lebih besar.

Golongan REMPIT ini perlukan perhatian dan mengharapkan perhatian. Lebih-lebih lagi mereka tidak berkemampuan untuk mendapatkan hiburan lain yang dianggap mahal dan eksklusif di samping mengisi masa lapang mereka yang memBOSANkan. Mereka mendapat keNIKMATan yang tiada bandingannya yang sebelum itu mereka dapatkan daripada sumber haram lebih-lebih lagi dapat ganjaran POMPUAN!

Cogan Kata Masa Lalu : Ingat Dadah Ingat Melayu.
Cogan Kata Masa Kini : Ingat REMPIT Ingat Melayu.

Gejala REMPIT ini telah melanda negara jiran kita seperti dilanda Tsunami yang melibatkan anak-anak muda belasan tahun hingga ke orang dewasa. Sejauh ini kegiatan REMPIT di negara kita dapat dikekang kerana tindakan tegas dan keras pihak berkuasa ke atas pelumba-pelumba haram lebih-lebih lagi dengan penggunaan sistem kamera dan sistem cip komputer di kenderaan.

Mengapa tidak pihak negara jiran memperkenalkan teknologi memasang cip komputer di kenderaan untuk mengesan pemilik kenderaan yang memecut laju terutama di pusat-pusat bandar di mana menjadi gelanggang MAT REMPIT hujung minggu.

Oh Pak Lah sesekali layarilah Blog TamanBahasa!

Sunday, November 26, 2006

Buih SaBun


Seronok Tak Bertugas. Malam tidur tidak dihantui masalah di tempat kerja. Bangun pagi tidak perlu kelam kabut di bilik air. Boleh termenung lama dan main Buih Sabun!

Selepas 6 bulan MRT - insya Allah mulai Januari tahun 2007 akan melangkah kaki semula ke dunia pendidikan. Semasa menghadiri temu janji, kuasa di tangan kita. Kita yang menentukannya dan pihak yang menawar terpaksa menerima, berbeza ketika masih bertugas di mana kuasa di tangan pihak pentadbir dan kita menerimanya dengan menelan air liur basi!

Tawaran pertama dari sebuah sekolah di Pasir Ris untuk mengganti seorang guru yang akan melahirkan cahaya mata tahun depan. Bilangan pelajarnya kecil, berdisiplin dan rajin tetapi tahap kelakonannya sederhana. Tawaran kedua dari sebuah sekolah di Dover Road (Sekolah bebas) . Bilangan pelajar kecil, aliran ekspres, pandai dan rajin. Tetapi terlalu jauh, memakan masa 45 minit (tanpa gangguan hujan atau kesesakan jalan raya). Terpaksa keluar rumah 6.00 pagi! Tawaran yang ketiga pula sebuah sekolah di Seng Kang. Bilangan pelajar kecil, terdapat 3 aliran tetapi masa mengajarnya hingga 3 petang! Tawaran keempat dan seterusnya . . . Pokoknya kembali bertugas!

Syukur alhamdullilah di atas rezeki pemberian Allah. Masa berlalu seperti Buih Sabun. Sebentar tadi ia wujud kemudian menghilang ditiup angin. Oleh itu pergunakan masa sebaik mungkin untuk kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Apa pun pilihan - TokOne akan kehilangan detik-detik bersama Si Hensem dan Si Gurl-Gurl bermain Buih Sabun bersama mereka.

Friday, November 24, 2006

PeLaWat Ke 10,000


Adakah Anda Pelawat Ke 10,000
Anda Adalah Pelawat Yang Bertuah
Untuk Menerima CenderaHati
Dari TamanBahasa Yang Eksklusif

Caranya Mudah
Jika Anda Lihat Angka 10,000 Tertera Di Kanan
Cepat-Cepat Klik Emel Di Bawah
Dan Tulis Saya Pelawat Ke 10,000
Kemudian Apa Lagi - Klik Send!

Saya Pelawat Ke 10,000 - Klik EMEL Di Sini

Tuesday, November 21, 2006

PDA HaRi LaHiR

Hari Ini Pertama Kali POST Melalui PDA n300. Setelah Mengalami Masa-Masa Sukar Untuk Mendapatkan Talian Internet Akhirnya Cg Berjaya Dengan Bantuan Staff Challenger Semei Yang Mengambil Masa 1 Jam 30 Minit Setelah Mencuba Pelbagai Jenama PDA Yang Terdapat Di Stor Challenger Untuk Menentukan Settingnya.

Terima Kasih Kepada IBU, SKAZEISK, AYANGZ, HAKIM & ATIQA SDN BERHAD Yang Menghadiahkannya Untuk Hari Lahir Cg. Kini Bolehlah Cg Bergaya Di Mc Donalds Bersama Haziq & Batrisyah. Kata Haziq Ape Aje!

Satu Lagi Bagi Sesiapa Yang Membeli Barangan Di Challenger Gunakanlah Nombor IC Cg Untuk Dapatkan Harga Murah (MEMBER PRICE) Dapatkan No IC Sekarang Untuk Pembelian Akan Datang!

Monday, November 20, 2006

MeMoRi LanGKaWi 91


Lawatan Ke LANGKAWI Yang Dianjurkan Oleh Sebuah Syarikat Pelancongan Tempatan Mendapat Sambutan Yang Hangat. Terdapat 5 Buah Bas Bertolak Dari Eunos MRT Pada Pukul 9.00 Malam Menuju Ke Langkawi. Bermalam Dalam Bas.

Tiba Di Kuala Perlis Pada Pukul 9.00 Pagi Lalu Menaiki Feri Menuju Ke LANGKAWI. Oleh Kerana 200 Peserta Yang Turut Serta, Kami Menginap Di Beberapa Resort Yang Berlainan Tapi Berdekatan Untuk Makan Dan Aktiviti Bersama.

15 Tahun Yang Lalu (1991) Lawatan Lebih Tertumpu Kepada Sejarah LANGKAWI Seperti Beras Terbakar, Air Hangat dan Makam Mahsuri. Kini Tempat-Tempat Lawatan Bertaraf Antarabangsa Seperti Kereta Kabel, Underwater World, Pertunjukan Haiwan Dan Sebagainya.

Pada Malam Terakhir Cg Bersama Teman-Teman Menganjurkan Aktiviti Untuk Para Peserta Setelah Memujuk Pihak Travel Agensi Menaja Hadiah Untuk Para Pemenang.

Insya Allah Lawatan Pada 8 – 10 Disember Bersama 6 Keluarga Seramai 25 Orang Selain Dapat Mengeratkan Hubungan Ahli Keluarga Dapat Kita Meninjau Pembangunan LANGKAWI Yang Kini Terkenal Dengan LE TOUR DE LANGKAWI Dan LIMA LANGKAWI Di Peringkat Antarabangsa.

Insya Allah Nantikan Laporan Harian CUTI-CUTI MALAYSIA 3 dari 7 Hingga 12 Disember. Di mana Lagi Kalau Tidak Di TamanBahasa. Blog Pilihan Peminat TamanBahasa

Thursday, November 16, 2006

Mutiara TamanBahasa


Hiduplah Seperti LILIN Menerangi Orang Lain
Jangan Hidup Seperti DURI
Menyucuk Diri & Menyakiti Orang Lain

Amat Mudah Memadam API yang Sedang Marak
Tapi Sukar Memadam API Kemarahan Dalam Diri

HINA MENGHINA Tidak Ada Manfaatnya Sama Sekali
INGAT MENGINGATI Antara Sesamalah Yang Banyak Manfaatnya

Meski TerTIMBUN Dalam Tanah
Namun Teras TIMBUL juga

Tuesday, November 14, 2006

NaSi LeMaK



Rakaman NASI LEMAK untuk SOCIAL STUDIES PRIMARY 4 2007 telah berlangsung di Blok 190 Punggol (Rumah Iskandar/Zetty) pada bulan Ramadhan.

NEK WAN berperanan sebagai tukang masak menunjukkan cara memasak NASI LEMAK dari penyediaan bahan, memasak dan menghidangkan di atas meja. Rakaman itu mengambil masa hampir 3 jam kerana terpaksa di CUT beberapa kali.

Rakaman itu tiada dialog kerana ia berbentuk dokumentari namun ia adalah satu pengalaman buat para pelakonnya yang bertama kali berlakon berhadapan dengan lampu dan kamera. Watak utamanya JULIANA RIZAL.

CeRiTa LuCu :
Pelakon undangan Nadirah diterima tetapi yang berkepala botak terpaksa di REJECT. Mungkin sesuai untuk watak PAILANG akan datang! He he he . . . tahu tak pe !

Monday, November 13, 2006

SeLaMat HaRi LaHir


Taj Mahal lambang kasih
sang suami terhadap isterinya
sejati abadi
seputih marmar cinta luhur

Taj Mahal beratapkan langit rindu
tugu cinta zaman berzaman
bukan hanya lafaz semata

Akan kulaungkan cinta
di kubah utama Taj Mahal
sebelum kutinggalkan Agra
agar gemanya dikau rasa selamanya
takkan kubiar terhenti getarnya
sehingga akhir hayat

Wednesday, November 08, 2006

DEStiNAsi BaHaSa



Proses Menyiapkan Permainan BOARD GAME Yang Berkonsepkan AKTIVITI MELANCONG dan BAHASA MELAYU kini dalam peringkat terakhir - Percetakan.
Insya Allah Permainan BOARD GAME Ini Akan Dipasarkan Pada Bulan Januari Tahun 2007



Antaranya Terdapat Gambar Beramai Di Tugu Negara Malaysia, Parasailing Di Pulau Pinang Dan Snorkeling Di Pulau Kapas.

Tuesday, November 07, 2006

ToPIK SoOotOnG


Penyiaran rencana CANDAT SOTONG yang disiarkan pada 8 OKTOBER 2006 di BERITA MINGGU benar-benar menyentuh minat ramai pembacanya. Sudah tentu wajah-wajah yang tersiar menerima SMS dan panggilan untuk pengesahan (Iman - excuse me!). Setelah sebulan ia masih menjadi topik hangat perbualan.

Teman-teman di masjid dan di sekolah yang pertama menyentuh topik CANDAT SOTONG ketika sehari disiarkan. Seminggu kemudian ketika di sebuah bank, manager bank tersebut juga turut membicarakan tentang CANDAT SOTONG. Dalam hati berbisik. Sudah bagus manager baca BM.

Mungkin CANDAT SOTONG akan turut dibincangkan di parlimen sekiranya Encik Yatiman Yusof masih ahli dewan undangan. Beliau juga turut menceritakan pengalaman yang mengerikan di Laut China Selatan. Terperangkap dalam gelombang dan hujan ribut sehingga botnya kehabisan minyak. Hampir 9 jam beliau bergelut dengan maut. Syukur beliau selamat.

Ketika meraikan hari raya, rencana CANDAT SOTONG turut disentuh sama ada di rumah oleh para tamu termasuk para pelajar dan juga ketika berkunjung di rumah saudara-mara dan teman. Salah seorang tetamu di rumah Zetty ketika mengadakan rumah terbuka bertanya, selepas CANDAT SOTONG apa kegiatan akan datang? Untuk menjawabnya mudah. STEVE IRWIN meninggalkan satu kerja kosong. Jadi CROCODILE HUNTER. Tangkap BUAYA la!