Sunday, November 26, 2006

Buih SaBun


Seronok Tak Bertugas. Malam tidur tidak dihantui masalah di tempat kerja. Bangun pagi tidak perlu kelam kabut di bilik air. Boleh termenung lama dan main Buih Sabun!

Selepas 6 bulan MRT - insya Allah mulai Januari tahun 2007 akan melangkah kaki semula ke dunia pendidikan. Semasa menghadiri temu janji, kuasa di tangan kita. Kita yang menentukannya dan pihak yang menawar terpaksa menerima, berbeza ketika masih bertugas di mana kuasa di tangan pihak pentadbir dan kita menerimanya dengan menelan air liur basi!

Tawaran pertama dari sebuah sekolah di Pasir Ris untuk mengganti seorang guru yang akan melahirkan cahaya mata tahun depan. Bilangan pelajarnya kecil, berdisiplin dan rajin tetapi tahap kelakonannya sederhana. Tawaran kedua dari sebuah sekolah di Dover Road (Sekolah bebas) . Bilangan pelajar kecil, aliran ekspres, pandai dan rajin. Tetapi terlalu jauh, memakan masa 45 minit (tanpa gangguan hujan atau kesesakan jalan raya). Terpaksa keluar rumah 6.00 pagi! Tawaran yang ketiga pula sebuah sekolah di Seng Kang. Bilangan pelajar kecil, terdapat 3 aliran tetapi masa mengajarnya hingga 3 petang! Tawaran keempat dan seterusnya . . . Pokoknya kembali bertugas!

Syukur alhamdullilah di atas rezeki pemberian Allah. Masa berlalu seperti Buih Sabun. Sebentar tadi ia wujud kemudian menghilang ditiup angin. Oleh itu pergunakan masa sebaik mungkin untuk kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Apa pun pilihan - TokOne akan kehilangan detik-detik bersama Si Hensem dan Si Gurl-Gurl bermain Buih Sabun bersama mereka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home