Tuesday, December 19, 2006

NaMaSte 3


18 DEC 2006

Kami melawati GulMarg yang jadi tempat tarikan pelancong bila ke SrinaGar. Selepas sarapan pada pukul 9.00 pagi kami bertolak ke GulMard pada pukul 10.00 pagi. Waktu subuh pada pukul 4.00 pagi dan tasik itu diseliputi dengan kabus tebal hingga ke pukul 10.00 pagi. Sebab itu kami bersarapan dan bergerak agak lambat.

Jarak perjalanannya lebih kurang 2 jam dari Tasik Dal Ke GulMard. Sepanjang perjalanan seakan kami melalui negara AfGanistan seperti yang kita tonton di telivisyen. Sepanjang perjalanan kami dapati pihak tentera mengawal sepanjang jalan kerana masalah politik dengan Pakistan dan AfGasnistan. Setiap jarak 100 meter ada askar yang bertugas!

Jalan rayanya bising dengan hon dan wisel seperti di Delhi tetapi di sini lagi parah penumpang turun dan mengawal lalu lintas supaya keretanya jalan dulu walaupun ada polis berwisel yang bertugas, lagi parah saja-saja lori buat 3 points turn di simpang yang sibuk. Yang pentng siapa berani dia jalan dulu. Tahu apa kata AtiQa tentang KakEtynya. Jawapannya di bawah.

Sebenarnya kami pergi secara konvoi dengan pelancong Malaysia. Tiga buah LandRover. Kami 3 orang satu LandRover dan 13 pelancong Mallaysia lagi 2 LandRover.

Bila tiba di GulMard keadaan persekitaran mula berubah. Salji-salji beku mula meliputi kawasan persekitarannya. Putih melepak! Sungguh mempersonakan ciptaan Allah. Subhana Allah! Di kaki gunung kami menyewa baju sejuk dan kasut PCK kerana ketebalan salji sebanyak IND $300 (SGD $10.00) untuk tiga orang.

Setiba di puncak kami makan tengah hari pada pukul 1.00 petang selepas solat jamak takdim. Kemudian tibalah masa aktiviti. BerGondola (kabel kar), slide, ski atau bermain golf. Ayah dan AtiQa mula-mula naik GonDola hingga ke puncak gunung. Di sini perasaan gerun, gayat atau ngilu tiada lagi (setelah menaiki kabel kar di LangKawi). Kami boleh bergurau berdiri sama ada melihat ke kiri atau ke kanan atau pun memandang ke bawah bumi yang diliputi salji.

Hilang rasa gerun timbul rasa asyik melihat keindahan alam yang semula jadi. Subhan Allah! Perjalanan ke puncak lebih kurang 15 minit agak laju jika dibandingkan dengan di Langkawi. Di sini juga kami mengalami tiba-tiba kabel kar itu berhenti. Nak tahu apa kata pegawai yang bertugas? Jawapannya di bawah.

Dari puncak kami melihat BanjaRan Himalaya dan dapat melihat puncak gunung K2. Kami di kelilingi gunung ganang yang diselaputi salji seakan melihat sebuah potret di depan mata kami. Tetapi ia benar-benar realiti. Selepas puas bermain salji dan bergambar (sebenarnya dipaksa turun) kami turun ke stesen kabel kar.



Sebelum itu kami ukir nama HaZiQ dan Gurl moga hati dan kehidupannya sesuci salji dan insya Allah akan menjejakkan kaki di bumi Allah GulMard suatu masa nanti. Insya Allah

Kemudian kami naik slide beramai-ramai dari dataran yang tinggi ke dataran yang rendah. Pun belum puas kami dipaksa berhenti. Kami tidak sangka masa begitu mencemburi kami. Langit pada pukul 4.00 petang sudah mula gelap kerana maghrib pada pukul 5.00 petang. Jadi kami sekali lagi terpaksa turun ke kaki gunung kembali ke Tasik Dal. Dahlah tak ada lampu perjalanan kami diseliputi kabus dan kesilauan kerana para pemandu bermain hon dan lampu high beam.

Akhirnya kami tiba di RumahBot kami dalam kegelapan pekat malam pada pukul 7.00 malam! Selepas makan malam pada pukul 8.00 malam kami cabut lari (diganggu oleh penjual GonDola) ke bilik untuk tidur kepenatan dan kejatuhan dua tiga kali kerana kelicinan permukaan akibat salji di GulMard. Selamat Malam.

# Kata AtiQa kalau KakEti kena hon kiri kanan dan kereta himpit kiri kanan nampak kata sampai malam dia tidak bergerak! Mungkin KakEty telefon abang Is atau ayah. Hehehe Kata AtiQa!

# Kata pegawai bertugas kadang kala 10 minit kadang kala sampai 30 minit atau mungkin 1 jam tergantung tidak beregak kerana masalah teknikal. Kami tabahkan hati walaupun tiba-tiba AtiQa kata ia sakit peRut! Tiba-tiba sakit perut! Hehehe padan muka!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home