Thursday, December 21, 2006

NaMaSte 4




19 DEC 2006

Hari ini hari ketiga di RumahBot. Lawatan lebih tertumpu dalam bidang komersil melawati kilang-kilang karpet, barang kemas, pakaian dan kraf tangan.

Sebelum itu ingin kami ceritakan pengalaman tinggal 4 hari 3 malam dalam RumahBot Di Tasik Dal. Tinggal di RumahBot ini seperti tinggal di FarmStay di mana diuruskan oleh tuan rumah. Dan untuk ke RumahBot kami terpaksa menaik Shikara (salah sebut jadi Syakira!). Harga tambangnya IDR $50 (SGD $1.00) untuk satu perjalanan.

Dalam RumahBot ini kebanyakannya mempunyai 3 bilik tidur yang mempunyai bilik air sendiri. Biliknya menyediakan air panas dan sejuk serta mempunyai bathtub. Setelah dua malam bermalam bersama pelancung dari Malaysia, malam terakhir hanya kami bertiga saja di dalam RumahBot itu macam Maharaja & Maharani!

Setiap tiap bilik airnya tiada sistem hawa dingin tetapi sistem penghaba yang tradisional tidak disediakan heater mungkin kerana kos letriknya mahal. Sistem penghaba ini membakar batang-batang kayu. Terdapat satu saluran kecil untuk mengeluarkan haba hangat dan sebuah corong ke bumbung untuk mengalirkan asap. RumahBot ini tidak sesuai untuk mereka yang berbulan madu. Nak tahu kenapa. Jawapannya di bawah.

Terdapat ruang tamu dan ruang makan untuk tetamu. Turut disediakan sebuah TV yang memaparkan siaran TV India, Kashmir dan Pakistan. Kalau minat Bollywood pasti best!

Sarapan pagi, makan tengah hari dan malam dimasak dan disediakan di bahagian belakang RumahBot di rumah pekerja. Menu makanannya masakan India Kashmir seperti di Little India Singapura.

Dianggarkan terdapat 2,800 buah RumahBot dan dijangkakan akan berpindah ke tempat baru pada tahun 2008 di bahagian utara. Pihak pemerintah bertujuan untuk membersihkan kawasan tasik itu agar lebih bertambah bersih dan jenis dan teratur serta tersusun. Dewasa ini jalan raya yang mengelilingi tasik itu dilebarkan menjadi 4 lorong.

Jika ada sesiapa yang ingin ke SrinaGar mungkin tangguhkan ke tahun 2009 apabila semua prasarananya dijangka siap.


Hari ini kami ke Taman Nishat MuGhal tetapi sayangnya hanya kelihatan batas-batas sahaja pada musim sejuk. Bunga-bunga yang berwarna warna berkembang pada musim panas (Mei - Ogos).

Namun begitu kami bertemu Shah Dir Khan, Wan Madhuri dan TiQawarai. Di taman tersebut kita boleh menyewa pakaian Bollywood dengan harga IND $100 saja untuk tiga pasang/orang.

Di Kilang karpet kami melihat tunjuk cara bagaimana membuat karpet yang harganya bergantung pada berapa lama disiapkan sama ada sebulan, tiga bulan, enam bulan ataupun setahun. Sehelai sejadah buatan tangan senilai SDG $400 yang disiapkan dalam masa tiga bulan. Cuba gambarkan jika saiznya lebih besar.

Selepas makan tengah hari pada pukul 2.00 petang kami mengelilingi Tasik Dal dari pukul 3.30 hingga 5.30 petang sejauh 24 kilometer. Pertama kami melawat sebuah masjid yang menyimpan sehelai rambut nabi Muhammad s.a.w. Ratusan burung-burung merpati menyambut kedatangan kami. Masjid itu ikini sedang dinaik taraf. Dapatkah kami melihat rambut rasulullah? Jawapannya di bawah.

Selepas sembahyang jamak takdim kami berangkat ke sebuah masjid yang tertua dan terbesar di SrinaGar. Masjid yang boleh muat 33,000 jemaah sudah berusia 600 tahun. Tiang-tiangya terdiri daripada batang-batang kayu sepemeluk. Menara dan bumbungnya bercirikan kecinaan.

Sepanjang jalan kami melalui lorong-lorong kedai kiri kanan yang menjual pelbagai jenis barang-barang keperluan harian. Anak-anak gadis yang berkulit cerah turut mencuri pandangan kami.

Setelah puas meronda dengan kos RM $110.00 (0ptional) kami kembali semula ke RumahBot kami KHYBER HOUSE. Dari segi nilai wang dan pengalaman yang kami alami di Kashmir India - SrinaGar bagi pertama kali : RanKing 4/5 Bintang.

# Kami katakan tidak sesuai untuk mereka yang berbulan madu kerana alat pemas itu perlu diisi kayunya setiap dua atau tiga jam agar baranya tidak mati. Pihak tuan rumah mengingatkan kami jangan mengunci pintu bilik pada waktu malam kerana pada pukul 2.00 pagi dan 4.00 pagi beliau akan masuk memastikan alat pemanas itu cukup baranya!

# Kami tidak berpeluang melihat rambut baginda kerana rambut tersebut hanya dipamerkan pada setiap hari Jumaat dan hari kelahiran baginda. Namun begitu syukur alhamdullialah kami dapat bersujud di masjid tersebut di mana terdapat sebahagian jasad baginda disimpan. Moga doa kami untuk semua ahli keluarga dikabulkan Allah swt.

# Kami tidak menggalakkan lawatan pada musim sejuk (Disember) jika ada sesiapa yang tidak tahan kesejukan yang keterlaluan atau membawa anak-anak di bawah 12 tahun kerana masalah sistem jalan raya dan pengangkutannya masih di tahap 50an Singapura. Tetapi kalau datang pada bulan Jun musim panas tidak dapat main salji di GulMarG.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home