Tali Gantung
Hari ini SaDDam HuSSein telah kembali ke Rahmutullah di Tali Gantung. Seorang insan yang dikurniakan kekuasaan dan pernah suatu masa disanjung dipuja tetapi berakhir hayatnya di Tali Gantung tanpa keluarga di sisinya. Inilah bukan sebuah tayangan filem tetapi sebuah realiti kehidupan yang tercatat dalam lipatan sejarah.
Adakah kehidupan ini satu Putaran Roda? Suatu masa di atas dan suatu masa di bawah. Kata orang Air Pun Ada Pasang Surutnya. Di satu pihak pemergiannya bagai Pucuk DiCita Ulam Mendatang. Kerana beliau dianggap sebagai diktator yang kejam. Membunuh penentangnya tanpa belas kasihan. Menyerang negara jirannya Iran & Kuwait untuk meluaskan kekuasaannya.
Tetapi di suatu pihak pemergiannya akan diratapi kerana Yang Patah Tidakkan Berganti. Beliau pemimpin Arab yang tidak mahu dianggap bagai Lembu DiCucuk Hidung dengan tunduk di bawah telunjuk Amerika dan sekutunya bahawa IraQ adalah negara berdaulat.
Segala kilauan emas yang menyaluti kehidupannya selama 69 tahun hilang dengan sekelip mata kini tubuhnya akan disaluti debu-debu tanah padang pasir. Harimau Mati Tinggalkan Belang, Manusia Mati Tinggalkan Nama. Sama ada sebagai Penjenayah Kemanusiaan atau Pejuang Bangsa!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home