Malam KeDua
Makan KeDua kami meronda kawasan Bukit Bintang. Suatu masa dahulu ia adalah kawasan ChinaTown bagi KL selain kawasan Chow Kit. Ia juga dikenali sebagai kawasan MERAH. Itu suatu masa dahulu.
Kini kawasan Bukit Bintang telah dilanda wabak. Wabak Timur Tengah. Fenomena ini dikesan sejak tanggal 9/11. Dunia gempar dengan kemusnahan WTC di NY Amerika Syarikat.
Sejak peristiwa HITAM itu warga Arab menjadi makhluk asing yang dicurigai kehadirannya di merata negara terutama di Eropah dan Amerika. Mereka memandang Malaysia negara yang mengalu-alukan kehadiran mereka dengan tangan terbuka. Sejak itu mereka mula bertapak di Bukit Bintang KL.
Kini semua papan tanda jalan, nama kedai, segala informasi selain bahasa Melayu dan Inggeris, bahasa Arab turut disertakan. Kehadiran warga Arab telah merancakkan ekonomi di persekitaran Bukit Bintang kerana warga Arab ini mempunyai kuasa membeli yang tinggi.
Taman permainan kanak-kanak yang berciri Arab (lihat gambar) turut dibina di ruang terbuka. Dan bila kita berselisih jalan pasti akan tersinggul warga Arab ini di lif, di pusat membeli belah yang sesak, di pub atau di mana saja termasuk di tempat urut.
Restoran Arab tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Kami telah menjamu selera di salah sebuah restoran yang menawarkan makanan asal dari Iraq di Sahara Tent. Nama-nama menunya dalam bahasa Arab. Jadi kami dapatkan bantuan dari pelayan untuk menerangkan jenis makanan dan memilihnya setelah bertegang urat.
Ruang makannya dihiasi dengan dekorasi kearaban. Dan jika inginkan eksklusif, bolehnya menjamu selera di ruang yang berlangsir (tertutup). Tentang harganya tentulah lebih murah, separuh harga daripada restoran di Arab Street Singapura. Jika ke Bukit Bintang jangan lupa Jalan-Jalan Cari Makanan Arab!
Jika berterusan 10 tahun akan datang ChinaTown Bukit Bintang akan menjadi ArabTown! Ahlan waSahlan . . . Ya Habibi Ya Maulana . . . Tafadhal . . .

0 Comments:
Post a Comment
<< Home