Tuesday, June 19, 2007

LamBaian ReDang 7



Snorkeling. Snorkeling. Snorkeling.
Walaupun aturcara cuma tiga kali snorkeling, tapi kami semua snorkeling lebih daripada lima kali dari pagi hingga ke malam selama 3 hari 2 malam. Pada Cg di mana-mana sahaja di pulau ReDang boleh dilakukan snorkeling. Di depan pantai hotel penginapan kami pun kami snorkeling.

Dengan kejernihan airnya bagaikan kristal dan hidupan lautnya yang berwarna-warni, ikan-ikan itu berenang tanpa memperdulikan kehadiran kami. Kami berenang seiringan. Terumbu-terumbu karang menghiasi dada laut.

Pada snorkeling pertama, pemandu snorkeling kami telah menunjuk cara snorkeling pada para peserta yang kali pertama melakukannya. Kami bernasib baik kerana mereka begitu sabar mengajar para peserta yang kepanikan bila berada di air.

Melihat keindahan dasar laut sungguh mempersonakan. Kita tidak akan dapat menyaksikannya di negara kita kerana perairannya telah tercemar akibat kegiatan ekonomi dan perkapalan.

Pada snorkeling kedua kami berebut-rebut untuk bergambar di dalam laut. Pelbagai gaya yang kami lakukan. Sungguh menyeronokkan melihat pelbagai gelagat para peserta yang beraksi di dalam air.

Jurugambar akan menyelam lebih dahulu kemudian diikuti oleh para peserta yang akan ditekan tubuh mereka ke dalam air oleh pemandu snorkeling kami. Dalam masa lima saat itulah kami menahan nafas dan beraksi sehingga lampu kamera bernyala.

Kami juga dibawa snorkeling di Taman Hiidupan Laut di ReDang yang mengenakan bayaran masuk RM$5.00 setiap orang kecuali anak-anak dan warga emas cuma RM$2.00 sahaja.

Di sini hidupan lautnya lebih banyak, besar dan menarik. Kami sempat dibawa oleh pemandu snorkeling kami untuk melihatnya memberi makan belut laut. Beliau akan menyelam dengan sepotong ikan untuk menarik perhatian belut laut itu keluar dari gua terumbu karangnya.

Kami benar-benar terkejut kerana belut laut itu besar dan panjang. Beliau berjaya memeluknya untuk diberi kepada kami, tetapi terlepas kerana kami semua menjerit kerana terkejut ketakutan.

Pada pagi hari terakhir kami snorkeling untuk melihat baby shark. Ya ikan jerung! Oleh kerana ikan-ikan jerung ini sensitif jadi kami bergerak dalam kumpulan yang kecil iaitu tiga orang serta pemandu snorkeling kami JoeyDin.

JoeyDin akan menarik boya yang kami pegang ke tengah laut. Kami cuma terapung tidak dibenarkan menggerakkan tangan atau kaki. Kawasan tempat baby shark itu berteluk dan berterumbu karang.

Pada mulanya kami nampak dua ekor baby shark melintas di hadapan kami. Setelah itu seekor lagi menjelma. Akhir sekali kami berjaya melihat baby shark sepanjang 4 kaki dalam jarak 5 meter bergerak menghilangkan diri kerana mengesan kehadiran kami.

Dalam perjalanan ke pantai kami terserempak pula dengan seekor penyu yang berlegar-legar di dasar laut yang berterumbu karang itu serta sekawan ikan nemo yang berenang-renang di lubuknya.

LamBaian ReDang benar-benar memukau kami. Subhanallah!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home