Tuesday, December 25, 2007

Raya Di RaNtaUan 11

05.30 am - Alhamdullilah akhirnya kami kembali ke tanah air

Kad Laporan Lawatan : (TeRenDah) 1 – 2 – 3 – 4 –5 (TerBaik)

Pemandu Pelancong :
Lili, Lili & Wendy - 5 bintang – memberikan maklumat yang terbaik dan mesra!
Mr David & Mr Lu - 3 bintang – penerangan mana yang perlu sahaja!

Pemandu Van : 4 Bintang
Ambil berat tentang keselesaan, keselamatan dan hidangan makanan walaupun sepatah haram tak tahu bahasa Inggeris. Beliau menjalankan tugas dengan dedikasi. Pemanduan dengan cekap dan berhati-hati serta menepati masa lawatan.

Tempat-Tempat Lawatan : 4 Bintang untuk 7 bandar yang dilawati.
Hotel Penginapan : 4 Bintang – Yang terbaik di International Hotel - WuZhen dan di Motel168.com - NanJing.

Hidangan Makanan : 4 Bintang – 5 hari sayur 3 hari daging termasuk daging korban. Restoran halal yang kami kunjungi di sebelah Masjid XiaoTaoYuan, Masjid HuXi, Restoran di NanJing Road dan di hadapan hotel penginapan di ShangHai tapi tak dapat rasa masakannya kerana jumpa ketika berangkat ke airport.

Masjid di ShangHai : 4 Bintang - Terdapat 5 buah masjid dan yang terbesar Masjid XioTaoYuan. Masjid-masjid di ShangHai perlukan dana untuk baik pulih dan kegiatan dakwahnya. Jika berkelebihan hulurkanlah derma anda! Imam Isa di masjid HuXi kagum dengan masjid-masjid di Singapura.

Sistem Jalan Raya di ShuZhu, NanJing, Wuxi, HangZhou, Wuzhen, ShangHai : 4 Bintang. Lebuh raya yang lebar dan panjang cuma di bandar agak sesak.

Perkhidmatan Teksi & Bas : 3 Bintang – Ramai pemandu teksi tidak faham bahasa Inggeris dan kedudukan masjid di ShangHai tetapi meter mula RMB 11 – kos perjalaan mudah, murah dan selamat. Sistem basnya juga seperti di Singapura cuma kurang maklumat perjalanan dalam bahasa Inggeris.

Talian Internet : 4 Bintang – Percuma di NanJing, Wuxi, HangZhou dan Wuzhen. Tetapi di ShangHai RMB 50 untuk 24 jam.

Khidmat Di Lapangan Terbang ShangHai : 4 Bintang cekap dan mesra pelanggan cuma tiada restoran halal.

Khidmat SIA 816 dan SIA 835 : 4 Bintang. Mesra pelanggan dan bervideo tetapi kelas ekonomi masih sempit!

10 TeMpat LaWatan TerBaik :

01 WeSt Lake di HangZhou
02 BanDar Air Zhou Zhuang, the Venice of China - WuZhen
03 Solat AiDil ADha di WuXi - 2000 JeMaah BerSama Datok BanDar
04 Pusat MemBeli Belah NanJing Road (East) – ShangHai
05 RiVer CRuise SunGai HangPu Waktu Malam
06 StuDio ThRee KingDom MoVies/TV di WuXi
07 Madame TuSSauds - ShangHai
08 ReStoran Halal Di XiaoTaoYuan - Mi Dan DaGing KoRban
09 ORiental PeaRl ToweR - PanoRama Dari MenaRa TV ketiGa di Dunia
10 Motel168.com - Bilik AiR BerDinDing CeRmin

PenGharGaan :

Jika ada sesiapa yang hendak ke China – Beijing, ShangHai, Kunming, atau ke Xian – dapatkan khidmat Skazeisk. Skazeisk dapat merealisasikan pengalaman melancong yang penuh dengan cabaran dan penerokaan! Anda pasti akan mengepak-ngepak seperti ayam bila kegembiraan! Satu Dimensi Baru!

Pakej PelanCongan 8 Best Of JiangNan - China : 4 Bintang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home