Monday, January 14, 2008

AZam Maal HiJRah 2



Berlalu sudah tahun 1428. Kini menjelang tahun 1429.

Tahun 1429 menjanjikan harapan baru bagi setiap insan. TamanBahasa insya Allah akan bergiat aktif dalam bidang bisnes. Apa sahaja peluang akan diceburi. Bidang ini menjanjikan pulangan yang tinggi di samping risiko yang tinggi juga.

Setelah makan gaji hampir 40 tahun pendapatan yang diraih cukup untuk keperluan harian. Sedangkan rakan sebaya yang menceburi bidang bisnes meraih pendapatan SGD $1,000 sehari kita masih menerima SGD $100 sehari sahaja!

Insya Allah dalam jangka masa tiga tahun pada tahun 1431 impian akan jadi realiti. Lidah memang tidak bertulang. Cakap tak serupa dengan bikin! Adakah angan-angan Mat Jenin 2010?

1001 persoalan perlu difikirkan dan diselesaikan!

Jenis perniagaan? Wang modalnya? Import dan eksport? Kemahiran dan pengalaman berniaga? Lokasi dan logistiknya? Halal dan haram? Untung dan rugi?

Usaha perlu dilipatgandakan! Stamina perlu ditingkatkan. Keyakinan diri perlu diperkukuhkan. Cabaran perlu diatasi. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya!

Berbalik kepada soalan pertama.

Hendak berniaga apa?
Ada cadangan?
Kami memerlukan bantuan
Bantulah kami merealisasikan impian menjadi realiti

0 Comments:

Post a Comment

<< Home