Sunday, January 13, 2008

AZam Maal HiJRah 1



Anugerah Allah yang tidak ternilai ialah KESIHATAN. Untuk menikmatinya kita sering mengambil jalan pintas. Kita menggunakan pelbagai ubatan dan rawatan untuk mencapai hasil yang maksimum.

Banyak wang yang dilaburkan untuk ke GYM atau ke SPA yang menjanjikan penampilan diri yang sempurna dalam jangka masa yang singkat.

Kita mudah terpengaruh dengan janji-janji pihak tertentu untuk menutup sikap kemalasan diri. Di samping memimpikan penampilan diri seorang idola yang tampan atau anggun!

Berjalan pantas atau berlari-lari anak adalah aktiviti mudah dan percuma. Kita memerlukan hanya 15 minit atau 30 minit sehari untuk melakukan secara kerap. Tetapi hasilnya insya Allah kekal sepanjang hayat. Mempunyai tubuh yang sihat dan seimbang.

Semasa melancong ke ShangHai selama 9 hari. Kami berjalan setiap hari hampir dua atau tiga pusingan 400 meter melawati tempat-tempat lawatan yang seluas dua atau tiga stadium.

Hasilnya : AyanGz mengatakan ibunya kelihatan kurus! Begitu juga teman-teman di Kelab AfGanistan mengatakan yang serupa!

Rahsianya : Berjalan . . . Berjalan . . . Berlari dan XanGo setiap hari.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home