Friday, March 07, 2008

Demam Kot 11



“Ini pilihan raya paling paling ‘dull’ dalam kempen pilihan raya. Sangat suram, sangat suram,” kata Syed Arabi, Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menganalisis perkembangan pilihan raya umum sejak tiga dekad lalu.

Memang benar TamanBahasa mendapati ia paling memBOSANkan. Tiada calon-calon baru yang berwibawa yang membawa angin perubahan. Kecuali wajah-wajah sumbang DAP cuba membawa angin perubahan dengan isu-isu yang tak masuk akal - manifesto bonus $6,000.

Sementara partai PAS mengambil langkah ke belakang untuk meraih undi dengan memalu emosi tanpa fakta dan kemajuan serta personaliti yang boleh mencemarkan imej Islam yang berdaya maju. TamanBahasa mengharapkan kelahiran para politik cendekiawan Islam yang berjiwa dan berimej yang sebenarnya?

Partai KeADILan pula cuba mengubah kongsep partai kepada milik keluarga. Partai seakan tidak berlaku adil kepada para pengundi yang memilih calonnya untuk menang dengan menyerahkan kepada mantan PM dengan mengadakan pilihan raya kecil. Tidak sedarkah mereka wang raykat dibazirkan kerana tamakkan kuasa. Sedangkan ada cara yang lebih bijak untuk melakukannya.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan kenyataan Datuk Nallakarupan dan DR. Chandra Muzaffar yang pernah menjadi ‘orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika parti itu ditubuhkan pada tahun 1999 mempertikaikan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) sambil menyifatkan parti berkenaan "mencelarukan".

Kempen 13 hari berjalan lancar. Isu kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang menjadi bahang hangat untuk meraih undi. Sementara isu orang India yang diperjuangkan oleh HinDraf seakan menggugat undi BN yang ditujukan khas kepada MIC. Peminggiran kaum Cina dan India!

Pada pilihanraya kali ini semua partai politik mempergunakan lelaman internet untuk meraih undi. Lelaman partai pemerintah mengambil kaedah penyampaian yang sederhana dan bersopan, tetapi agak berbeza dengan lelaman partai politik pembangkang yang lebih menggunakan tektik samseng!

Video-video klip yang dipaparkan bertujuan untuk menegakkan kebenaran penghujahnya. Tetapi ada yang secara tidak langsung menikam balik partai tersebut kerana kekeliruan-kekeliruan yang tidak sepatutnya dilakukan. Penapisan dan penyaringan tidak dilakukan. Video klip diuploadkan kerana calon tersebut dianggap boleh menarik perhatian pengundi.

Secara keseluruhannya penganalisan politik TamanBahasa merumuskan Pilihan Raya 12 - memBOSANkan.

# bersambung demam kot 12 . . .

0 Comments:

Post a Comment

<< Home