Friday, March 14, 2008

PemBURUan HaRi Ke 17



Kaki Bukit Primary School mencatat sejarahnya sendiri. Pada awalnya sekolah itu dibangunkan untuk dua aliran Melayu dan Inggeris.

Kaki Bukit Primary School digeruni kerana pasukan bola sepaknya sering menjuarai kejohanan sekolah Zon Timur. Cg bersama teman-teman serta GuruBesarnya sering berada di setiap perlawanan untuk memberikan sokongan. . . . Selamat mark your man!

Pada masa itulah tanpa disedari seorang budak lelaki (lahir 29 Mei 1962) yang sebaya dengan Mas Selamat (lahir 23 Januari 1961) menendang bola di padang sekolah Kaki Bukit bersama ayahnya Ahmad Wartam setiap petang akhirnya memenangi Malaysia Cup pada tahun 1980.

Apabila proses pembangunan berjalan rancak pada tahun-tahun lapan puluhan semua rumah kampung dirobohkan untuk dibangunkan rumah pangsa mengikut era pembangunan negara. Namun bangunan sekolahnya tetap terpelihara.

Kaki Bukit Primary School berubah fungsi dan dirasmikan menjadi Kaki Bukit Prison (KBP) pada 3 Januari 2000 oleh Wong Kan Seng Minister for Home Affairs.

KBP menawarkan sistem persekolahan untuk para banduan mempertingkatkan diri semasa menjalani tahanan dari segi akademik dan vokasional. Cg pernah memasuki KBP beberapa kali ketika menjalankan tugas sebagai pegawai pendidikan.

# Kaki Bukit Primary School atau KBP ini terletak berhadapan Masjid AlKaff Kampung Melayu - 200 Bedok Reservoir Road

0 Comments:

Post a Comment

<< Home