Thursday, March 20, 2008

PemBURUan HaRi Ke 23



Mengapa Mas Selamat Boleh Terlepas?

Jawapannya memang sulit, tetapi ia boleh dikatakan bahawa pegawai keselamatan yang mengawalnya terlalu percaya kepada Mas Selamat. Daripada kepercayaan, sifat leka boleh terjadi. Agaknya dia memikir yang sesiapa di dalam tahanan tidak mampu melepaskan diri . . . Selamat kamu pakai ilmu ghaibkah?

Daripada kejadian tersebut, kita boleh buat kesimpulan yang kebanggaan adalah sebab utama masalah tersebut. Pegawai itu yakin bahawa pihak keselamtan akan berjaya menangkap sesiapa sahaja yang berani melepaskan diri, tidak kira berapa licik si banduan tersebut.

Keegoan pihak keselamatan tidak berhenti di situ sahaja. Walaupun pengeledahan di hutan adalah salah satu daripada usaha untuk mencari Mas Selamat, berita hangatnya kini mula menjemukan pembaca.

Malah, Pengarah Operasi Polis, Penolong Pesuruhjaya Polis (AC), Wong Hing Kuan, berkata yang dia percayai bahawa Mas Selamat masih berada di Singapura. (Berita Harian, Selasa, 11 Mac 2008)

Adakah pihak keselamatan Singapura ini masih bertegas yang Mas Selamat masih berada di negera ini ataupun terlalu bongkak untuk menafikan yang Mas Selamat telah melarikan diri daripada ‘Pasukan Polis Yang Terbaik Di Dunia' dan sedang berada di negara lain?

Sebagai penutup, sifat riak dan bongkak pihak keselamatan boleh menjejas prestasi yang terbaik sekalipun dan situasi yang kita semua hadapi ini mungkin dapat dielakkan.

Oleh :
Pelajar Nurfateen Syafawani Binte Abdul Samad - Kelas 403

0 Comments:

Post a Comment

<< Home