Monday, June 23, 2008

Pelayaran 13


Friday, June 20, 2008

Pelayaran 12


MemperinGati BonDa AllahyaRhamah Hjh DarMiah
Selawat dan Salam ke atas nabi Muhammad s.a.w!
20 Jun 2001 - 20 Jun 2008

Hidup ini adalah satu pelayaran
Menempuh gelombang kehidupan
Dengan berbekalkan keimanan
Agar sampai di pulau impian!

Dunia ini adalah satu persinggahan
Mengumpul amal kebajikan
Untuk dibawa pulang ke pangkuan Illahi
Bahawa nikmat dunia ini adalah sementara sahaja!

Insan ini adalah satu cipataan Illahi
Memikul amanah dan tanggungjawab
Melaksanakannya seikhlas mungkin
Pada diri sendiri keluarga bangsa negara dan agama kerana Allah!

Pagi ini kukunjungi pusara BonDa terCinta
Kubisikkan doa pada Illahi
Agar menempatkanmu di kalangan mereka yang beriman
Kebahagian di akhirat untuk selamanya! Amin!

Thursday, June 19, 2008

Pelayaran 11


Khas Buat Mama HAZIQ, BATRISYAH & ANIQ di Kuala Lumpor
08 Jun - 28 Jun 2008

Wednesday, June 18, 2008

Pelayaran 10


Tuesday, June 17, 2008

Pelayaran 9


Metos Pulau Perhentian

Satu perkara lagi yang menarik di Pulau Perhentian ialah tentang ular yang ada di atas pulau ini. Tidak ada ular bisa tinggal di atas pulau ini. Semua ular yang tinggal di pulau ini tidak mempunyai bisa. Dari apa yang diperkatakan, yang ada di atas pulau ini hanyalah ular sawa sahaja.

Mengikut cerita, ular bisa tidak boleh tinggal di atas pulau ini kerana terdapatnya keladi lekir dan akar cina putih yang mujarab sebagai penawar bisa ular. Walau ular itu bisa semacam manapun, ianya akan menjadi tawar kerana adanya dua jenis tumbuhan itu.

Oleh kerana itulah, semua ular bisa tidak berani tinggal di Pulau Perhentian. Akar cina putih mendapat nama kerana, ianya digunakan oleh kelasi-kelasi kapal dagang Cina untuk membuat tali sauh dan tali kapal.

Akar cina putih ini adalah sejenis tumbuhan yang menjalar dan kukuh sebagai tali. Oleh kerana ianya sering digunakan oleh tongkang-tongkang dan kapal-kapal dagang cina, lalu ianya diberi nama sebagai akar cina putih.

Sebagaimana yang telah diceritakan, Pulau Perhentian memang bebas dari ular yang berbisa. Mengikut cerita, memang tidak ada ular bisa di atas pulau itu melainkan ular laut saja. Cuma yang ada sejenis ular sahaja iaitu ular sawa.

Monday, June 16, 2008

Pelayaran 8


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Corat-Coret Pelayaran :

Tahun lalu seekor ular jatuh di depan kereta TamanBahasa di lebuhraya ke Pahang tetapi tahun ini seekor burung jatuh kena kereta Syurgawijr di lebuhraya yang sama!

Masa bertolak ke Pulau Perhentian dengan bot laju kami semua pakai jaket keselamatan tetapi masa balik kami semua buat bodoh! Nasib baik tidak berlaku apa-apa! Setiap bot hanya untuk 12 pax tetapi yang naik lebih daripada 15 pax!

Resort kami terletak di bawah pohon mangga. Berdentam-dentum buah mangga gugur macam bom! Namun mimpi kami tidak terjejas oleh dentuman mangga yang gugur!

Kami yang memang ketagih dengan surat khabar dan televisyen setiap pagi dan malam macam cacing kepanasan! Kami miss Euro2008!

Khidmat internet di resort Pulau Perhentian agak mahal RM $10.00 setiap 30 minit tetapi resort di Terengganu free!

Pihak travel sambut kami dengan menyediakan troli untuk angkut beg tetapi masa pulang dikatakan trolinya hilang! Anda percaya!

Booking melalui emel atau telefon patut dielakkan. Urusan yang melibatkan wang mesti dilakukan dengan bertentang mata untuk mengelakkan masalah!

Selepas tiga tahun berturut-turut (Kapas, Redang dan Perhentian) kegairahan mula menurun. Kita perlukan destinasi dan cabaran baru yang lebih mencabar!

Kelajuan di lebuhraya 110 km sejam sementara di jalan biasa antara 30km – 90km sejam. Jika ditahan sediakan wang pengeras!

Untuk melihat kemajuan Terengganu lihatlah Pasar Payangnya. Tidak berubah sejak 50 tahun yang lalu. Dok tang tu jugak!

Sepanjang pelayaran cuma bibir HaziQ bengkak, Utih digigit pijat, cap TokOne dan bear Batrisyah terbang ke laut ditiup angin sementara kamera 3x yang menggunakan pelastik zip block hancur!

Busu dan Utih lulus ujian untuk mengendalikan pusat nursery! Sementara anak-anak AyanGz lulus ujian bakat kerana boleh menyanyikan lagu kumpulan Matta sepanjangan pelayaran – Kamu Ketahuan! Klik Video Klip

Sementara setiap kali bertolak ke setiap destinasi doa selamat dibaca oleh Ustaz Suffi dan Ustaz Haatim! Yo yo yo!

Penilaian TamanBahasa :

Oleh kerana kami ‘serik’ mencandat sotong, kos internet yang mahal dan masalah penginapan ketika tiba serta wang pengeras - Kami beri pelayaran ke Pulau Perhentian 3.5 bintang!

Pelayaran kali ini mencabar dari segi pengurusan anak-anak Ayangz, pemanduan yang jauh dan memenatkan namun ia seperti permainan bola sepak walaupun ditendang, ditolak, kejar bola satu padang dan kadang kala kalah dalam pertandingan pada akhirnya ia merupakan satu kepuasan dan menyeronokan!

Setiap malam sebelum melelapkan mata terbayang pantai yang putih dan air laut biru dengan hidupan laut yang menghuninya! Wow! Subhanallah!

Sunday, June 15, 2008

Pelayaran 7


Friday, June 13, 2008

Pelayaran 6


Kami ke KL dari Kuala Terengganu melalui LebuhRaya Pantai Timur (LPT) dengan kos tol RM $21.00. Kemudian meneruskan pelayaran melalui LebuhRaya Karak dan tiba di Hotel Wira di KL pada pukul 3.00 petang.

Seperti biasa KL sesak-mesak dengan kenderaan yang bertali arus tanpa henti. Hotel Wira terletak di sebelah Hotel LeGend yang mengenakan kos penginapan 2 bintang! Lokasinya berdekatan dengan PWTC dan Masjid India!

Kami makan malam di Secret Recipes di LeGend Mall untuk meraikan HaRi Bapa. Menu istimewanya peha anak lembu (lamb stew) yang power! Cuma RM $15.00 saja.

Cerita Anak-Anak AyangZ :

Kali pertama ketiga-tiga bersnorkel di pulau impian. HaziQ berendam dari pagi hingga ke malam bersama teman-temannya Sufi, Haatim, Ira, Iman, Juliana dan Nadirah. Baik di pantai ataupun di kolam renang. Batrisyah tak habis-habis dengan TokOne nya! Sementara AniQ, masa snorkel pun boleh tidur!

HaziQ melepaskan hajatnya ketika bermandi-mandi di kolam renang. Sementara Batrisyah pula melepaskan hajatnya ketika menjamu selera! Sementara AniQ pula ketika bermandi-mandi di pantai! Sepanjang perjalanan kami terpaksa berhenti beberapa kali di tepi jalan untuk mereka melepaskan hajat. Free Show!

Waktu tidur pula HaziQ tidur dengan Utih dan Atok. Letak saja kepala - tidur. Mungkin kepenatan. Batrisyah pula jadi DJ tengah malam. Bangun malam nak susu dan sebut Papa dan Mama! AniQ pula tidur dalam botnya. Bangun malam untuk susu dan kencing! WaWan yang menguruskan Isyah dan AniQ pada waktu malam dan WaWan tidur di kereta ketika dalam perjalanan.

AniQ begitu selesa dengan BiBik selepas meraba wajahnya yang mungkin serupa dan sama saiznya. Menangis giler bila didukung Om Ijal. HaziQ pula pandai membawa diri. Tiada masalah. Tetapi Batrisyah pula - boleh kena kencing manis!

Isya-Allah jumpa anda esok.
Mesti baca corat-coret dalam perjalanan.

Thursday, June 12, 2008

Pelayaran 5




Ketika tiba di Kuala Terengganu kami terus ke Masjid Kristal yang terletak di Taman Warisan Islam di sebelah Muzium Besar Terengganu, Masjid Kristal itu kelihatan sungguh gah kerana kubah dan menaranya diperbuat daripada kristal!

Pembinaan Masjid Kristal itu menimbulkan kontroversi kerana pihak pembangkang menuduh pihak kerajaan membazirkan wang yang ditegah oleh agama disebabkan oleh bangunan itu tidak diwakafkan sebagai masjid untuk didirikan sembahyang waktu atau Jumaat!

Keadaan itu diperburukkan oleh imej jin yang dirakamkan dan tersebar luas di YouTube. Video klip itu seakan mengesahkan bahawa Masjid Kristal itu tidak mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah swt!

Aktiviti malam kami pula berkunjung ke Warong Pak Su di Seberang Takir yang terkenal dengan Air Jus yang dihidangkan dalam Gelas Gajah. Kami benar-benar teruja. Sudahlah besar – dua kali saiz gelas gajah di Singapura dan harganya cuma RM $3.50 sahaja. Jika ke Terengganu mesti cuba. Senak hendak habiskan segelas!

Di sini kami berpisah destinasi dengan Ylo Inda House yang masih mahu menetap di Terengganu sedangkan TamanBahasa dan Syurgawijr menuju ke KL untuk bertemu Mama AniQ!

Malam ini Mama AniQ bertemu kembali dengan anaknya HaziQ, Isyah & AniQ di Pusat Budaya di sebelah Tugu Negara pada pukul 7.30 malam. HaziQ dan adik-adiknya beramah mesra dengan teman-teman Mama AniQ yang seramai 20 orang sebelum pementasan drama yang bermula pada pukul 8.30 malam.

Insya Allah jumpa anda esok.
Video ‘adik’ Sata di Pulau Perhentian Kecil – pasti teruja!

Wednesday, June 11, 2008

Pelayaran 4




Akhirnya kami tiba di tanah besar Malaysia pada pukul 9.30 pagi selepas bersarapan roti dan telor di CocoHut Pulau Perhentian Besar. Pelayaran pulang kami diucapkan selamat jalan oleh lambaian nyiur Pulau Perhentian dan ketibaan kami disambut oleh ombak pantai yang memukul tebing Kuala Besut. Alhamdullilah!

Di jeti Kuala Besut kami bertemu Encik Selamat. Sila rujuk video klip di atas.

Pada pukul 10.00 pagi kami bertolak dan memecut laju ke Kuala Terengganu. Baik lori, kereta, motor atau apa sahaja kami memotong dan terus memotong. Tiba-tiba kereta Syurgawijr dan Ylo IndaHouse ditahan polis sementara kereta TamanBahasa dan AyangZ dibenarkan berlalu melintasi road block! Alhamdullilah!

Menjelang tengah hari kami tiba di Kuala Terengganu untuk makan tengah hari di Dataran Shahbandar dan check in Burok Resort (macam tak ada nama lain ke) pada pukul 2.00 petang.

Cerita Misteri :

3x sesat di CocoHut. Selepas makan malam pada pukul 8.30 malam. 3x memimpin Atok ke biliknya, yang jaraknya hanya 20 langkah dari kantin CocoHut. Tetapi 3x memimpin Atok membuka pintu bilik no.12. Salah! Kali kedua no. 11. Salah lagi. Agaknya 3x dipimpin oleh xxx! Masyallah!

Seperti biasa cerita Kak Iton pasti misteri. Selepas tutup semua lampu bilik untuk tidur pada pukul 10.00 malam, lampu di beranda dibiarkan menyala agar dapat menerangi bilik melalui sliding doornya. Tetapi tiba-tiba lampu itu padam. Kemudian dinyalakan lagi. Padam lagi! Agaknya dipadam oleh xxx. Masyallah!

Cerita dari Bibik agak aneh sedikit. Ketika Syurgawijr dan Ylo Inda House ditahan oleh pegawai polis. Sufi dan Haatim mengamok kenapa kereta Abg Kadir tidak kena tahan. Tetapi kes itu selesai tidak sampai lima minit. Kalau tidak kena $300.00. Untuk mendelete nombor kereta syurgawijr dan Ylo Inda House, mereka menyerahkan wang pengeras kepada xxx! Masyallah!


Inysa Allah jumpa Mama AniQ esok!

Tuesday, June 10, 2008

Pelayaran 3




Hari ini selepas bersarapan kami memulakan pelayaran ke Pulau Rawa pada pukul 9.00 pagi. Pelayaran mengambil masa lebih kurang 30 minit. Pulau Rawa jauh ke tengah Laut China Selatan.

Di sebelah Pulau Rawa terdapat dua buah pulau. Pulau Susu Dara. Sebuah besar dan sebuah kecil. Pulau Susu Dara (kecil) dikatakan terkena kanser payu dara, sebab itu kecil.

Sejam kami bersnorkel dan bermandi-mandi sebelum kami berlayar pula ke Pulau Perhentian Kecil (dipanggil kampung) untuk melihat perkampungan nelayan yang mempunyai seramai dua ribu penduduk dan terdapat sebuah sekolah kebangsaan empat tingkat.

Sebelum itu kami singgah di Pulau Batu Putih untuk bersnorkel dan memberi ikan makan. Rumah api ini menjadi panduan kapal-kapal yang belayar masuk ke perairan Malaysia.

Di Pulau Perhentian Kecil kami menjamu selera dengan memesan sata secucuk RM $1.50. Sata di Pulau Perhentian Kecil ini dibuat dan dibakar oleh ‘adik-adik’ yang telah menunjuk cara membuat sata yang kami beri nilai lima bintang.

Pulau Perhentian dibuka oleh keluarga Batin Mina yang berasal dari kepulauan Riau (Singapura) sehingga 1990 apabila Batin Sidek meninggal. Kalau tidak Singapura boleh tuntut Pulau Perhentian juga milik Singapura.

Pada pukul 1.00 petang kami makan tengah hari di Flora Fauna Chalet di Pulau Perhentian Besar yang menghidangkan ikan bakar bersambal. Di sini kami berselisih jalan dengan Azuan Hj Ali pengacara TV mulut laser untuk bersnorkel di Pulau Rawa.

Akhirnya acara snorkel berakhir dan kami kembali ke CocoHut Resort untuk bersnorkel hingga jam 6.00 petang.

Makan malam hari ini BBQ (sotong bakar, ikan bakar, ayam bakar, semua bakar, macam muka AniQ dibakar sunburn) di tepi pantai yang indah dihembus bayu laut waktu senja merangkak menutupi tabir malam.

Insya Allah esok kami akan ke Masjid Kristal.
Jumpa anda esok!

# Mama AniQ sila tag nama hotel di Selangor.

Monday, June 09, 2008

Pelayaran 2



Kami bertolak dari Kuala Besut dengan bot laju dan tiba di Pulau Perhentian BesarCocoHut pada pukul 9.30 pagi. Pelayaran hanya dalam masa 30 minit. Angin laut menampar wajah-wajah kami kerana bot laju itu terhentak-hentak membelah permukaaan laut.

Kegiatan hari ini bermula pada pukul 12 tengah hari dengan makan tengah hari yang menghidangkan ikan tiga rasa. Selepas itu pada pukul 1.00 petang kami mula bersnorkel di persekitaran Pulau Perhentian.

Kami bersnorkel, memberi makan ikan, mencari penyu dan ikan jerung. Kegiatan itu berakhir pada pukul 4.00 petang dengan mandi air tawar di tepi pantai.

Makan malam kami juga ikan rebus berperancah tom yam. AniQ, Batrisyah & HaziQ kali pertama bersama bersnorkel dan bersantai di pantai Pulau Perhentian.

Jumpa anda esok !
Selamat malam Mama & Papa AniQ!

Sunday, June 08, 2008

Pelayaran 1



Kami bertolak dari Tampines & Punggol pada pukul lima pagi. Selepas sembahyang subuh di JB kami bertolak ke Macap untuk bersarapan pagi. Konvoi kami – TamanBahasa, Syurgawijr dan AyangZ bertemu Ylo IndaHouse di Macap.

Konvoi kami melalui Yong Peng, Labis, Segamat lalu terus ke Kuantan, Pahang. Kami tiba di sempadan Pahang/Terengganu untuk makan tengah hari pada pukul 11.30 pagi, selepas 4 jam 30 minit memandu tanpa henti.

Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Besut kami melalui LebuhRaya Pantai Timur (LPT) dan tiba di Demong Resort pada pukul 5.00 petang. Ya 12 jam perjalanan. Ketiga-tiga anak Ayangz begitu bekerjasama sepanjang perjalanan dan mengisi masa mereka dengan bertasbih alif ba ta dan tidur di sepanjang jalan.

Esok insya-Allah kami akan ke Pulau Perhentian pada pukul 8.00 pagi dari Kuala Besut.

Saturday, June 07, 2008

Pulau PerHentian 10



Friday, June 06, 2008

BerSiar Di Kota MelaKa



Jangan lupa bersiar di Kota MelaKa dengan mengenderai BeCa yang unik. Selain daripada dihiasi dengan bunga-bunga pelastik yang berwarna-warni.

Khidmat BeCa itu juga menyediakan tayangan video percuma yang kebanyakannya video BollyWood! Suasana tradisional Melayu dan Portugis dicampur adukkan dengan irama BollyWood!

Bayarannya biasa dirundingkan. RM $40.00 untuk sejam mengelilingi Kota BerSejarah Melaka dan persekitarannya. Atau RM $10.00 untuk satu pusingan dari Kota Farmosa ke Menara Jam Merah dalam jangka masa lima ke sepuluh minit mengikut saiz badan pengendali dan penumpangnya!

Jumpa anda di sana!

Thursday, June 05, 2008

PemBURUan HaRi Ke 100



SENARIO PERTAMA :

Kelap-Kelip KuSangka Api
Kalau Api Mana PuntungNya
Hilang Ghaib KuSangka Mati
Kalau Mati Mana KuburNYa

SENARIO KEDUA :

Pucuk Pauh Delima Batu
Anak Sembilang Di Tapak Tangan
Walau Jauh Beribu Batu
Hilang Di Mata Di Hati Jangan

SENARIO KETIGA :

Pohon Meranti Pohon Cengal
Tempat Pontianak Mengasah Kuku
Walaupun Wajahmu Tidak KuKenal
Tetapi Lubang HidungMu Menjadi Pujaan Hatiku

SENARIO KEEMPAT :

Puteri Duyung Mengekori Bahtera
Dalam Perjalanan Ke Negara Barat
Mas Selamat Masih Berada Di Singapura
Menjadi Sumpah-Sumpah Di Merata Tempat

# Sumpah-Sumpah - Chameleon Lizard (boleh bertukar wajah & sifat)

Wednesday, June 04, 2008

BaRaCk HuSSein OBama 8



AFP - 1 hour 52 minutes ago BaRaCk HuSSein OBama terpilih menjadi wakil Partai Demokrat mengalahkan Hillary Rodham Clinton untuk menentang John McCain daripada Partai Republikan. Tahniah!

Ramalan TamanBahasa :
Pada Thursday, February 21, 2008
Rujuk : Barack Hussein Obama 7

Tuesday, June 03, 2008

Klap Bing Bing



Suhaizah dan Suhana bersanding tanpa ayah dan ibu yang telah terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Kini bergelar isteri dan tidak lama lagi akan bergelar ibu.

Keduanya membesar di Pasir Gudang, Johor kemudian berpindah ke Melaka apabila allahyarham Hj Wahab bersara. Bonda mereka allahyarhamah Hjh Zubaidah juga disemadikan di Melaka.

Bersama Abang ZaiDi, Kak WaHidah dan Kak HaMidah mereka meneruskan perjalanan hidup ini bersama suami yang mereka nikahi : Azam dan Hisham

Semoga diberkati dan dikurniakan KeBaikan Di Dunia dan KeBaikan Di Akhirat. Amin!

Monday, June 02, 2008

TemuRamah Di KosWe



Ketika tiba di KosWe pada pukul 11.30 pagi dalam perjalanan ke Melaka, Cg ditemuramah oleh sepasukan media dari RTM. Dengan video kamera dihalakan ke muka, Cg ditanyakan pendapat mengenai larangan kerajaan Malaysia ke atas warga Singapura membeli petrol sejauh 50 km. (nak cakap ape? - bedal sje!)

Tanpa berfikir panjang, Cg mengatakan larangan itu hak kerajaan Malaysia, kerana jika Singapura mengenakan tangki minyak 75 peratus, larangan 50 km itu mengikut keperluan Malaysia. Kata orang lain padang lain belalang !!! (macam tak kena aje!)

Bila diajukan adakah Cg setuju? Cg mengatakan mungkin terdapat pengguna lain yang tidak setuju tetapi bagi Cg itu tidak menimbulkan masalah! (spoil market!)

Temuramah itu disiarkan di RTM dan Suria pada malam itu juga (30.05.08) sehingga orang Clementi SMS ke Melaka menyampaikan berita tersebut, juga menjadi berita hangat di majlis kahwin (01.06.08) di Singapara (kata isyah - tak de la!)

Sunday, June 01, 2008

MenaRa TaMing SaRi



Pada 30 Mei 2008 kami mengambil kesempatan menaiki MenaRa TaMing SaRi. MenaRa yang setinggi 110 meter itu terletak di sebelah Musium Kapal dan boleh muat 80 orang penumpang untuk menyaksikan panorama Kota Bersejarah Melaka.

MenaRa yang menelan belanja RM $23 juta untuk membinanya dengan menggunakan teknologi Switzerland telah dibuka rasmi pada 18 April 2008.

Para penumpang dapat melihat panorama Kota Melaka sejauh Selat Melaka kerana MenaRa itu berputar 360 darjah untuk selama 7 minit. Bentuk MenaRa itu berdasarkan Lagenda Keris Hang Tuah - TaMing SaRi

# Bayaran Masuk : RM $20 untuk dewasa dan RM $10 untuk kanak-kanak. Jadi kami perlu membayar tiket masuk RM $80.00. Tetapi entah macam mana, penjual tiket itu tanya datang dari mana? Tiba-tiba mulut tersebut mengatakan dari Johor! Setelah dikira cuma bayar RM $17.00 sahaja !!! Tiket orang kampung !!! HaziQ, Isyah & AniQ - Free.