Monday, June 16, 2008

Pelayaran 8


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Corat-Coret Pelayaran :

Tahun lalu seekor ular jatuh di depan kereta TamanBahasa di lebuhraya ke Pahang tetapi tahun ini seekor burung jatuh kena kereta Syurgawijr di lebuhraya yang sama!

Masa bertolak ke Pulau Perhentian dengan bot laju kami semua pakai jaket keselamatan tetapi masa balik kami semua buat bodoh! Nasib baik tidak berlaku apa-apa! Setiap bot hanya untuk 12 pax tetapi yang naik lebih daripada 15 pax!

Resort kami terletak di bawah pohon mangga. Berdentam-dentum buah mangga gugur macam bom! Namun mimpi kami tidak terjejas oleh dentuman mangga yang gugur!

Kami yang memang ketagih dengan surat khabar dan televisyen setiap pagi dan malam macam cacing kepanasan! Kami miss Euro2008!

Khidmat internet di resort Pulau Perhentian agak mahal RM $10.00 setiap 30 minit tetapi resort di Terengganu free!

Pihak travel sambut kami dengan menyediakan troli untuk angkut beg tetapi masa pulang dikatakan trolinya hilang! Anda percaya!

Booking melalui emel atau telefon patut dielakkan. Urusan yang melibatkan wang mesti dilakukan dengan bertentang mata untuk mengelakkan masalah!

Selepas tiga tahun berturut-turut (Kapas, Redang dan Perhentian) kegairahan mula menurun. Kita perlukan destinasi dan cabaran baru yang lebih mencabar!

Kelajuan di lebuhraya 110 km sejam sementara di jalan biasa antara 30km – 90km sejam. Jika ditahan sediakan wang pengeras!

Untuk melihat kemajuan Terengganu lihatlah Pasar Payangnya. Tidak berubah sejak 50 tahun yang lalu. Dok tang tu jugak!

Sepanjang pelayaran cuma bibir HaziQ bengkak, Utih digigit pijat, cap TokOne dan bear Batrisyah terbang ke laut ditiup angin sementara kamera 3x yang menggunakan pelastik zip block hancur!

Busu dan Utih lulus ujian untuk mengendalikan pusat nursery! Sementara anak-anak AyanGz lulus ujian bakat kerana boleh menyanyikan lagu kumpulan Matta sepanjangan pelayaran – Kamu Ketahuan! Klik Video Klip

Sementara setiap kali bertolak ke setiap destinasi doa selamat dibaca oleh Ustaz Suffi dan Ustaz Haatim! Yo yo yo!

Penilaian TamanBahasa :

Oleh kerana kami ‘serik’ mencandat sotong, kos internet yang mahal dan masalah penginapan ketika tiba serta wang pengeras - Kami beri pelayaran ke Pulau Perhentian 3.5 bintang!

Pelayaran kali ini mencabar dari segi pengurusan anak-anak Ayangz, pemanduan yang jauh dan memenatkan namun ia seperti permainan bola sepak walaupun ditendang, ditolak, kejar bola satu padang dan kadang kala kalah dalam pertandingan pada akhirnya ia merupakan satu kepuasan dan menyeronokan!

Setiap malam sebelum melelapkan mata terbayang pantai yang putih dan air laut biru dengan hidupan laut yang menghuninya! Wow! Subhanallah!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home