iDaman 7
Perjalanan ke Nusa iDaman bergantung kepada laluan dan keadaan semasa. Sama ada perjalanan itu merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan atau satu penyeksaan !!
Sekiranya menggunakan laluan kedua (second link) ia mengambil masa 30 minit dari Tampines ke CIQ Tuas. Dari Tuas ke Nusa iDaman hanya makan masa 15 minit. Secara keseluruhan 60 minit perjalanan. Tetapi kosnya SGD $10.00 pergi dan SGD $10.00 pulang untuk bayaran tol bermakna SGD $20.00 !!
Sementara melalui koswe juga mengambil masa yang hampir sama 60 minit tetapi kos bayaran tolnya cuma SGD $3.00. (RM $2.60 di koswe + RM $2.30 tol di Perling - pergi + RM $2.30 tol di Perling - pulang = RM $7.20).
Namun begitu jika berlaku kesesakan di koswe terutama pada masa-masa sibuk, hujung minggu atau hari cuti jangka masa perjalanan antara 2 jam hingga 3 jam. Masya-Allah, satu penyeksaan !!
Sejak Cg dilahirkan hingga kini, kesesakan di koswe bagaikan suatu yang lumrah. 60 tahun berlalu, keadaannya tidak berubah walaupun kedua-dua pihak Singapura dan Malaysia berjanji untuk mengatasinya . . . abuk pun tak de !!
Singapura keberatan untuk melaksanakan projek jembatan kerana menjangkakan kerugian pengaliran wang keluar sehingga mengenakan peraturan tiga suku tangki dan alasan "Abang Merbahaya" sehingga menghalalkan kesesakan yang berlaku.
Sementara di Seberang Tambak pula mengamalkan sistem kerja yang tidak mesra pengguna kerana prejudis terhadap kehadiran warga Singapura di negara mereka. Kesannya kesesakan yang dihalalkan !!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home