Sunday, August 09, 2009

Aku Ketahuan 4


Bukan sahaja para pelajar ayah tidak mahu percaya bahawa ayah tidak mempunyai telefon bimbit malah pihak sekolah termasuk pengetua sekolah juga tidak mahu mempercayainya. Malah memaksa kerani sekolah untuk mendapatkan nombor telefon bimbit ayah.

Memiliki telefon bimbit merupakan satu kemestian pada generasi masa ini untuk berkomunikasi sama ada untuk keperluan harian ataupun kecemasan. Kemunculannya menimbulkan ketagihan yang menyebabkan pelbagai masalah baru dalam kehidupan kita.

Cucu ayah yang masih belum tahu mengesat hingus pun sudah mahir menggunakan pelbagai aplikasi yang terdapat dalam telefon bimbit termasuk kamera, video dan permainan. Sebenarnya ayah tidak rasa telah ketinggalan zaman.

Oleh kerana kecangihannya ramai yang malu untuk mengaku bahawa mereka tiada telefon bimbit. Tetapi kejujuran ayah dianggap satu gurauan. Sebenarnya ayah tidak begitu terdesak untuk memiliki telefon bimbit. Talian telefon di rumah 6783 XXXX sudah cukup untuk menampung keperluan hidup ayah.

Pihak keluarga, teman atau pihak sekolah boleh menghubungi ayah melalui talian rumah. Segala informasi yang diterima oleh pihak keluarga disampaikan kepada ayah sama ada setakat bertanya khabar ataupun yang mustahak.

Sebenarnya ayah pernah memiliki sebuah telefon bimbit. Ketika membeli kereta Trajet, ayah diberikan sebuah telefon bimbit percuma. Tiada siapa yang ketahuan, cuma beberapa orang teman dan tempat kerja yang mengetahui nombor telefon ayah.

Disebabkan ayah tidak gemar untuk menjawab panggilan telefon dan dalam masa dua minggu talian itu ayah putuskan ! Pelik tapi benar !

Menjelang hari lahir ayah yang ke 60 anak-anak menghadiahkan ayah sebuah telefon bimbit yang membolehkan ayah melungsuri internet. Walaupun terdapat beberapa 'gangguan' agar ayah tidak menyetujuinya, akhirnya ayah menerimanya dengan lapang dada.

Terima kasih :

Isteri Tersayang : Zaiton Omar
Anak-Anak : NurZetty, NurDiana, Muhd AlHakim & NurAtiQa
Menantu-Menantu : Iskandar Shah & Herman Rashidi
Cucu-Cucu : NurHaziQ, NurBatrisyah & NurAniQ

yang menceriakan hidup ayah/tokone!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home