Wednesday, July 14, 2010

Cabaran 9



Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.

Rumah berhalaman. Halamannya bukan sekangkang kera, tetapi keluasannya boleh dibangunkan sebuah rumah. Yang terbesar di fasa 2 Nusa Idaman. Untuk mencantikkannya ditanamlah rumput permaidani dengan kos RM $4,000.00 lebih murah sedikit daripada rumput mutiara.

Rumput tumbuh hijau. Sejuk mata memandang. Manik-manik umbun pagi bergajutan di hujung rumput pada waktu pagi. Kemudian kering bila disinari mentari pagi. Sejuk dan lembut kaki-kaki yang memijaknya. Setiap hari disirami untuk mengekalkan kesuburannya.

TETAPI kesuburannya perlu dibendung. Rumput mula meninggi. Rumput perlu dipotong. Oleh itu ramailah pemotong rumput singgah menyatakan hasrat untuk bantu memotong. Bukan percuma, tetapi mengenakan bayaran antara RM $80.00 sehingga RM $120.00. Akhirnya rumput yang meninggi dipotong. Cantik dan kemas. Tetapi sebulan kemudian meninggi lagi!

Kalau setiap bulan dipotong bermakna 12 kali untuk setahun dan memerlukan belanja lebih kurang RM $1,200.00. Pilihan pertama : Panggil orang potong. Selepas dua jam selesai. Cantik dan kemas. Badan pun tidak penat!

Pilihan kedua : Membeli mesin pemotong rumput yang kosnya RM $450.00. Setiap kali untuk memotong rumput hanya membeli seliter dua minyak yang kosnya kurang RM $10.00. Penjimatan setahun RM $600.00. Tetapi badan penat!

Nantikan Esok Cabaran 10

0 Comments:

Post a Comment

<< Home