Monday, November 08, 2010

TerBONGkar 9



Akhirnya kau telah membuat keputusan. Keputusan yang melukakan hatiku dan hati ibumu. Hati seorang ayah dan hati seorang ibu.

Gambarmu mnenyambut hari jadimu menjadi tatapan kami sekeluarga untuk melepaskan rindu, sejak kau menjauhkan dirimu daripada kami. Walaupun kau tidak berhijrah keluar negera dan masih berada di sini, namun usahaku dan adik-adikmu untuk bertemumu bagaikan mencari sehelai rambut hitam di kegelapan malam yang pekat!

Ada yang mencadangkan agar aku menggunakan khidmat penyiasat privet (PI) untuk mengesan keberadaanmu. Namun kami sekeluarga tidak akan membazirkan ribuan dolar kerananya, jika akhirnya jasadmu kami temui sedangan jiwamu tidak bersamamu.

Walaupun usaha teman-teman MPku juga gagal, namun aku berterima kasih di atas keprihatinan mereka membantu. Para asatizah, teman-teman dan ahli keluarga yang lain, kami ucapkan terima kasih. Kami sekeluarga telah berusaha semampu mungkin. Tetapi kerana kelemahan kami, usaha itu tidak membuahkan hasil.

Kini kami serahkan kepada Allah s.w.t. Allah maha mengetahui. Allah maha berkuasa. Qadak & Qadar adalah ketentuan Allah. Kami pasrah ke atas ujian yang diberikan kepada kami sekeluarga!

Kepada Steven, inilah harapan dan doa kami :
Aku ayahmu, ibumu dan kedua adikmu bersedia menerimamu kembali, sekiranya hatimu berubah untuk kembali ke pangkuan keluarga. Buang yang keroh ambil yang jernih.

> Bersambung

0 Comments:

Post a Comment

<< Home