Thursday, July 27, 2006

KeLiLinG DuNia


Mengikut Rekod Buku Guinness - Sesiapa sahaja dapat mengembara sejauh 16,000 batu dan menjelajah 4 buah benua dianggap telah MENGELILINGI DUNIA. Alastair Humphreys telah menjelajah 50,000 batu, 5 benua, 50 negara bersendirian dengan basikalnya tanpa bantuan kenderaan bermotor hanya dengan tenaga TULANG 4 KERAT.

Kebanyakan pengembara berbasikal menyimpan wang, atau berhenti kerja, atau menjual harta benda mereka untuk mencapai impian mereka menjelajah dunia. Pengorbanan LAHIR DAN BATIN. Para pengembara itu ada yang bersendirian dan ada pula yang berpasangan yang memakan masa bertahun untuk merealisasikan impian mereka merentas gunung, padang pasir, sungai dan singgah di kota-kota yang mereka lawati sama ada dengan tujuan kepuasan peribadi ataupun tujuan kebajikan.

Antara Kata Hati Mereka :

“I travel," he says, "because I love the company of strangers. We can now be so familiar with so much of the world from our armchairs that our real and our imagined experiences of places merge. But through meeting the people wherever we are, our experiences become UNIQUE, and the sum of what we are."

Kami juga pernah menjelajah dunia dengan berbasikal pada tahun 1970 dengan harapan yang sama – JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN. Kami berbasikal CHOPER kerana untuk mencuba KELAINAN bukan basikal biasa dan cuba bayangkan bagi 3 kayuhan bersamaan dengan 1 kayuhan basikal biasa. Macam nak tanggal KEPALA LUTUT dengan idea yang kami rancangkan ketika bersembang untuk mengisi masa ketika cuti sekolah.

Sepanjang perjalanan hujan dan teriknya sinaran suria benar-benar menguji ketahanan mental kami terutama ketika mendaki bukit dan bermalam di jalan raya di kegelapan malam yang sunyi dan menyeramkan. Bila kaki tidak larat lagi untuk mengayuh kami terpaksa turun menolak basikal dengan KESAL YANG TAK SUDAH kerana membuat kerja BODOH! Lebih-lebih lagi macam nak nangis bila tayar basikal pancit (bocor) sedangkan kami tidak membawa tayar gantian!

Nama kami tidak tercatat sebagai orang Melayu yang PERTAMA cuba merealisasikan impian menjelajah dunia dengan berbasikal seperti DATUK AZHAR yang mengelilingi dunia pada tahun 1999 dengan melayari bahteranya seorang diri dengan sokongan kewangan daripada kerajaan dan swasta. Kami melakukannya bukan kerana NAMA! Tapi kami BERJAYA mendahului zaman!

# Cerita Lucu :

1 Pada satu subuh yang dingin kami mandi di paip tepi jalan tanpa seurat benang. Sejuknya menusuk ke TULANG HITAM. Bila lampu kereta menyorot ke arah kami sudah pasti para pemandu itu menyaksikan adegan yang tak patut mereka lihat!

2 Kami bermalam di sebuah rumah. Tiba-tiba pintu rumah terbuka. Seorang mak cik TERPERANJAT BERUK mendapati 3 Abdul sedang berlengkar di beranda rumahnya!

3 Di sebuah kota kami PARKING basikal kami di balai polis. Sepanjang hari kami merayau tanpa basikal. Bosan konon!

4 Nantikan cerita yang lebih EKSKLUSIF selanjutnya diari pengembaraan mengelilingi dunia!

5 Jika anda ada rancangan melancong secara GILER sila hubungi TamanBahasa untuk kita merealisasikannya bersama!

Wednesday, July 26, 2006

BuLan BaHaSa


Tema : Dinamiknya Bahasaku
Cogan Kata : Semarak Bahasa Serentak Masa

TamanBahasa ingin mengucapkan TAHNIAH kepada JawatanKuasa Bulan Bahasa tahun ini kerana usaha gigih mereka MELESTARIKAN Bahasa Melayu untuk kekal sepanjang masa pada era globalisasi yang BERTUANKAN Bahasa Inggeris. Syabas!

Masyarakat Melayu menghadapi DILEMA sama ada kembali kepada AKAR tradisional dalam mengekalkan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi di kalangan mereka atau menguasai Bahasa Dunia untuk PENAKATAN mereka bersaing dengan bangsa-bangsa yang lebih maju ke depan. Kata orang DITELAN MATI EMAK, DILUAH MATI BAPAK!

Di manakah nilai KOMERSIL Bahasa Melayu kita jika dibandingkan dengan Bahasa Inggeris ataupun Mandarin? Sekeping BELACAN dibandingkan dengan sepinggan PIZA atau semangkuk WANTAN MEE. Kadar bilangan pelanggannya jauh berbeza seperti bumi dengan langit. Jika kita tahu nilai komersilnya tidak menguntungkan mengapa kita mesti membuang MASA dan TENAGA serta FIKIRAN untuk melestarikannya?

Dengan menguasai Bahasa Dunia kita setaraf untuk merebut ILMU dan KEKAYAAN yang menjadi lambang kejayaan sesuatu bangsa. Bangsa kita dihormati jika kita dapat melahirkan golongan CENDEKIAWAN dan HARTAWAN bukan golongan BAHASAWAN!

Namun begitu BAHASA MELAYU tetap ada NILAInya. Bukan kerana sumpah HANG TUAH - TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA tetapi . . .

Friday, July 21, 2006

KeLas PerTaMa 1969


DUA kerjaya yang kekal panggilannya hingga ke akhir hayat. GURU MELAYU dan DOKTOR. Masyarakat akan menyapa dan menggunakan panggilan CIKGU dan DOKTOR pada awal nama. CIKGU BEDAH atau DOKTOR BEDAH. Inilah keistimewaan penghormatan yang tidak terdapat dalam kerjaya lain. Kita tidak menyapa dengan panggilan Manager Bank Ani, Kerani Ali, atau Jurutera Adi. Walaupun terdapat panggilan Sargent Aru dan Inspektor Awi atau Kapten Azi tetapi ia hanya terbatas di kalangan anggota pasukan beruniform.

Jika dibandingkan pelanggan CIKGU dengan DOKTOR sudah pasti pelanggan DOKTOR lebih ramai daripada pelanggan CIKGU. Namun begitu hubungan CIKGU dengan pelanggan lebih berbentuk peribadi daripada hubungan dengan DOKTOR yang bersifat komersil! Ikatan peribadi itu kekal hingga akhir ayat!

Dalam masa 30 tahun menjadi GURU seseorang itu boleh menjangkakan beliau akan mempunyai lebih kurang seramai 3000 pelanggan yang meliputi pelbagai lapisan taraf hidup, daripada seorang pemimpin kepada seorang banduan. Namun begitu jasa seorang itu GURU akan senantiasa tersemat di dada kita sama ada GURU itu baik atau sebaliknya.

Tapi kini profesi GURU sudah mula tercemar apabila ramai GURU dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam kes-kes tidak beretika dan jenayah. Keadaan ini lebih diburukkan lagi dengan konsep mengajar bukan lagi mendidik! Tugas mendidik bukan lagi tanggungjawab utama GURU tetapi diserahkan kepada para KAUNSELOR untuk membentuk keperibadian yang mulia.

Mengimbas kembali detik-detik seorang pelajar yang sudah bertahun meninggalkan bangku sekolah tiba-tiba memanggil CIKGU di bandar Beijing, hati ini benar-benar terusik. Di celah-celah manusia bertali arus di bumi asing, dua insan diketemukan jauh dari tanah airnya. Panggilan CIKGU itu benar-benar menusuk hati. Begitu dalamnya ingatan yang terpahat di hati seorang pelajar kepada GURUnya sedangkan GURU itu tidak lagi mengenalinya! KAU SIAPA?

# Jika Ada Sesiapa Yang Mengenali Wajah-Wajah Comel Di Atas (Sekolah Rendah Kaki Bukit) Sila Hubungi TamanBahasa. Usia para pelajar sekarang lebih kurang 40 tahun!

Tuesday, July 18, 2006

RahSia IKan & ASam


Kata orang kalau dah jodoh Ikan Di Laut Asam Di Darat Dalam Periuk Bertemu Juga. Peribahasa yang melambangkan betapa kalau dah ditakdirkan untuk bersama sesuatu yang mustahil pun pasti akan berlaku. Begitulah ungkapan Takkan Lari Gunung Dikejar. Tapi bagi yang kejar tak dapat seringkali hajat tak kesampaian kerana Hajat Di Hati Nak Peluk Gunung, Apa Daya Tangan Tak Sampai.

Peribahasa jenaka Hidung Tak Mancung, Gigi Pulak Yang Mancung, sebab itu peminangan ditolak mentah-mentah kerana tak ‘cute’ atau tak ‘hensem’. Sepatutnya Hidung Tak Mancung, Pipi Tersurung-Surung. Bercinta Bertepuk Sebelah Tangan. Giler habis! Bercintakan Geliga Di Mulut Naga sesuatu yang mustahil untuk dimiliki. Sebab itu janganlah bercinta dengan orang yang tidak sepadan seperti kata peribahasa Pipit Meminang Anak Enggang.

Pasangan yang ideal Seperti Gemi Berjodoh Dengan Ikan atau Setumbuk Bagai Gelang, Sejodoh Bagai Cincin, bermaksud paling sesuai paling cucuk, kata orang Bagai Pinang Dibelah Dua atau Berdiri Sama Tinggi Duduk Sama Rendah atau Cincin Dengan Permata. Semoga cinta dan kasih sayang itu kekal Seperti Labah-labah Cinta Kepada Telurnya / Sarangnya janganlah diamalkan Habis Manis Sepah Dibuang dan Jikalau Kasihkan Padi Buanglah Rumput! Peribahasa mudahnya Main Kayu Tiga. Selalunya masa bercinta Hitam Mata Itu Takkan Boleh Bercerai Dengan Putihnya. Tetapi setelah hidup bersama pudarlah cinta Bagai Embun Di Hujung Rumput.

Selalunya tekaan atau sangkaan kita tentang jodoh kita atau seseorang salah kerana jodoh itu di tangan Allah. Lain Diniat Lain Ditakdir, Lain Diacah Lain Yang Jadi. RAHSIA!

Friday, July 14, 2006

HaZiQ SerVis



Perkhidmatan Cemerlang 24 Jam
Komputer / PDA / Video / LCD / Pencetak / X-Box

1. Pakar Pampes Terlatih
2. Mengodeh Di Tempat Anda
3. Jaminan Tanggung Sendiri
4. Penghantaran Bajet

Khidmat Termasuk Hari Minggu & Cuti Bersalin

Monday, July 10, 2006

LaGa LemBu



Panas SeTahun TerHapus Oleh HuJan SeHari

Saturday, July 08, 2006

DiaLoG PiaLa DuNia


Baru-baru ini wartawan TamanBahasa berpeluang menemu-ramah pemain-pemain Piala Dunia 2006 di Pulau Kapas.

TamamBahasa :
Para pembaca. Kite perkenalkan dulu pemain sensasi Wayne Rooney. Ape hal dengan demo? Orang kate demo giler? Giler bole! Hingga "bole" Alberto Ricardo Carvalho pun demo tendang hingge demo dibuang padang.

Wayne Rooney :
Kite cakap demo jangan marah. Kite punya kasut saiz 8. Mungkin tak muat kalau masuk mulut demo. Kite baru patah kaki. Sebenarnya kite tak ade mood nak main. Tapi satu England suruh kite main. Kite harap demo faham dengan tindakan kite sekarang.

TamanBahasa :
Obrigado. Selamat datang Ronaldinho. Kite kagum dengan demo. Demo timang bole macam timang anak. Samba dan joget bonito demo hebat sangat! Tapi kenape demo gagal dalam Piala Dunia?

Ronaldinho :
Ola . . Semua kite bikin tak jadi. Magik kite tak jadi. Kite sepatutnye jadi striker . . bukan si gedebab tu. Semue orang tunggu bola. Bile dapat bola mule gelek-gelek. Kemudian terlepas. Kite tak ade semangat berpasukan. Antare bole dengan kepale. Kepale kite lebih besar. Demo kate Besar Kepale! Lebih baik kite mencandat sotong dari tengok bole final! Moh ikut?

Cristiano Ronaldo :
Adeus . . . Kasihan patah hati. Sepatutnye kite yang patut dapat Anugerah Pemain Remaja Terbaik bukan Lukas Podolski. Sekarang satu dunie kenal kite. Lebih-lebih lagi di England dan di Man U. Tapi tahu tak ape. Kite pun dah dapat tawaran kontrak dengan Barca atau Real Madrid.

TamanBahasa :
Demo ini kaki terjun. Orang terjun di laut atau di kolam. Tapi demo terjun di padang. Agaknya demo biasa terjun untuk elak ditanduk lembu giler di tempat demo. Macam pesta Mambo setiap tahun. Demo Juare Penerjun Terbaik 2006! Hah Ballack. Guten Morgen . . . Demo dengan Beckham nangis kenape? Kalah pun nangis, orang sini kate demo macam bunge! Bunge S***** Kembang Malam!

Michael Ballack : Demo tak main bole. Demo hanye tahu candat sotong aje. Bile kite masuk final nilai kontrak kite pun naik berjute-jute dolar. Sotong satu Malaysia gaji kite satu hari. Auf Wiedersehan!

TamanBahasa :
Akhir sekali kite dapatkan pandangan dari Zinedine Zidane. Bonjour Zidane. Nampaknye warge-warge emas akan menjuarai Piala Dunia 2006 sedangkan pemain-pemain mude dan sensasi dan termahal dunie dah balik kampung. Ape rahsie demo? Tongkat Ali?

Zinedine Zidane :
Merci. Rahsie kite? Kite bermain tanpe tekanan. Kalah menang tidak penting. Kerane itu kite dapat menunjukkan aksi kite yang terbaik. Esok kite akan menjulang Piala Dunia. Kite bersara same-same. Au revoir . .

Sunday, July 02, 2006

HaTiNya ReTak SeRiBu


Malam ini 1 Julai 2006 perlawanan antara England dengan Portugal peringkat suku akhir seperti soap opera yang benar-benar menjanjikan plot cerita yang menepati unsur-unsur konflik, ketegangan, kejutan, klimaks dan peleraian cerita yang menyentuh perasaan pembaca atau penonton.

Plot bermula dengan menampilkan keagungan pemain-pemain dan liga England yang dikatakan nombor 1 di dunia. Siapa tidak kenal Liga England setiap minggu dengan taburan bintang-bintangnya yang mendabik dada sebagai JUARA DUNIA! Dan media massa tidak habis-habis menggembar-gemburkan kehebatan mereka!

Pertarungan sengit antara kapten kedua-dua pasukan iaitu Luis Figo (7) dengan David Beckham (7) seakan berat sebelah. Permainan Beckham tenggelam dalam pelukan isterinya Posh Spice kerana gagal memberikan persaingan kepada Luis Figo (7) dan akhirnya menangis seperti anak kecil yang kehilangan botol susu. Begitu pedih hati seorang kapten pasukan dikeluarkan ketika perlawanan sedang berlangsung sehingga mencampakkan pergelangan kaptennya ke tanah dan menangis teresak-esak sendirian mengenang nasib badan 7 minit selepas separuh masa kedua.

Wayne Rooney (9) watak panas baran memainkan wataknya dengan sungguh berkesan sehingga dibuang pada pada minit ke 62 kerana memijak peha pemain lawan kemudian menolak teman sepasukannya Cristiano Ronaldo. Rasa frustnya dan dendamnya yang mendalam diluahkannya di depan pengadil. Inilah klimaks yang akan menjadi berita hangat setiap Piala Dunia! kerana ia pemain England seperti Beckham dibuang padang pada tahun 1998!

Namun begitu kita dihiburkan dengan lakonan watak tinggi lampai Peter Crouch (21) yang memainkan watak serba tak jadi. Kejar bola sorang-sorang macam nak gila. Bila dapat tanduk bola sering dipersalahkan dan bila mengelecek bola selalu tertinggal bola!

Kita juga menyaksikan dua personaliti jurulatih yang berbeza bagai bumi dengan langit. Sedang L Scolari membakar semangat juang pemain-pemain Portugal, S Eriksson jurulatih England pula bagaikan seorang yang sedang menelan pil tidur!

Plot cerita berakhir dengan begitu tragedi yang menyayat hati. Frank Lampard (8), Steven Gerrard (4) & J Carragher (15) adalah pemain-pemain kelas dunia yang gagal menjaringkan tendangan penalti (Tepat Tekaan Atiqa). Akhirnya bintang-bintang England gugur bertaburan tanpa kerlipan dan sinaran Piala Dunia. Mereka layak menerima jolokan saguhati 'Juara Tanpa Piala'

Para pembaca atau penonton terpaku dengan wira pemusnah impian England Cristiano Ronaldo (17) penjaring penalti terakhir yang memastikan kemenangan Portugal ke atas England dengan penuh bergaya. Syabas! Cristiano Ronaldo, Ricardo & Portugal.

# Atiqa telah menggunakan hampir sekotak tisu sepanjang perlawanan terutama pada detik-detik tendangan penalti. Hatinya retak seribu!