Thursday, July 27, 2006

KeLiLinG DuNia


Mengikut Rekod Buku Guinness - Sesiapa sahaja dapat mengembara sejauh 16,000 batu dan menjelajah 4 buah benua dianggap telah MENGELILINGI DUNIA. Alastair Humphreys telah menjelajah 50,000 batu, 5 benua, 50 negara bersendirian dengan basikalnya tanpa bantuan kenderaan bermotor hanya dengan tenaga TULANG 4 KERAT.

Kebanyakan pengembara berbasikal menyimpan wang, atau berhenti kerja, atau menjual harta benda mereka untuk mencapai impian mereka menjelajah dunia. Pengorbanan LAHIR DAN BATIN. Para pengembara itu ada yang bersendirian dan ada pula yang berpasangan yang memakan masa bertahun untuk merealisasikan impian mereka merentas gunung, padang pasir, sungai dan singgah di kota-kota yang mereka lawati sama ada dengan tujuan kepuasan peribadi ataupun tujuan kebajikan.

Antara Kata Hati Mereka :

“I travel," he says, "because I love the company of strangers. We can now be so familiar with so much of the world from our armchairs that our real and our imagined experiences of places merge. But through meeting the people wherever we are, our experiences become UNIQUE, and the sum of what we are."

Kami juga pernah menjelajah dunia dengan berbasikal pada tahun 1970 dengan harapan yang sama – JAUH BERJALAN LUAS PANDANGAN. Kami berbasikal CHOPER kerana untuk mencuba KELAINAN bukan basikal biasa dan cuba bayangkan bagi 3 kayuhan bersamaan dengan 1 kayuhan basikal biasa. Macam nak tanggal KEPALA LUTUT dengan idea yang kami rancangkan ketika bersembang untuk mengisi masa ketika cuti sekolah.

Sepanjang perjalanan hujan dan teriknya sinaran suria benar-benar menguji ketahanan mental kami terutama ketika mendaki bukit dan bermalam di jalan raya di kegelapan malam yang sunyi dan menyeramkan. Bila kaki tidak larat lagi untuk mengayuh kami terpaksa turun menolak basikal dengan KESAL YANG TAK SUDAH kerana membuat kerja BODOH! Lebih-lebih lagi macam nak nangis bila tayar basikal pancit (bocor) sedangkan kami tidak membawa tayar gantian!

Nama kami tidak tercatat sebagai orang Melayu yang PERTAMA cuba merealisasikan impian menjelajah dunia dengan berbasikal seperti DATUK AZHAR yang mengelilingi dunia pada tahun 1999 dengan melayari bahteranya seorang diri dengan sokongan kewangan daripada kerajaan dan swasta. Kami melakukannya bukan kerana NAMA! Tapi kami BERJAYA mendahului zaman!

# Cerita Lucu :

1 Pada satu subuh yang dingin kami mandi di paip tepi jalan tanpa seurat benang. Sejuknya menusuk ke TULANG HITAM. Bila lampu kereta menyorot ke arah kami sudah pasti para pemandu itu menyaksikan adegan yang tak patut mereka lihat!

2 Kami bermalam di sebuah rumah. Tiba-tiba pintu rumah terbuka. Seorang mak cik TERPERANJAT BERUK mendapati 3 Abdul sedang berlengkar di beranda rumahnya!

3 Di sebuah kota kami PARKING basikal kami di balai polis. Sepanjang hari kami merayau tanpa basikal. Bosan konon!

4 Nantikan cerita yang lebih EKSKLUSIF selanjutnya diari pengembaraan mengelilingi dunia!

5 Jika anda ada rancangan melancong secara GILER sila hubungi TamanBahasa untuk kita merealisasikannya bersama!