NaMaSte 9
24 DEC 2006
Insya Allah kami tiba di SinGapura pada pukul 8.00 pagi dengan pesawat IC 859 dengan seribu kenangan mengenai RumahBot, GulMarg, Taj Mahal dan DelHi.
Pelancong dari Malaysia adalah yang teramai melancong ke KasHmir India, sebab itu mata wang Ringgit Malaysia diterima dan kehadiran mereka disukai oleh penduduk KasHmir kerana mereka adalah pelancong yang suka berbelanja dengan mewah berbeza dengan warga Singapura yang berkira ketika berbelanja! Projek lebuhraya juga diserahkan kepada Samy Velu! (KontRektor Malaysia).
Dari segi kemajuan, China & Hong Kong mungkin 20 tahun ke depan dari prasarananya. Oleh kerana itu pelancong merasakan keselesaan ketika melancong dan dapat meraih bilangan jutaan setiap tahun, berbeza dengan melancong ke India para pelancong akan berfikir dua tiga kali untuk melawatinya.
Namun begitu kemiskinan menjadikan insan berhati mulia. Mereka melakukan tugas dengan rendah diri dan bersopan serta menerima pemberian dengan tangan terbuka. Begitulah gambaran masyarakat India.
Berbeza dengan masyarakat di Beijing China terutama Hong Kong yang mementingkan material (wang) dan bersikap RaKus ketika mengharapkan balasan.
Jika di Saudi mereka mengatakan SinGapura - BaGus. Begitu juga di Beijing & Hong Kong mereka memuji SinGapura - Clean & PM kita LKY!.
Sementara paspot SinGapura mendapat layanan istimewa di IsRael. Di SrinaGar seorang pegawai tentera dua bintang menyanjung - We Respect People of SinGapore!
Sesungguhnya dot merah di peta dunia mendapat penghargaan 5 bintang daripada masyarakat antarabangsa. Kita seharusnya bangga menjadi warga SinGapura!
Jika dunia mempunyai 7 jenama antaranya Tembuk Besar China, Piramid, dan Taj Mahal, Singapura juga mempunyai 7 jenama yang terkenal di peringkat antarabangsa.
1. SIA – Jenama globalisasi
2. CleAn – Jenama keselesaan dan persekitaran
3. ( ? ) Jawapan yang betul akan dapat cenderahati daripada TamanBahasa
4. MerLion – Jenama identiti negara
5. Little Red Dot – Jenama kontroversi politik
6. HDB – Jenama kecekapan dan kepakaran
7. ShoPPing – Jenama Barangan & perkhidmatan
5. Little Red Dot – Jenama kontroversi politik
6. HDB – Jenama kecekapan dan kepakaran
7. ShoPPing – Jenama Barangan & perkhidmatan
Nilai Bintang :
Kepuasan TerTinggi 5* & TerRendah 1*
1. Harga Pakej : 5 Bintang
2. Tempat Tinggal HouseBoat, Hotel : 5 Bintang
3. Tempat-tempat Lawatan SrinaGar, ArGa, JaiPur & DelHi : 5 Bintang
4. Servis & Layanan KaKa & Pemandu Pelancong : 4 Bintang
5. Makanan & Minuman Di Kapalterbang, HouseBoat & Hotel : 4 Bintang
6. Informasi Tempat Lawatan : 4 Bintang
7. Teman Di Jalanan (M'sia/KanaDa/S'pura/BelGium/Indonesia) : 5 Bintang
8. Berbelanja & Membeli Belah : 2 Bintang
9. Talian Internet di Hotel & Cyber Cafe : 1 Bintang
10. Pengangkutan Kapalterbang, Shikara, Gondola, Kereta & Tut-Tut : 4 Bintang
Akhir kata : NaMaSte!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home