Saturday, December 23, 2006

NaMaSte 8


23 Dec 2006

Insya Allah selepas sarapan 9.30 kami bertolak kembali ke DelHi. Perjalanan sejauh 4-5 jam ke DelHi benar-benar mencabar ketahanan fizikal.

12.30 memasuki wilayah HariYana dan meninggalkan Rajasthan dengan kenangan menaiki Gajah. Kenapa naik gajah tidak kuda atau unta? Jawapannya di bawah.

Di DelHi kami akan melawat tempat-tempat tarikan pelancong seperti New DelHi & Old DelHi. Melawati Raj Ghat, Masjid terbesar di InDia – Jamma Mosque. Kemudian ke Red Fort, InDia Gate, Parliament House, Istana Presiden. Tidak ketinggalan Qutub Minar (Menara Kemenangan) setinggi 72.5 meter yang dibina pada tahun 1199 AD oleh Qutub’d Din.

Akhir sekali makan malam Selamat Tinggal di Chor BaZaar RestauRant sebelum ditransfer ke lapangan terbang antarabangsa DelHi.

InDia tidak menawarkan barangan cenderahati yang meluas seperti di Thailand, Beijing, Hong Kong ataupun Indonesia & Malaysia.

Barangannya lebih berkaitan dengan agama Hindu seperti barangan perhiasan, ibadat dan keperluan harian. Corak dan kualiti barangan juga tidak menepati cita rasa kita di SinGapura, sama ada beg, kasut, baju t-shirt dan sebagainya.

Cuma yang sesuai ialah pakaian lelaki Kurta, selendang dan barangan kemas batu-batu permata. Namun begitu dari segi corak dan reka bentuk masih jauh terkebelakang.

Mungkin Bazar di SinGapura lebih menarik dari segi persembahan pamerannya untuk menarik perhatian pelangan sedangkan di InDia semuanya berlipat. Kalau nak beli dilambakkan di depan kita – lebih banyak buang masa ketika memilih barang. Keadaan ini berlaku kerana keadaan persekitaran yang berdebu dan kotor. Buktinya di bawah.


Namun begitu ketika sampai di DelHi kami terus ke Palika Bazaar setelah makan tengah hari 2.30 dan solat jamak takdim.

Di Palika Bazaar harganya lebih murah dari harga kilang tempat-tempat lawatan (komisyen untuk pemandu pelancong agaknya!)

Di Palika Bazaar kami berbelanja sakan selama lebih kurang 2 jam pun tak cukup. Jika di DelHi jangan lupa ke Palika Bazaar ataupun ke Jabpath. Deretan kedai yang bersaing mencari pelanggan. Di sini kemahiran menawar menentukan harga yang dibeli.

Contoh harga kasut kulit INR $1650 selepas ditawar harganya cuma INR $400 (SGD $12.00) sahaja.

Pesawat IC 859 bertolak pada pukul 00.05 waktu InDia dan insya Allah tiba di Singapura pada pukul 07.55 waktu Singapura.

# Maharaja Rajasthan berbadan besar dan perlukan pelana (tempat duduk) yang besar. Sebab itu gunakan gajah. Harga tiketnya INR $275 untuk seorang.

# Untuk membuktikan keadaan persekitaran yang tidak bersih, hingus dan tahi hidung kami berwarna hitam! Dan penduduknya sama ada memakai pelitup atau menutup hidung mereka dengan kain pembalut leher/selindang mereka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home