TenGah MalAm
Bagi sesiapa yang LEMAH semangat JANGAN klik video di atas. Jika hendak tonton juga pakai cermin mata hitam. Sebelum klik video, TINGGikan suara volume dan disarankan menonton berSENDIRIan pada waktu menjelang TENGAH MALAM! Nantikan VideoNya Pada Malam Jumaat Ini!
Di PASAR SENI (Central Market) Kuala Lumpur berlangsung Pameran Menyingkap Misteri Keajaiban Alam. Pameran itu menarik minat kami untuk mengunjunginya selepas makan malam di restoran Arab Bukit Bintang.
Tetapi ramai yang keberatan terutama kaum wanita. Walaupun kami dibenarkan pergi, bila pulang pintu bilik hotel tidak akan dibuka. Takut tetamu yang tidak diundang dari pameran itu akan ikut sama masuk ke dalam bilik.
Pameran itu ditutup pada pukul 12.00 malam. Jadi kami mengambil keputusan untuk pergi pada pukul 12 tengah malam! Semua lelaki dewasa pergi termasuk NurAtiqa seorang. Harga tiket RM $6.00 setiap seorang dan kamera/video pula RM $10.00. (. . . macam betul aja)
Bahan pameran ‘glamour’ yang dipertontonkan antaranya JEMBALANG TANAH dari Pantai Remis, Perak yang pernah mengganggu penduduk kampung. Spesies itu dikurung dalam sebuah balang kecil untuk mengelakkan ia dari terus mengganas.
Ketika spesies itu ditangkap ia berupa dalam bentuk kepulan asap kemudian dimasukkan ke dalam balang tersebut. Selepas tiga bulan kepulan asap itu bertukar menjadi rupa manusia yang menggerunkan. Lebih menggerunkan rambut dan kukunya semakin panjang – seakan ia bernyawa!
Terdapat 200 barangan mistik koleksi Muzium Nurul A’la yang dipamerkan. Antaranya spesies ikan duyung, kayu pasung hantu, Quran yang hilang sepatah perkataan dalam surah alfatiha – perkataan ALLAH selepas Alhamdu _____ rabillalamin !
Di dalam kegelapan malam akhirnya kami bertentang mata dengan pelbagai makhluk ghaib yang secara tidak langsung ia dapat menjelaskan persepsi kita tentang kewujudan spesies dari alam ghaib yang termasuk ciptaan Allah swt bahawa Allah maha berkuasa. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah!
Selamat MenOntOn.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home