Thursday, May 17, 2007

CitRa PanDang BelAKanG 1

Cerita Ini Hanya Rekaan. Tiada Kena MenGena Sama Ada Yang Hidup Ataupun Yang Sudah Tiada. Yang Baik Jadikan Teladan Yang Buruk Jadikan Sempadan. Selamat Menghayatinya. Ikuti segmen ke segmen hingga ke segmen terakhir . . . CitRa PanDang BelAKanG !

SEGMEN 1

Cg bersama teman-teman sejawatan serta lebih kurang 50 remaja melakukan lawatan di sebuah pulau di negara jiran. Melawat kawasan perkebunan, ladang ternakan ayam untuk hidangan makanan segara di negara kita, melawat perkampungan nelayan serta menjamu selera di kebun buah-buahan.

Semua peserta begitu aktif dan riang sepanjang hari. Kenderaan bas yang kami naiki adalah bas tahun lima puluhan bertingkapkan kayu. Satu pengalaman nostalgia yang cukup mencuit hati. Satu lagi yang menarik perhatian kami ialah kelihatan ramai penduduk pulau tersebut memakai pelbagai kemeja-T berlogokan nama-nama sekolah, badan-badan pertubuhan dan syarikat di negara kita. Kemungkinan besar baju derma daripada warga negara kita.

Malam menjelma. Kami semua keletihan. Selepas makam malam semua kembali ke bilik masing-masing dan diarah tidur pada pukul 10.00 malam. Kini dapatlah Cg merehatkan diri. Sejak dari subuh hingga ke isyak menjalankan tugas tanpa henti melayan karenah peserta belasan tahun yang hiper aktif. Nasib baik lawatan itu cuma tiga hari dua malam sahaja.

Baru sahaja hendak meletakkan kepala di bantal, tiba-tiba pintu bilik hotel Cg diketuk bertalu-talu. Apa sahaja budak-budak ini! Bila pintu terbuka kedua-duanya bercerita kelam-kabut dengan muka yang berpeluh dan tercungap-cungap. Teman mereka memerlukan perhatian dengan segera!

Sesampai di bilik teman mereka, Cg dapati beberapa teman memegang sekujur tubuh yang meronta-ronta mahu dilepaskan dari pegangan teman-temannya. Bilik itu panas walaupun berhawa dingin. Cg menyuruh mereka melepaskan pegangan. Dadanya berombak-ombak sedangkan matanya masih pejam. Mulutnya terkumat-kamit tanpa mengeluarkan suara.

Sebenarnya mereka merancang untuk tidur di bilik itu beramai-ramai. 6 orang sebilik. Sudah tentu mereka ada ‘projek’. Tetapi selepas kejadian itu tiada siapa yang mahu sebilik dengan teman mereka yang berkelakuan ‘aneh’ itu walaupun teman sebiliknya sendiri takut untuk menemaninya.

Cg bertanya apa yang berlaku. Teman sebiliknya berbisik di telinga Cg. Takut teman-temannya yang lain dengar sambil menjeling ke arah tingkap. Bulu roma Cg terasa berdiri dan cuba menghidu sesuatu dengan menarik nafas panjang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home