Sunday, July 01, 2007

1 JulAi 1 MisteRi

Assalamualaikum wr wb
Kepada Peminat Setia TamanBahasa

TamanBahasa bercadang untuk membukukan pengalaman MisteRi yang pernah kita alami bersama. Sama ada di rumah, di tempat kerja, di sekolah, di jalanan atau di mana saja. Mengapa tidak diabadikan dalam sebuah buku yang bertemakan MisteRi.

Jika anda boleh bercerita dan menulis, emelkan kepada TamanBahasa. Jika anda tidak yakin dengan kebolehan anda, tulis ceritanya secara ringkas dengan butiran yang penting. TamanBahasa akan mengolahnya menjadi sebuah cerita MisteRi!

Sebaiknya cerita MisteRi itu adalah pengalaman peribadi anda, keluarga anda atau teman anda. Dan cerita MisteRi itu belum pernah diterbitkan di mana-mana akhbar, majalah atau buku. Klik TamanBahasa untuk kita kongsi bersama.

Anda boleh menggunakan nama sebenar atau nama samaran untuk merahsiakan identiti anda. Mungkin untuk mengelakkan fitnah atau menyinggung perasaan seseorang. TamanBahasa berjanji akan merahsiakan MisteRi anda.

Maksud MisteRi. Sesuatu yang berlaku masih belum dapat difahami dan dimengerti. Sesuatu yang terahsia. Ia bukan cerita hantu. Tetapi ada elemen-elemen alam ghaib. Anda usah keliru. Anda emel apa sahaja di TamanBahasa, kami akan mengubahsuaikannya.

Insya Allah MisteRi pengalaman yang anda alami ketika melancong, ketika menjalani perkhidmatan negara, ketika melakukan ibadat haji/umrah atau ketika bersendirian pasti memberikan manfaat kepada sesiapa yang membacanya.

Peluang ini terbuka kepada semua peminat setia TamanBahasa. Sama ada anda seorang pelajar, seorang peguam, doktor ataupun tuan majistret! Ataupun anda seorang artis, seorang suri rumahtangga ataupun anda yang sedang membaca lelaman maya ini!

TamanBahasa terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih jika anda sudi untuk sama-sama merealisasikan MisteRi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home