Friday, June 22, 2007

LamBaian ReDang 10


Perkhidmatan talian internet di Singapura antara yang terbaik dengan khidmat jalurlebarnya. Selain pusat pengajian tingg, restoran makan segera turut memberikan khidmat WIFI percuma.

Keadaan ini sukar kita dapatkan di negara-negara lain di Asia. Ketika Cg berada di Bejing China dan di Hong Kong terpaksa mencari hotel mat saleh untuk dapatkan cybercafe. Dan ketika berada di India mereka masih menggunakan dailup yang sering putus tengah jalan!

Semasa di Malaysia kebanyakan hotel menyediakan khidmat internet dengan bayaran RM$10.00 untuk sejam. Mengikut pengalaman Cg jalurlebarnya sering tergantung patut dipanggil jalursempit. Kalau di Indonesia jalurtikus!

Namun begitu sepulang dari lawatan ke ReDang Cg begitu terkejut kerana MeGa View Di Kuantan menyediakan jalurlebar secara percuma yang setanding dengan di negara kita. Cepat dan laju! Cg pernah menginap di Awang Rantau Abang. Dahulu ada khidmat internet kerana penyu naik ke darat. Tetapi sejak penyu merajuk, mat saleh pun merajuk, bilik internet itu cuma tinggal namanya sahaja.

Apa yang Cg perhatian kebanyakan Biznes Room (di hotel) atau di CyberCafe majoritinya digunakan oleh mat saleh. Mereka membaca emel, post blog dan mendapatkan informasi tempat lawatan. Berbeza dengan kita kebanyakan anak-anak bermain games! Di pantai Cenang LangKawi hampir 10 komputer anak-anak main games menyebabkan Cg terpaksa membatalkan niat untuk menggunakan khidmat internet di Cafe tersebut!

Jadi bila ada mat saleh barulah keperluan khidmat internet disediakan di sesebuah tempat pelancongan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home