Monday, July 02, 2007

1 MisteRi II


Kenapa TamanBahasa memerlukan bantuan anda semua? Setiap orang mempunyai kemampuan yang terbatas. Kita mungkin mempunyai dua atau tiga pengalaman MisteRi yang pernah kita alami. Ini tidak cukup untuk menghasilkan sebuah buku bacaan.

Sebuah buku bacaan selalunya memuatkan lebih kurang 20 cerpen pilihan untuk dipasarkan bergantung kepada panjang pendeknya cerita tersebut. Berbeza dengan MisteRi, penulisan cerpen hanya memerlukan daya imaginasi seorang penulis sedangkan penulisan MisteRi adalah pengalaman sebenar peribadi seseorang.

Dengan mengumpulkan beberapa pengalaman MisteRi lebih dari seorang, barulah buku itu dapat dihasilkan. Drama televisyen bersiri Hidayah memerlukan 16 penulis skrip untuk menghasilkan drama bersiri itu setiap minggu.

Begitu juga Russell Lee penulis hantu yang telah menghasilkan 15 buah buku cerita hantu yang disumbangkan oleh orang ramai kepadanya. Setakat ini hampir 800,000 buah bukunya terjual di pasaran menjadikannya “Asia's top writer of ghost stories”

TamanBahasa akan bertindak sebagai moderator atau fasalitator untuk memilih, mengedit dan menyusun segala cerita yang dikirim oleh anda semua sebelum diterbitkan.

PASIR MAS : MisteRi penanaman enam ‘jenazah’

Enam batang pisang ditusuk paku dan dikafankan dengan kain putih yang ditemui polis selepas menggali semula pusara di Perkuburan Islam Kampung Banggol dekat sini semalam . . . BHM 1 Julai 2007

TamanBahasa percaya anda juga pernah mengalami, menyaksikan atau mendengar pelbagai MisteRi sepanjang hidup anda yang lebih hebat daripada berita di atas. Sila emelkan cerita anda ke TamanBahasa.

Dan jika anda memiliki gambar-gambar MisteRi dalam simpanan anda sila emelkan ke TamanBahasa berserta penerangan mengenainya. Hidup ini 1 MisteRi. Biar MisteRi itu kita realisasikan bersama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home