Thursday, November 22, 2007

JuRnal Si KeCil 8



Seperti biasa setelah siap dengan bekalan perjalanan iaitu pampes dan botol susu kami bertolak menuju ke destinasi. Perjalanan dalam kereta suasana agak aman kerana ada kopiko. Kalau tidak macam perang dayak!

Untuk ke destinasi kali ini kami memerlukan tiga kali bertukar kenderaan. Satu pengalaman yang pasti menarik. Awalnya kami jangkakan hanya sejam, tetapi makan masa 3 jam setengah!

Ketibaan kami disambut oleh seorang penyambut tamu yang peramah. Beliau menawarkan perkhidmatan yang eksklusif hanya untuk kami bertiga.

Beliau menjelaskan secara terperinci mengenai sejarah destinasi kami serta begitu mesra dan sabar dengan kerenah kami. Kami benar-benar rasa ceria.

Sepanjang lawatan kami bertemu para pelawat daripada pelbagai bangsa dan yang menarik hati kami sekumpulan 8 orang mak dara Jepun yang kiut-miut.

Akhirnya kami sampai di sebuah rumah yang eksklusif. Kami bertiga berlarian untuk ke rumah tersebut. Sekitaran yang indah dan permai. Rumah kosong itu menyambut kami bertiga dengan pintu dan jendela yang terbuka luas.

Ya kami bergambar serta mengambil video setiap sudut rumah yang eksklusif. Ketika Gurl-Gurl bergambar di luar, Haziq cuba menaiki tangga ke tingkat dua. Tiba-tiba Haziq keluar mengatakan ada Wa-wan!

Rumah eksklusif itu dua tingkat. Di tingkat bawah terdapat tempat berdiang di ruang tamu serta dapur dan bilik makan. Sementara di tingkat dua bilik-bilik tidur.

Kami memanggilnya untuk bergambar di halaman rumah. Haziq masih berkeras mengatakan ada Wa-wan di dalam. Wa-wan ada di dalam! Wa-wan ada di dalam rumah yang dibina pada tahun 1930! Masya Allah!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home