Monday, November 19, 2007

ISU MadRaSah


Dewasa ini pihak MUIS dan pemerintah menggalakkan penyertaan madrasah dalam arus nasional. Dan sejauh ini hanya tiga sahaja yang menyahut seruan tersebut sementara yang lain masih mempertimbangkannya.

Apa yang dikhuatiri sesetengah pihak, yang dikejar tak dapat sementara yang dikendung keciciran. Misi dan visi asal madrasah adalah melahirkan pewaris nabi. Sejauh ini alhamdullilah misi dan visi itu tercapai dengan sokongan masyarakat setempat.

Tidakkah ia satu bebanan tambahan yang perlu dipikul oleh para pelajar madrasah. Mempelajari ilmu ukhrawi dan duniawi yang terpaksa mempelajari 10 subjek. Sedangkan para pelajar sekular ramai yang keciciran untuk mempelajari 4 subjek di peringkat PSLE.

Tidakkah kita mempelajari daripada kegagalan MUIS mengendalikan pakej haji? Kegagalan membakukan bahasa baku di Nusantara – kini hanya Singapura sahaja yang berbaku.

Kegagalan Perkampungan Melayu menjadi mercu tanda bangsa dan budaya Melayu di Singapura – kini seakan menjadi pasar borong. Kegagalan Mendaki meningkatkan peratus kemasukan ke Universiti daripada 3 peratus ke 15 peratus? Semoga impian menjadi realiti.

Kita tidak mahu sejarah pahit itu berulang. Kita yang akan menjawabnya pada kemudian hari. Semoga isu Madrasah ini berakhir dengan win win situation!

Namun begitu kita bersyukur kerana konsep pembangunan masjid, tanah wakaf, pengsijilan halal serta Taman Warisan mendapat pengiktirafan antarabangasa. Syabas!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home