Thursday, November 15, 2007

PaNel KoD 377A - Bab 6


Satu lagi penal kod 375 yang diperdebatkan melibatkan kes dalam kelambu.

Berdasarkan hukum hakam hak asasi manusia, sesuatu itu perlukan keizinan. Kata orang bertepuk mesti dengan kedua belah tangan. Tanpa keizinan si isteri untuk bercengkerama di bawah lampu minyak tanah si suami bakal diheret ke mahkamah di bawah kanun keseksaan!

Tanpa keizinan, si suami dituduh memperkosa si isteri! Jika sabit kesalahan si suami akan dijatuhkan hukuman sebat dan penjara. Padan muka!

Mengapa tidak dijelaskan di akhbar Straits Times atau di Lianhe Wanbao? Ada asatizah yang fasih berbahasa Mandarin. Tak makan nasi ke? Bahawa hukum hakam Islam adalah eksklusif berbeza dengan agenda pertubuhan hak asasi manusia.

Seorang isteri adalah hak milik seorang suami (tidak boleh dikongsi). Sedangkan hendak beribadat dengan Allah pun kena minta izin pada si suami. Jika si isteri engkar untuk berpuasa sunat, si isteri tidak akan dapat mencium bau syurga! Memenuhi keinginan si suami lebih besar pahalanya daripada puasa sunat!

Dewasa ini kebanyakan para isteri berkerja. Jadi penat macam mana pun si isteri perlu memenuhi keinginan si suami. Jika si isteri berpaling tidur daripada si suami para malaikat akan mengutuknya hingga ke pagi dan para bidadari tidak sabar menanti si suami di syurga!

Sekali lagi pertubuhan agama kita gagal memainkan peranan menyebarkan informasi untuk keperluan masyarakat yang berbilang kaum. Mengapakah tidak dijelaskan rasional di sebalik hukum hakam tersebut.

Tanpa penjelasan akan timbul kekeliruan dan masyarakat biasa akan akur bahawa si suami memang layak dihukum kerana kezaliman, tidak berhati perut dan hanya mementingkan hawa nafsu daripada kebajikan si isteri.

Si suami yang membunuh si isteri dituduh pembunuh. Si suami yang mencuri harta si isteri dituduh pencuri. Tetapi si suami yang memaksa hubungan intim atau memperkosanya terlepas daripada hukuman!. Salah siapakah jika mereka bertanggapan demikian?

Kepada MUIS, PERDAUS dan PERGAS tak makan nasi ke?

# Bersambung >

0 Comments:

Post a Comment

<< Home