Saturday, November 24, 2007

WARisan HMS



Bila ditanya apakah yang tinggal apabila seorang Anak Adam kembali ke rahmatullah? Jawapannya cuma dua. Doa anak yang soleh/soleha dan amal kebajikannya semasa hidup.

Para cerdikpandai yang terdahulu telah meninggalkan amalan mereka dalam bentuk penulisan. Sama ada dalam bentuk ukhrawi ataupun duniawi. Iaitu penyebaran ilmu pengetahuan yang efektif melalui penulisan dan pencetakan untuk dinikmati generasi yang terkemudian.

Bolehkah kita turut sama menyumbang sesuatu amal kebajikan dalam dalam bentuk penulisan. Jawapannya insya Allah. Bagaimana caranya?

Pertama Cg dapati setiap blogger HMS boleh menulis dengan baik sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Mengapa tidak sesuatu bahan yang baik dihantar ke Berita Harian, The Straits Times atau The New Paper.

Sebenarnya kita tiada konfiden sama ada artikal itu akan disiarkan atau tidak. Sama ada artikal itu sesuai atau menarik. Kalau tidak dicuba manakan dapat hasilnya. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya!

Kita akan mudah patah hati sekiranya hasil karya kita tidak diterima dan disiarkan. Banyak cerpen dan artikal Cg yang dibakulsampahkan. Penulisan adalah terapi emosi dan perasaan. Kita akan rasa lega selepas dipostkan/dilahirkan. Seperti kita menangis. Betulkan?

Kedua Cg dapati banyak bahan penulisan blogger HMS yang boleh dikirim ke akhbar selain daripada artikal pelancongan. Semak bahan-bahan yang sudah dipost dan buat penilaian sendiri. Mesti ada keyakinan. Saya boleh!

Bahannya tidak mesti yang berat-berat. Cerita biasa pun boleh kerana akhbar itu pembacanya pelbagai peringkat. Mereka memerlukan artikal yang berbeza untuk setiap peringkat golongan. Kalau hantar jangan lupa photonya sekali.

Ketiga Cg dapati alasan yang diberikan tiada masa. Segala bahan yang sudah dipostkan cuma lakukan ‘copy and paste’ dari blog masing-masing kemudian emelkan. Takkan itupun tak ada masa. Masalah panjang pendek dan kesilapan bahasa tidak penting. Pihak editor akan semak dan betulkan. Senang bukan?

Marilah kita realisasikan warisan HMS dalam bentuk penulisan. Jika setiap blogger HMS menyumbang satu dua artikal insya Allah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Tunggu apa lagi . . . hantar sekarang!

# Harga laminate cuma $3.00. Boleh didapati di kedai gambar

0 Comments:

Post a Comment

<< Home