Monday, March 24, 2008

PemBURUan HaRi Ke 27



Crate Yours @ NackVision.com
PemBURUan Berakhir Di Sini
Silalah KLIK PUZZLE di Atas Untuk MenGetahui KeSUDAHannya
TerBONGKAR Sebuah RAHSIA

Saturday, March 22, 2008

PemBURUan HaRi Ke 25



Mas Selamat is DEAD

Begitulah pandangan yang dilontarkan oleh mereka yang percaya bahawa Mas Selamat sudah MATI. Konspirasi untuk menutup kematian Mas Selamat semasa dalam tahanan.

Pada akhir pemburuan mayat Mas Selamat akan ditemui. Segalanya akan berakhir - bahawa kematian Mas Selamat disebabkan tekanan emosi dan kebuluran semasa dalam pelarian bukan semasa dalam tahanan! . . . . Selamat jangan lupa solat!

Kelip-Kelip KuSangka Api
Kalau Api Mana Puntungnya
Hilang Ghaib KuSangka Mati
Kalau Mati Mana Kuburnya !!!

Mas Selamat is BIG MONEY

Anggaran Kos Pemburuan 25 Hari :

210,000 poster X 10 sen = $ 21,000.00
10,000 poskad X 05 sen = $ 500.00
4 juta MMS X 50 sen = $ 2,000,000.00 (bil singtel 30 sen – 85 sen)
kos seorang pegawai - kadar $ 2.00 X 12 jam X 25 hari = $ 600.00
3,000 pegawai keselamatan X $ 600.00 = $ 1,800,000.00

Anggaran Jumlah Kasar : $ 3,821,500.00 ???

Ganjaran Wang Untuk Mas Selamat :

Metropolis Security $ 1,000.00
Crime Library $ 12,000.00
Aasperon Manpower $ 50,000.00
http://www.todayonline.com cadangkan $ 100,000.00

# Osama bin Laden US $ 25 juta = SGD $ 35 juta dolar

Thursday, March 20, 2008

PemBURUan HaRi Ke 23



Mengapa Mas Selamat Boleh Terlepas?

Jawapannya memang sulit, tetapi ia boleh dikatakan bahawa pegawai keselamatan yang mengawalnya terlalu percaya kepada Mas Selamat. Daripada kepercayaan, sifat leka boleh terjadi. Agaknya dia memikir yang sesiapa di dalam tahanan tidak mampu melepaskan diri . . . Selamat kamu pakai ilmu ghaibkah?

Daripada kejadian tersebut, kita boleh buat kesimpulan yang kebanggaan adalah sebab utama masalah tersebut. Pegawai itu yakin bahawa pihak keselamtan akan berjaya menangkap sesiapa sahaja yang berani melepaskan diri, tidak kira berapa licik si banduan tersebut.

Keegoan pihak keselamatan tidak berhenti di situ sahaja. Walaupun pengeledahan di hutan adalah salah satu daripada usaha untuk mencari Mas Selamat, berita hangatnya kini mula menjemukan pembaca.

Malah, Pengarah Operasi Polis, Penolong Pesuruhjaya Polis (AC), Wong Hing Kuan, berkata yang dia percayai bahawa Mas Selamat masih berada di Singapura. (Berita Harian, Selasa, 11 Mac 2008)

Adakah pihak keselamatan Singapura ini masih bertegas yang Mas Selamat masih berada di negera ini ataupun terlalu bongkak untuk menafikan yang Mas Selamat telah melarikan diri daripada ‘Pasukan Polis Yang Terbaik Di Dunia' dan sedang berada di negara lain?

Sebagai penutup, sifat riak dan bongkak pihak keselamatan boleh menjejas prestasi yang terbaik sekalipun dan situasi yang kita semua hadapi ini mungkin dapat dielakkan.

Oleh :
Pelajar Nurfateen Syafawani Binte Abdul Samad - Kelas 403

Tuesday, March 18, 2008

PemBURUan HaRi Ke 21



Mas Selamat, U 1 person make thousands of us so busy. Many ppl now really hate u u noe. Those gangsters who do trafficking confirm hate u to the core. Cos becos of u all customs confirm very strict. Thus stop their operations . . . Selamat kamu sibei tua bai leh.

Government ppl also hate u . . . Many of them cannot go home c wife c kids c gf c bf. All have to go look for u.

By Counter Terrorists Win on Mar 4, 2008
http://politickler.com/posts/mas-selamat-bin-kastari-has-escaped/

Sunday, March 16, 2008

PemBURUan HaRi Ke 19



Cuti Sekolah Mac + Mas SelaMat = KeSESAKan RaBak CauseWay

Sejak Mas Selamat melarikan diri, keadaan lalu lintas menghala ke Johor, khususnya di KosWe sesak dengan kenderaan disebabkan oleh pemeriksaan keselamatan yang ketat untuk mengesan ketua JI itu.

Sementara itu, tak pasal-pasal sekitar 40 pesalah imigresen diberkas polis - kebanyakannya pendatang haram - dalam usaha besar-besaran menjejak Mas Selamat selama hampir 19 hari . . . . Selamat awak di mana?

Ulasan Menteri Pembimbing :

Insiden itu tidak memberi gambaran baik pada pihak keselamatan negara memandangkan Mas Selamat diketahui pernah melarikan diri beberapa kali ketika dalam tahanan di luar negara.

Saya memberi dia markah penuh kerana berjaya meyakinkan para penjaganya bahawa dia benar-benar menurut kata, pasif dan akan terus kekal dalam tahanan.

Ia satu salah anggapan, suatu yang bodoh, untuk percaya kita bebas daripada kesilapan. Kita tidak bebas daripada kesilapan. Satu kesilapan dan kita akan mengalami satu letupan yang besar.

Friday, March 14, 2008

PemBURUan HaRi Ke 17



Kaki Bukit Primary School mencatat sejarahnya sendiri. Pada awalnya sekolah itu dibangunkan untuk dua aliran Melayu dan Inggeris.

Kaki Bukit Primary School digeruni kerana pasukan bola sepaknya sering menjuarai kejohanan sekolah Zon Timur. Cg bersama teman-teman serta GuruBesarnya sering berada di setiap perlawanan untuk memberikan sokongan. . . . Selamat mark your man!

Pada masa itulah tanpa disedari seorang budak lelaki (lahir 29 Mei 1962) yang sebaya dengan Mas Selamat (lahir 23 Januari 1961) menendang bola di padang sekolah Kaki Bukit bersama ayahnya Ahmad Wartam setiap petang akhirnya memenangi Malaysia Cup pada tahun 1980.

Apabila proses pembangunan berjalan rancak pada tahun-tahun lapan puluhan semua rumah kampung dirobohkan untuk dibangunkan rumah pangsa mengikut era pembangunan negara. Namun bangunan sekolahnya tetap terpelihara.

Kaki Bukit Primary School berubah fungsi dan dirasmikan menjadi Kaki Bukit Prison (KBP) pada 3 Januari 2000 oleh Wong Kan Seng Minister for Home Affairs.

KBP menawarkan sistem persekolahan untuk para banduan mempertingkatkan diri semasa menjalani tahanan dari segi akademik dan vokasional. Cg pernah memasuki KBP beberapa kali ketika menjalankan tugas sebagai pegawai pendidikan.

# Kaki Bukit Primary School atau KBP ini terletak berhadapan Masjid AlKaff Kampung Melayu - 200 Bedok Reservoir Road

Wednesday, March 12, 2008

PemBURUan HaRi Ke 15



Gambar Cg dengan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Kaki Bukit ketika melawat Kolam Air Simpanan Seletar sekitar tahun 1972 . . . yang bernama Selamat sila angkat tangan!

Laporan Akhbar :

Selamat attended the English language Kaki Bukit Primary School and didn't show interest in radical religious beliefs, said childhood friends who spoke to The Sunday Times.

The youngest of eight or nine siblings - no one knows for sure - he grew up in a kampung in Kaki Bukit and was known as 'Selamat' among neighbours.

A childhood friend told The Sunday Times : 'He was a very normal kid. He played a lot like us, he was not weird and he did not spout radical nonsense.'

http://news.asiaone.com

Monday, March 10, 2008

PemBURUan HaRi Ke 13



Mas Selamat bin Kastari (lahir 23 Januari 1961), Warga Singapura keturunan Indonesia, yang berjaya melarikan diri dari pusat tahanan pada 27 Februari 2008.

Dibesarkan di Kaki Bukit dan belajar di Sekolah Rendah Kaki Bukit. Cg mengajar sekolah tersebut dari tahun 1968 - 1973. Bermakna beliau berada dalam darjah 2 pada tahun 1968 hingga darjah 6 pada tahun 1972. Mungkin Cg pernah mengajar beliau . . . darjah berapa Selamat?

Ini kali ketiga beliau berjaya melarikan diri dari penjara yang sebelum itu dilakukannya di Indonesia. Beliau ditahan di bawah ISA. Sungguh tidak disangka anak murid Cg seorang ketua cawangan JI yang berpengkalan di Singapura. Masya-Allah!

Sunday, March 09, 2008

Demam Kot 13


Tiga partai politik DAP, PAS dan PKR pagi ini telah pulih dari demam mereka dengan kejayaan yang mereka sendiri tidak jangkakan. Mereka berjaya meraih lebih 80 kerusi parlimen.

Sementara Partai BN nampaknya demam panas mereka akan berterusan terutama di Pulau Pinang yang ditawan oleh DAP, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan yang masih dalam pelukan PAS.

Untuk mengatasi demam panas tersebut, BN walaupun berjaya membentuk kerajaan namun partai BN perlu menggantikan semua calon yang 'expired' temasuk PakLah dengan menyerahkannya kepada Najib dengan pasukan mudanya.

# tamat di sini !

Saturday, March 08, 2008

Demam Kot 12



DAP – DOKONG AMALAN PERKAUMAN

Kawasan Undi Parlimen : 47 Calon DAP
Cuma seorang sahaja calon Bumiputra - Ahmad Bin Ton : N55 Pekan Nenas & P165 Tanjong Piai (Johor)

Dewan Undangan Negeri : 103 Calon DAP
Cuma seorang sahaja calon Bumiputra - N54 Teja : Abdul Rahman Said Alli (Melaka)

PKR – PILIH KELUARGA RAKUS

Anak beranak hendak rebut kuasa sehingga teman-teman seperjuangan ( Datuk Nallakarupan, Dr. Chandra Muzaffar dan Ezam Mohd Noor ) yang membelanya semasa dipenjara diketepikan serta berkempen di luar negera (Singapura)

PAS – PENGUNDI ANGANKAN SYURGA

Yang sedihnya doanya disertakan dengan maki hamun dan sumpah seranah !!!

BN – BANYAK NGANTUK !!!

Kad laporan 4 tahunnya jauh dari jangkaan Cemerlang, Gemilang & TerBilang! Ramai Calon “Expired” yang masih menerajui pucuk pemimpin. Bila lagi hendak memberi peluang calon-calon muda barisan pelapisnya menerajui pucuk kepeminpinan dalam mengharungi era globalisasi yang dirintis oleh Dr Mahathir bin Mohamad.

BEBAS – BUANG monEy BUANG wAng SAHAJA

Kebanyakan calonnya ahli partai yang dipecat dan ditendang keluar daripada partai. Menyertai pilihan raya untuk membalas dendam. Juga calon bebas yang ditaja untuk memecah-belahkan undi.

Sepatutnya pihak SPR menyiasat latar belakang calon tersebut dan memaklumkan kepada umum bahawa sumber kewangannya tidak dipertikaikan. Kebanyakannya hilang wang pertaruhan RM $10,000 jika gagal meraih 12% bilangan undi.

NUJUM PAK BELALANG

Keputusan PRU 12 Malam Ini :
Partai Tuan Tanah Kedawung Vs Partai-Partai Skodeng
Ramalan Nujum Pak Belalang - Keputusan Kerusi Parlimen : 190 – 32

# bersambung demam kot 13 . . .

Friday, March 07, 2008

Demam Kot 11



“Ini pilihan raya paling paling ‘dull’ dalam kempen pilihan raya. Sangat suram, sangat suram,” kata Syed Arabi, Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menganalisis perkembangan pilihan raya umum sejak tiga dekad lalu.

Memang benar TamanBahasa mendapati ia paling memBOSANkan. Tiada calon-calon baru yang berwibawa yang membawa angin perubahan. Kecuali wajah-wajah sumbang DAP cuba membawa angin perubahan dengan isu-isu yang tak masuk akal - manifesto bonus $6,000.

Sementara partai PAS mengambil langkah ke belakang untuk meraih undi dengan memalu emosi tanpa fakta dan kemajuan serta personaliti yang boleh mencemarkan imej Islam yang berdaya maju. TamanBahasa mengharapkan kelahiran para politik cendekiawan Islam yang berjiwa dan berimej yang sebenarnya?

Partai KeADILan pula cuba mengubah kongsep partai kepada milik keluarga. Partai seakan tidak berlaku adil kepada para pengundi yang memilih calonnya untuk menang dengan menyerahkan kepada mantan PM dengan mengadakan pilihan raya kecil. Tidak sedarkah mereka wang raykat dibazirkan kerana tamakkan kuasa. Sedangkan ada cara yang lebih bijak untuk melakukannya.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan kenyataan Datuk Nallakarupan dan DR. Chandra Muzaffar yang pernah menjadi ‘orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika parti itu ditubuhkan pada tahun 1999 mempertikaikan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) sambil menyifatkan parti berkenaan "mencelarukan".

Kempen 13 hari berjalan lancar. Isu kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang menjadi bahang hangat untuk meraih undi. Sementara isu orang India yang diperjuangkan oleh HinDraf seakan menggugat undi BN yang ditujukan khas kepada MIC. Peminggiran kaum Cina dan India!

Pada pilihanraya kali ini semua partai politik mempergunakan lelaman internet untuk meraih undi. Lelaman partai pemerintah mengambil kaedah penyampaian yang sederhana dan bersopan, tetapi agak berbeza dengan lelaman partai politik pembangkang yang lebih menggunakan tektik samseng!

Video-video klip yang dipaparkan bertujuan untuk menegakkan kebenaran penghujahnya. Tetapi ada yang secara tidak langsung menikam balik partai tersebut kerana kekeliruan-kekeliruan yang tidak sepatutnya dilakukan. Penapisan dan penyaringan tidak dilakukan. Video klip diuploadkan kerana calon tersebut dianggap boleh menarik perhatian pengundi.

Secara keseluruhannya penganalisan politik TamanBahasa merumuskan Pilihan Raya 12 - memBOSANkan.

# bersambung demam kot 12 . . .

Wednesday, March 05, 2008

Demam Kot 10



POCONG :

Gua tidak puas hatilah Cik Pon. Apabila parti-parti skodeng kalah dalam pilihan raya mereka salahkan kita. Gua nak pangkah pun tak ada tangan. Mereka akan buat demontrasi. Ada tu pulak nak tuntut di akhirat kerana pengundi hantu.

PONTIANAK :

Biasalah tu. Tetapi kalau mereka menang, mereka lupa nak ucap terima kasih kepada kita. Kebajikan kita pun mereka tak pandang sebelah mata. Lu Cik Cong sokong siapa?

POCONG :

Parti-parti skodeng itu gua ingat, kubur sudah panggil mali. Sementara parti-parti tuan tanah kedawung asyik buat air liur basi aje. Gua ingat mahu sokong Obama lah. Gua dah SMS Mr Drakula, dia kata di sana tak ada pengundi hantu !

PONTIANAK :

Eh! lu merapek ape ni. Obama le Osama le. Kalau betul kemenangan itu disebabkan pengundi hantu, aku hendak parti-parti yang menang itu semua tukar logo parti-parti mereka.

POCONG :

Logo apa?

PONTIANAK :

Batu nesan !!! Hidup pengundi hantu !!!

# bersambung demam kot 11 . . .

Tuesday, March 04, 2008

Demam Kot 9



P.51 Bukit Gelugor
Karpal Singh A/L Ram Singh

P.103 Puchong
Gobind Deo Singh (anak Karpal Singh A/L Ram Singh - Pengerusi DAP)

P.64 Ipoh Timor
Lim Kit Siang

N.23 Air Puteh
Lim Guan Eng (anak Lim Kit Siang - Setiausaha Agung DAP)

I can’t vote for BN because they choose to be silent over their corrupted compatriots.

I can’t vote for DAP because it will create further damage to the state. Why do I say so? Penang is a unique state where majority are non Bumiputra.

UMNO is eyeing for the CM (Menteri Besar) seat in Penang for some time and they are moving more Bumiputra to the state. If the Chinese clash with each other than Chinese will lose.

I don’t trust KeADILan. If Chinese lose CM (Menteri Besar) seat once than it will be hard to retrieve back.

http://www.dap-elections.com/topics/letters/

Perkahwinan CINA BUTA semasa pilihan raya antara DAP dengan PAS dan JATUH TALAK selepas 8 MAC 2008

Pemimpin-pemimpin DAP telah menjelaskan kepada PAS bahawa DAP menentang penubuhan sebuah negara Islam di Malaysia bukan atas sebab sentimen anti-Islam tetapi kerana sebuah negara Islam di Malaysia yang berbilang kaum dan agama adalah tidak sesuai dengan demokrasi berparlimen, pengongsian kuasa dalam sebuah masyarakat majmuk, hak asasi manusia dan kebebasan individu, hak wanita serta toleransi sosial.

http://www.dapmalaysia.org/malaynet/lks/lks0364.html

# bersambung demam kot 10 . . .

Monday, March 03, 2008

Demam Kot 8



Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi a.k.a Sleeping Beauty

"Bukan lagi menjadi rahsia, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tidur dalam berbagai acara atau konvesi. Bukan saja di dalam negari, malah di luar negeri yang mendapat liputan luas oleh media," tambah Badrul, yang juga anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, termasuk majlis-majlis penting seperti mesyuarat OIC, APEC dan lain-lain.

CyberNews : Isnin, 07 Januari 2008

Rasuah sayang eh
Rasuah Sayang Sayang eh
He lihat Pak Lah tidur
Rasa sayang sayang eh

http://blog.limkitsiang.com/2008/02/09/latest-version-of-rasa-sayang/
Sabtu, 09 Februari 2008

‘Maybe he overslept
Villager Bakar Awang, when asked why Malaysia Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi was more than an hour late for his campaign visit to the rural Penang village of Pengkalan Bongor.

TheSundayTimes (Singapore) : Ahad, 02 March 2008

Kesan tidur Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan BN kehilangan Dewan Undangan Kijang, Kelantan yang dimenangi Wan Ubaidah Omar (PAS) tanpa bertanding kerana gagal menyemak status calon BN yang melanggar peraturan pilihanraya.

Bagi mengatasi kelesuan dan ketiduran Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi a.k.a Sleeping Beauty beliau memerlukan XANGO untuk lebih segar dan bertenaga !!! Sila hubungi XANGO sekarang juga sebelum beliau digelar Sleeping Ugly! Ya XANGO !!!

# bersambung demam kot 9 . . .

Sunday, March 02, 2008

Demam Kot 7



FATWA 1

Saudara-saudara sekalian, percayalah kita menentang UMNO kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

Kampung Banggul, Peradong, Terengganu - 7 April 1981.

FATWA 2

Orang UMNO dianggap kafir berpandukan tiga faktor :

Ahli-ahli UMNO telah menyokong perlembagaan negara yang bukan merupakan perlembagaan Islam.

Pemerintah yang terdiri daripada orang-orang UMNO telah meletakkan perlembagaan negara lebih tinggi dari al-Quran.

Kezaliman yang telah ditunjukkan oleh pemerintah terhadap orang-orang Islam, khususnya PAS, jelas menunjukkan mereka tidak Islam.

17 Jun 1986.

PAS mengkafirkan UMNO kerana berkongsi kuasa dengan MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN yang bukan daripada kalangan umat Islam.

Sedangkan BA (Barisan Alternatif) dan BERSIH terdiri daripada PAS, KeADILan, PRM dan DAP?

FATWA 3

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang benarkan calon mengumpat.

‘‘Sesetengah ustaz kata tidak boleh mengumpat, dia sebenarnya ‘dok tahu kale’ (tidak berilmu). Ulama-ulama kita telah mengarang satu kitab yang membenarkan kelemahan, kerosakan dan kejahatan seseorang itu didedahkan.”

Kuala Besut : 27 Februari 2008.

# bersambung demam kot 8 . . .